It's a final countdown!!!!
tudududu...tududududu...tudududu.......
 
Just a few hours left. Automatically, this will be my last post in 2013..
Bro, ape lu punya azam tahun ni??
Lalu masing-masing siap sedia pasang azam untuk menjawab soalan di atas.
Azam? Ape itu azam? Adakah ia sejenis langsir yang boleh dipasang-pasang mengikut kreativiti gua?
Tak perlu aq explain ape itu azam sebab korang pon tak bangang..hehe

In this entry, aq nak share rentetan peristiwa yang berlaku dalam hidop aq dalam tahun 2013. Ingat gosip-gosip artis je ke yang boleh buat rentetan, aq pon bole la. The different is rentetan aq tak masok newspaper hehe..

................................................................

January 2013: Aq terputus hubungan dengan universiti dan kawan2 yang telah bersama selama 4 tahun untuk menjalani latihan industri or what we call practical, for 6 months.

March 2013: For the first time in 23 years, aq naek flight sponsored by company. Jakon gile aq..

April 2013: First time celebrate birthday dekat office with officemates since terjebak dalam industri pekerjaan

May 2013: Join Burger King as a part time cashier untuk mendalami erti keperitan hidup.

June 2013: Aq meninggalkan Burger King. Pengalaman bekerja selama sebulan lebih amat menggumbirakan aq. Hari terakhir di situ, kaw2 aq dikenakan dengan mandian lemak sayuran & air mop lantai...shit

July 2013: End of industrial training. Aq dapat offer kerja situ.

Sept 2013: Aq mula menempuh alam pekerjaan.

Oct 2013: Officially graduated in Bach of Applied Science (Maritime Technology)

Dec 2013: Aq pegi Langkawi. Perlu ke mention kat sini?? Suke ati aq la. First time dow..


Happy New Year to all of you readers! 



Ya Allah, kau jadikanlah kami hamba-hamba MU yang lebih baik dari sebelumnya. Berilah kami kekuatan untuk menempuh hari-hari mendatang yang tidak kami tahu apa isinya. Sesungguhnya ENGKAU Maha Mengetahui setiap sesuatu..




This entry is just for fun. Saje nak berkongsi kegumbiraan dengan korang. Last Saturday, my cousin selamat melangsungkan pertunangan dengan tunangnya. Oh God, you have fiancee now!!

Dulu kite same-same maen masak2, maen air paya, mandi b**el, maen nyorok2..now you are about to build the new phase of your life. Sungguh pantas masa itu berlalu. Anyway, just hope that akak menjadi wanita yang lebih kuat dalam menempuh apa jua dugaan. Semoga ikatan yang terjalin akan utuh sehingga bergelar isteri dan memiliki kebahagiaan until the end of the days..

Kalau nama pon hari bersejarah haruslah ade sesi pergambaran. Even this is not my day, muke aq wajib tayang depan camera. So, muke aq je la yang melambak hehehe...Jom layannnnn =)


My cousin =)

Kalau ade aq mesti ade drama. Tajuk drama ni Perigi Carik Timba...


Yang ni pulak bertajuk Timba Carik Perigi Balik Part II..


Ni pulak bertajuk Playgirl Itu Rupanya Aku...


Omak aii..Ayu nyo





Me & my BROs..

Gaya macho si teruna







Aq???

Lambat lagi bro..
Aq seorang anti ubat. Bagi aq pegi klinik adalah membazir sebab aq tak kan makan ubat. It's chemical drug!Bad for kidney! Damn bitter! It's temporary, not a forever pain killer! Aaaahhhhhh....macam-macam lah!!

Except..

Kalau kesakitan dah tak tertanggung, barulah aq sendiri yang mengajak ke klinik. Kalau diajak jangan harap la aq nak pegi. Mereka akan tewas dengan kedegilan aq..

...........................

Sekarang revolusi orang berbisnez. So, macam-macam produk yang kite jumpa dari set untuk kurus kerengga sampai la melebatkan rambut orang botak. Disebabkan revolusi ini, fikiran aq mula terbuka sedikit. Sedikit saje, hanya cukup untuk aq percaya function ubat sebagai objek penyembuh separa. Aq juga belajar dari kate-kate ibu aq.."Nak sihat kena la ikhtiar"..Baek la ibuku...  

Since umur pon semakin meningkat tua, supplement adalah perlu. Kite pon bukan selalu jaga pemakanan, especially mereka yang bekerjaya, fulamakk busy nye. Excercise pon dah ntah ke mane. Dengan itu, aq memilih Alfalfa Complex by Shaklee as my daily supplement. Aq try ni pon selepas dipujuk oleh ibu sehalus-halusnya. Aq memang jenis yang critical to be convinced. Tapi disebabkan Alfalfa Complex ni berasaskan tumbuhan herba & baunya pon memang original classic herb, maka aq pon berkuat untuk mencuba. At least it's not as chemical as ubat hospital.

 

Aq mula rasa perubahan selepas 2 minggu mengambil produk ni. Bila bangun pagi badan rasa fresh dan tak sakit @ sengal. Body pon feel energetic dan tak lembik nak buat kerja. Pokoknya, aq sihat & selesa =)
Before recommend aq try dulu kat diri sendiri. Dan hasilnya aq sangat puas hati. Kalau korang nak order boleh watsapp terus 011-26006118. Bab harga don't worry, paling murah aq bagi. Semua orang nak sihat so aq permudahkan untuk korang ;)

Aq dah share ape yg aq rase berguna untuk korang. Selebihnya adalah ikhtiar dari korang sendiri. Healthy is priority...









Last Friday, aq balik ke Segamat untuk bikin havoc di hari pertunangan cousin aq. Perjalanan pada hari itu amat merunsingkan sebab jam yang berjela. Aq stuck dalam jam selama 3 jam. Just one word yang tersembul dalam hati aq, accident. Perjalanan dari KL ke Segamat yang secara normal mengambil masa 3-4 jam. Pada hari itu perjalanan aq memakan masa 7 jam, abnormal...

Sangkaan aq tepat. Satu kemalangan telah berlaku melibatkan 6 buah kenderaan di Senawang pada sebelah petang. Memang dahsyat sebab pukol 11 malam jalan masih jam. Sedara aq yang menuju ke Melaka turut diselubungi jam dan beliau berhenti di tempat kejadian untuk korek-korek maklumat, biasela..Malaysians is all about care & concern hehe..Katanye tanker tu terbabas sebab driver mengantuk..

Kemalangan berlaku di KM 244.6 Highway PLUS ke arah selatan, 2 KM before Exit Pedas-Linggi. Sebuah tanker membawa muatan minyak kelapa sawit hilang kawalan lalu berpusing dan melintang di tengah jalan. Disebabkan satu tanker, 5 kenderaan laen turut nahas:

-Sebuah bas persiaran merempuh tanker berkenaan, driver meninggal di tempat kejadian.
-Sebuah Myvi cuba mem'break' tapi gagal menghentikan kereta lalu merempuh tanker berkenaan. Driver parah, wife driver meninggal di tempat kejadian, anak mereka berusia 10 bulan meninggal on the way to hospital.
-Sebuah lori membawa muatan genting gagal mengelak dan merempuh Myvi tadi dari arah belakang. Driver selamat.
-Sebuah taxi Toyota Innova juga gagal mengawal kenderaan lalu terbabas dan melanggar pembahagi jalan. Beliau sempat melihat lori membawa muatan genting tadi merempuh Myvi. Driver cedera ringan.
-Sebuah motosikal Kawasaki gagal mengelak dan terperosok di bawah tanker. Rider patah kaki.

.....................................

Berikut adalah info tentang beberapa kemalangan yang pernah berlaku berhampiran kawasan kejadian. Kirenye area tersebut macam hot jugak..

Konvoi bertukar tragedi

1) Hajat 30 remaja nak berkonvoi tak kesampai apabila salah seorang rakan mereka
maut di KM 244.2 Senawang - 16 Mac 2013

Kemalangan Ngeri Dekat Senawang Hilang 2 Nyawa Selang 2 Jam. Memilukan apabila nyawa dua beranak melayang selang dua jam 20 minit dalam dua kemalangan ngeri

2) 2 beranak meninggal selepas kereta yang dipandu hilang kawalan dan merempuh
pembahagi jalan di KM 247.6 Senawang - 17 Julai 2013


3) 2 lelaki maut selepas kereta yang dipandu hilang kawalan secara tiba-tiba dan terbabas
lalu dirempuh kenderaan berat dari arah belakang
di KM 245.2 Senawang - 20 April 2013


4) Sebuah bas hilang kawalan selepas tayar depan sebelah kanan pecah secara tiba-tiba. 
Bas tersebut terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh pembahagi jalan
di KM 245.9 Senawang. No fatality - 3 Feb 2011

5) Seorang lelaki maut ketika mengecat garisan putih selepas dilanggar lori 5 tan 
yang hilang kawalan di KM 248 Senawang - 21 Mac 2012

6) Seorang wanita maut manakala suaminya parah apabila kereta yang dipandu
terbabas dan merempuh pembahagi jalan di KM 249.5 Senawang - 13 June 2013




















DENGKI adalah penyakit hati. Bagi aq, DENGKI itu terang-terangan sesuatu yang sia-sia. Kenapa nak DENGKI?? Tak dapat ape-ape pon. Seseorang telah mendorong aq untuk menulis ini.
Allah is The All Knowing..

Dari arti kata aq sendiri, DENGKI bermaksud:

Sejenis perasaan yang terbit dari hati manusia yang tak pernah puas
apabila mereka menjadikan orang lain sebagai subjek perbandingan diri 
lalu merasa sakit hati dengan orang itu yang dianggap memiliki segala-galanya
padahal biase2 je, kau yang tak puas hati lebih2 apehal???

Amacam..berjela tak definisi aq...


.............................................


Adanya DENGKI itu 2 jenis:

1)Dengki kecil-kecilan -    Sejenis dengki yang positif & menuju jalan kebenaran. Bertumpu kepada self improvement & to be better than before.
2)Dengki besar-besaran -  Sejenis dengki yang bertubi-tubi & menyakitkan hati orang lain. Berpegang pada prinsip "Orang Laen Tak Boleh Lebih Dari Aq" serta disokong kuat oleh             setan.

Antara punca utama DENGKI:

1)Cemburu tak pasal
2)Dendam, maybe because of the past. Kindly check your history with her/him.

Antara faktor utama DENGKI:

1)Kecantikan, good looking - maybe kau chantek sangat kot tu yang die goyang..
2)Mewah, banyak duet - die berbulu kot tengok barang kau semua branded
3)Hidup bahagia, cool - biase laa..die pon nak bahagia jugak kan

Tingkah laku seseorang yang DENGKI (based on what happened towards me)

1)Ape aq beli, kau pon nak beli
2)Barang aq dibuangnye tanpa rundingan. Reason of throw:
"Alaa..sorry. I tanya orang laen semua cakap bukan
barang die. So, I buang la"....kau tak tanya aq pon??

3)Hempas pintu laju2 bila aq port baek punya tepi pintu...bullshit
4)Hempas sesuatu betol2 sebelah aq yang sewaktu itu tengah tido sampaikan aq terjaga pastu terus tak bole tido sebab geram sabo je la
5)Aq tengah syok tengok tv, die pegi off volume...damn
6)Seorang yang suke jage tepi, bawah, dalam, belakang kaen orang
7)Talam bermuka-muka (This is the most dangerous. Please beware kawan-kawan)

Orang sebegini telah berkali-kali mengajar aq sesuatu...
Paras rupa & keterampilan bukanlah ukuran kebaikan seseorang. Sometimes orang yang mulut jahat, nampak ganas, muka tak berapa nak market, tu la yang truly baek hati.


This post is based on my personal experience. No intention to hurt others. Kalau agak-agak sama tu naseb kau la haha....Jangan jadi camtu tau. Peringatan kita bersama.





















Jeng Jeng Jeng!!!

Inilah Segmen Aku Blogger Malaysia =)
Sape-sape nak join silakan, Jangan malu-malu.
As long as you are Malaysian...

Hey dude, are you Malaysian?
If yes, please click HERE
Hi readers!!

Siape cakap industrial training tak penting? Penting tau & wajib, as a part in completing your bachelor degree or Diploma. Mase ni la kite kene all out..manfaatkan masa, gunakan tenaga untuk belajar dari orang-orang industry. Normally, it takes about 3 to 6 months, depends on your institution. For this entry, aq nak share sikit pengalaman dan panduan especially for undegraduates =)


1.  Survey

First, korang boleh survey company yang bersesuaian atau company yang korang dah target. Company yang bersesuaian here means their services or operations are suit and parallel with your study. Kalau korang marine/maritime students, korang boleh la survey shipping companies ke, shipyards ke, etc..And the crucial is, korang mesti survey awal-awal at least 3 months before practical. Kenapa?? Sebab ramai lagi student dari institutions laen yang tengah kalut nak survey. So kalau tak nak nangis atau menyesal, buat la awal-awal.

2.  Final list and contact

Aq cadangkan korang prepare satu buku khas untuk urusan ini. Nanti senang kalau korang nak semak atau refer balik list of companies yang korang da survey. Bila korang dah ade final list, korang boleh la start contact company tersebut. Firstly, introduce yourself then tanya sama ada mereka menerima practical student atau tidak.

3.  Official letter

Official letter means surat permohonan untuk practical di company yang korang dah contact sebelum ini. Selalunya kerja-kerja menulis surat ini akan dilakukan oleh staff universiti. Korang cuma bagi nama dan alamat company pada staff tersebut. Untuk kerja penghantaran surat, korang boleh hantar sendiri atau di pos oleh staff universiti. Bagi aq, lagi senang korang hantar sendiri by email or post. Aq lebih refer send by email sebab tak payah susah-susah beli sampul surat and tepek setem, EXCEPT, company tersebut suruh kita send by post.

4.  Feedback

Bila dah settle bab surat, korang kena lah follow up and ask their feedback. Follow up tu penting sebab takut diorang terlepas pandang. Tapi jangan lah hari-hari korang call company tu karang tak pasal-pasal kena dapat maki hehe..

5.   Opinion

Jika korang berjaya diterima practical lebih dari satu company, tanya lah pendapat kawan-kawan. Kalau tak puas hati, tanya la pendapat lecturer sebab diorang lebih berpengalaman. Kalau tak puas hati jugak, korang bukak la company sendiri and practical kat situ hehe..



Untuk survey company, korang boleh search dekat Google atau Jobstreet. Kalau masa dah suntuk and korang tak dapat lagi tempat untuk practical, korang boleh mintak tolong lecturer sebab each university has link with industry. Hopefully this can be your guider =)


*This is based on Universiti Malaysia Terengganu (UMT) guidelines. Each institution may has different guidelines. Why Universiti Malaysia Terengganu?? Because I am UMT ex-student...

 


Last week hari-hari aq agak messy. Aq kene buat preparation to attend a conference at JB. Die punya gelabah hanya aq dan tuhan je tau. But as usual, aq buat muka cool macam takde apa-apa nak terjadi.
Relax Brader..Brader Rilex..Relax Brader..Brader Relax......

Sepanjang hari itu aq dipertemukan dengan taxi drivers yang petah berkata-kata. Orang politik agaknye. The first driver tak henti-henti cakap pasal tip yang diberi previous customers beliau. Al-maklum la bukan senang nak bersengkang mata pick up passenger pagi-pagi bute sebelum subuh. Bunyi macam die suruh aq hulur tip pon ade jugak. Jangan harap la, aq pon pokai even pakaian smart hehehe...

The second driver plak lancar tuturnya condemn orang-orang Melayu yang tak reti buat kerja. Banyak jugak facts yang disampaikan oleh beliau. Banyak membaca agaknye. Aq cuma bercerita flight engine rosak, dengan tidak semena-mena various issues came up in the "blur" conversation. Aq gelar blur sebab waktu tu otak aq da freeze memikirkan the coming presentation. Tapi kite layan je nanti kesian beliau cakap sorang-sorang hehe..

Lepas semua da settle, fuhhhh...lega tak terkata. Syukur Alhamdulillah semua berjalan lancar. Kali ni aq dipertemukan dengan taxi driver yang pendiam. Oleh itu, boleh la aq enjoy dengan pemandangan negeri tempat tumpah darahku as to celebrate the thing that was done well. Thanks to all taxi drivers in this story sebab hantar aq ke destinasi dengan selamat. This is what we looking for, RESPONSIBLE.

Sampai je rumah, ape lagi.....Kroh..Kroh..Kroh..
Stress!!
Biase la tu..

Problems!!
Just facing them. Kalau takde problem bukan kehidupan lah namanye..

How to deal with these two...Lari dari masalah?? Tak payah buat penat je. At the end of the day, korang akan hadapi balik masalah yang korang elak tu. So for today aq nak share beberapa aktiviti untuk bagi korang relax & lupakan masalah korang for a while. Finding a solution needs some ideas and inspirations. Kalau kita relax, tenang barulah ilham boleh datang..

1.  Fresh air

Jangan terlalu memikirkan masalah. It's good enough to alert ourselves that we have something to deal with. Janganlah korang down sampai tak nak keluar tengok dunia. Bernafas dengan udara segar adalah salah satu natural ways untuk bagi otak relax. Korang tarik nafas dalam-dalam, tahan selama 3 saat then istighfar sebanyak 3 kali. Then breathing out slowly.

2.  Green nature

 Mase kecik-kecik dulu ayah aq ajar, bangun je dari tidur terus tengok pokok-pokok hijau. Beliau cakap ini exercise untuk mata. Korang try luaskan pandangan korang dengan melihat tumbuhan hijau yang paling jauh. Cara ni pon boleh buat kita tenang. Love natures, feel the natures =)



3.  Holiday

Demand punye kuceng..Ok let's go for fun =) Korang boleh plan pergi bercuti dengan family ke member ke dengan jiran ke, suke hati korang la. But make sure cuti korang dah approved by boss. Kang tak pasal-pasal tambah lagi masalah. Apply cuti lama-lama skit. Kalau boss tak bagi cuti gi ajak die skali hehe..

4.  New things

Aq suka try benda baru. Bagi aq bila kita memupuk minat towards something, kita akan beralih focus. Selalunya aq suka mencuba dalam bab makanan. Selain makanan aq akan cari sesuatu barang atau produk baru yang bole aq cuba. Tak kesah la ape-ape yang penting ade minat nak cuba.

5.  Treat yourself

Kalau ade mase korang boleh pergi ke spa yang berdekatan untuk try package diorang. Jom la skali skala manjakan diri dengan sentuhan dan urutan awek-awek spa yang expert ni. Best seyh kene urut, hilang semua stress. Tambah-tambah lagi environment spa yang tenang..perghhhh mengantoknye. Next entry aq akan list out spa-spa yang boleh dikunjungi. Tengok la kalau ade mase huahuahua...



6.  Cool lotion

Ok la Meoww..meh try yang ni meh, budget skit. Aq ade bace satu magazine tentang ni, then aq try. Best jugak, kenape la tak pernah terfikir hehe. Korang ambil lotion korang, tak kesah la brand ape asalkan lotion, then keep it in fridge. After half an hour korang ambil lotion tu and apply to your body. Walaupon sejuknya sekejap tapi memuaskan. Must try!!

7.  Lawak collection

Aq suke ketawa. It's a soul therapy. Ketawa buatkan kite tak rasa lonely even we are alone rangers huhu. Bile takde sape-sape yang boleh hiburkan aq, aq akan search video-video lawak kat Youtube.  Macam comey jer..Macam comey jer..Macam comey jer..

























Ni segmen untuk tingkatkan SEO blog korang. Bende SEO tu? Aq pon tak tau haha..
By the way nak join layan diri k HERE

Thanks to blogger What I Like..
Amacam..feminin tak entry aq huahuahua...

Tak kesah la aq just nak share dengan korang petua yang berkesan sebab aq dah try sendiri. Alhamdulillah, so far ok je takde pon side effect ke hape. Tapi korang kene sabar & tabah..

1.  Dear pimples, go to hell!


Dulu aq tak percaya petua ni. Tapi selepas adik aq try dan beliau bertukar menjadi hensem, aq terus percaya. Petua ni makcik aq yang ajar adik aq. Senang je, barang pon memang dah ade kat dapur rumah korang kecuali korang tak makan lada hitam hehe..
  • Ambil lada hitam, sikit je tak banyak, then tumbuk hingga halus. Before tumbuk tu basuh la lesung korang tu. Mane la tau mak korang pakai tumbuk cili ke. 
  • Basuh muka dahulu. Lepas basuh jangan lap muka. This to make sure muka korang basah & sejuk sebab lada hitam panas.
  • Sapu & ratakan lada hitam di seluruh wajah, except kawasan mata & bawah mata. Kesian mata korang, nanti pedih.
  • Selepas 15-20 minit, cuci muka bersih-bersih then apply toner to your face. Tak kesah ape brand pon yang penting ade toner untuk kurangkan rasa panas.
Amalkan seminggu sekali. Korang kene sabar dan consistent untuk dapatkan hasil yang baek. Lagi satu tabahkan la hati. Kenape?? Try dulu baru tau hehehe...


2.  My choice: Moisturizer

This is my choice, suke3 =) It's affordable and has a smooth texture. Lepas pakai sejuk je and make your skin supple, fully moisturized. Walaupon nampak macam perfect, this product takde UV protection. So kalau nak keluar rumah korang kene la pakai sunblock. Biasanye aq pakai moisturizer ni sebelum tidur. That is the best sebab waktu tidur la your skin cells work to replace the dead one.

3.  Jom improve our skin tones

Ini adalah product multi vitamin untuk cerahkan kulit. Temujanji??
Aq memang dilahirkan gelap. Semakin besar semakin aq gelap sebab aq aktif dalam sports. As a solution, aq pilih product ni. Memang berkesan but take note, semua whitening products boleh mengeringkan kulit. Itulah gunanye pakai moisturizer..

.................................................

Selamat mencuba =)















Ayah aq seorang yang pendiam. Beliau jarang nak bercerita melainkan ade something yang buat beliau nak bercerita atau time family berkumpul ramai-ramai. That's why aq macam "Ek eleh perlu ke??" kalau tengok bebudak tak bole tido kalau takde bed time story. Aq dulu bole je lena without story bagai ni sampai kencing atas tilam...lena katanyee hahaha =)

Alhamdulillah...last two weeks aq telah bergelar seorang graduan. Since it was my first time, dia punya excited tu memang menggigil la. Bukannye ape, excited sebab benda yang dah lama ditunggu-tunggu. Before this convo maen-maen je time tadika and form 5. Dan yang paling aq excited, mak bapak aq dapat tengok anak diorang berjaya =)

Balik je rumah aq tengok transcript. Ayah aq datang duduk sebelah aq. Beliau tengok subject and beliau tanya each one of them. Aq tau beliau happy, aq tau beliau excited tengok transcript. Sebab satu mase dulu beliau pernah cakap, beliau tak kesampaian nak masuk universiti. Aq masih ingat, registration day at Universiti Malaysia Terengganu. Bila sampai je ayah aq terus cakap...

"Ni lah tempat ayah tak dapat masuk dulu. Ayong beruntung..."

Dan hari tu aq tau aq tak excited keseorangan. Aq bahagia sebab buat beliau bahagia...

.................................................

Course yang aq ambil adalah something yang aq tak plan. Time apply pon aq masih samar-samar tentang cita-cita. Tapi aq suka, aq minat even it's unexpected. Tak lama lepas tengok transcript, ayah aq tanya suddenly...

"Ayong tau tak ape cita-cita ayah dulu.."

Aq: "Tak tau...Ape cita-cita ayah?"

Sambil tersenyum..."Dulu ayah dapat interview ALAM Melaka..."

Aq: "Haaaaaaa..!!!" (terkejut + teruja gile tenuk)

Sambil tersenyum lagi..."Mase kat sekolah cikgu tanya cita-cita ayah. Ayah jawab ayah nak belayar, jadi captain.."

Aq: "Haaaaaaaaaaaaaaaa...!!!" (terkejut + teruja lagi, tenuk power of 2)

Sambil relek and muka cool..."Tapi arwah wan (mak beliau) tak bagi sebab risau anak belayar.."

Aq: "Ayah tak pernah cerita ponnnnn!! Bestnye...rugi la ayah tak pegi.."

Suddenly ibu aq menyampuk...

"Kalau ayah pegi tak dapat awak semua.."

Huahuahuahuahua....

Now aq tak hairan kenape aq suka Maritime Technology course. Rupa-rupanya aq warisi minat itu dari ayah . Lagi sekali aq bahagia sebab buat beliau bahagia...


Amacam...Comel tak wa hehehe


















Di hari raya..
Terkenang daku kepada si dia..
Kampung ku indah nun jauh di sana..
Ayah serta bondaku..

Last week lautan manusia berpusu-pusu nak balik kampung. Ticket pon sold out + naek harga. Tapi tak ramai sangat yang kecoh, excited nak balik kampung katenyee. "So, pedulik hape yang penting kaki gua terpacak kat kampung!!", berdialog mereka secara semangat.

Pagi ni aq bangun lalu breakfast secara normal, cekodok and nasi goreng. Sambil tu capai laptop and facebooking dengan tenang. Ramai update status raye and aq baca dengan gembira. Aq gembira tengok gambar rendang, ketupat, lemang dan orang pakai baju raye even tak dapat mengalami semua tu hari ni. Macam sedih pulak ayat aq huhuhu..Tapi aq masih bersyukur kerana dapat menghirup udara Aidil Adha pada tahun ini.

Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua muslimin dan muslimat seluruh dunia. Semoga bergembira bersama family di kampung. Jangan lupa kepada saudara-saudara Islam kita yang kesusahan di luar sana...

Dalam kita bergembira..
Pasti ada yang berduka..
Enak menjamu selera..
Jangan lupa yang tiada.. 


Bloggerzz yang dihormati..

Penconteng ruang ingin mengucapkan Salam Aidil Fitri kepada muslimin dan muslimat. Maaf sekiranya penconteng ruang terlebih suda atau secara saintifiknye terlanjur kata di dalam penulisan. Kepada yang nak balik kampung tu hati-hati ok. Jangan la terlalu gelojoh sampai anda tak nampak signboard dan lupa undang-undang. Ingat..ramai oarang tersayang sedang menanti di kampung=)






##Ramadhan..aq akan merinduimu..
Tak sempat aq nak jamah ubi kayu rebus, tibe2 nama aq diseru oleh gadis bernama Cik Mada. Takpe la maybe ade something die nak cakap. Aq pon meninggalkan ubi rebus yang kesepian di atas meja.

Cik Mada: "Kemey maaf ganggu kau. Pinjam 5 minit eh", beliau berkata sambil memegang satu kad.
Kemey: "Eh takpe..pinjam lame2 pon bole. What's wrong What's wrong?"
Cik Mada: "Aq nak ajak kau join satu segmen ni. Jom la wei free je tak bayar. Aq tau raye nak pakai                              banyak duet", beliau promote dengan semangat. Sungguh comel semangat beliau.
Kemey: "Oo..small matter. Aq memang suke segmen2 ni, lagi2 segmen Cik Mada", aq berkata dengan nada               membodek.

Tanpa membuang masa, beliau terus menghulurkan kad yang sedari tadi beliau pegang. Kad jemputan katanye. Haa..ni dia=)


Sebelum beredar beliau sempat mintak tolong aq promote segmen ni. Korang nak join click je SINI. Kite bagi support kat Cik Mada k.
Da lame Penconteng Ruang tak join segmen. Tibe2 Sharifah Amarina ajak aq join satu segmen. Wah..tak bole refuse ni. Aq pon angguk tanda setuju dan beliau pon tersenyum sambil melompat bintang. Aq terhibur melihat lompatan beliau itu. Dengan excited, beliau menghulurkan kad jemputan ke segmen yang dimaksudkan.

Kad jemputan...comel tak?

Sebelum bersurai beliau berpesan pada aq supaya mem"promote" segmen beliau. Senang je tu Sharifah Amarina, jangan risau ok. Sape yang nak join click SINI jangan malu2 kambeng ea.

 
Dah lama tak blog walking. Ye la Penconteng Ruang tak la aktif mane pon. Rupa-rupanya ramai rakan blogger yang sudah bergelar ibu. Aq?? Still bujang trang tang ting tong hehe.

Kepada PMR candidates tahun ni, korang da prepare lom untuk trial? Buat la ape yang patot jangan duduk korek idong depan tv je hehehe...bergurau. Akak doakan semoga korang berjaya di dalam pelajaran dan dipermudahkan segalanya.

Aq dulu, bukan nak kata ape la..semua yang cikgu belom ajar aq da expert. Soalan algebraic aq congak sambil makan kueh lapes je da dapat jawapan. Cikgu pon tanya aq balik sebab beliau tak pasti ape yang beliau ajar. Sia2 kalau korang percaya. Aq tipu je hehehe...

Ape2 pon ade beberapa tips yang berkesan untuk kita mudah memahami ape yang cikgu ajar dan mudah mengingati ape yang telah dipelajari. Let's check it out!!


  1. Memberi tumpuan 100% ketika cikgu mengajar. Cikgu korang bukan suke2 tau berdiri and explain kat depan sambil menggayakan baju kurung peplum beliau yang meleTOP. Semua tu ade input yang penting. Kalau korang fokus so takde problem ketika nak ulangkaji.
  2. Jangan malu2 ayam nak angkat tangan kalau ade yang tak faham. Tanya selagi boleh tanya. come on, be confident!
  3. Bincang secara berkumpulan. Contohnya korang terangkan proses digestion pada kawan2 korang. Bukan nak berlagak pandai tapi untuk check sama ada fahaman kita betol atau salah. Kalau ade salah at least kawan korang boleh betolkan. 
  4. Ok korang da berusaha jadi perbanyakkan la berdoa kepada Allah dan tawakal.

Ni la adek aq,calon PMR. Berminat?? Taip nak kenal@abubakarela
dan hantar ke 88888

Tragedi MT Bunga Alpinia, Jetty Petronas Methanol Labuan
Masih ingatkah korang akan tragedi ni? Semalam genap setahun tragedi ni berlaku.

Tragedi yang telah mengejutkan kita ketika Ramadhan tahun lepas. Tragedi ni juga memberi impak yang besar terhadap dunia perkapalan dan membuka mata orang ramai terhadap tugas mereka yang bergelar seafarer. Aq bersyukur kerana Allah memberi petunjuk untuk aq mengikuti perkembangan tragedi ini. Kalau tak mungkin sampai sekarang aq tak tau orang yang aq kenali telah pergi buat selamanya.

Suatu malam, 2 hari selepas kejadian, aq telah bermimpi sesuatu yang menggerakkan hati aq untuk mengikuti perkembangan tragedi ni. Bangun je tido aq terus meng'Google'. Padahal before that aq ade tengok berita tapi tak amek port sangat. Mane2 berita pasal tu aq geledah, tibe2 berminat, dalam masa sama aq rase macam ade benda tak kena. Bila tengok nama mangsa aq tertumpu pada satu nama sebab aq ade kenalan yang namanya sama. Beliau juga terlibat dalam dunia perkapalan. Tapi aq tak syak die.

Next day kawan aq datang rumah nak berbuka sama2. Tibe2 die bercerita salah seorang mangsa adalah ex-student sebuah tempat pengajian swasta. Terus fikiran aq teringat pada beliau. Aq terus search internet untuk cari maklumat. Aq tanya orang2 yang maybe kenal beliau tapi buntu. Aq tak give up, aq teruskan jugak. Sehingga aq terjumpa someone post link facebook beliau dan menyatakan mangsa Tragedi MT Bunga Alpinia. Aq terkejut..unexpected.

Allah maha berkuasa. Semoga roh mangsa tragedi MT Bunga Alpinia ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah...


Source: Mr Google

Betul kata pepatah, jauh perjalanan luas pemandangan. Bila pemandangan dah luas pengalaman pon bertambah. Tapi makin jauh berjalan makin meningkat jumlah Ringgit Malaysia yang terbang melayang sambil cakap "Bye-Bye" kat aq. Tapi takpe duet tak masuk kubo pon hehehe.
Alhamdulillah, tahun ni aq berpeluang berpuasa jauh skit di Tawau, Sabah. Mana tau tahun depan puasa kat Dubai plak kalau ade sape2 yang sudi sponsor hehehe...bergurau.

Best jugak Tawau ni. Even tak besar mana tapi macam2 makanan pelik yang ade. Aq jenis yang tak memilih bab makanan dan aq suka mencuba nak rase. Ape yang terhidang semua aq bedal, lagi2 makanan free. Majoriti penduduk Tawau adalah Bugis so macam2 masakan Bugis aq ngap. Sampai satu malam tak bole tido kerana diserang Gastrik. Padan muka aq.

Ade ape dengan Tawau ni?? Haa..baca la sendiri..


  1. Korang kalau pergi sana korang try la Nasi Lalap. Dengan satu suapan, deria rasa akan menghantar mesej ke otak melalui saraf dan sel2 otak berhubung untuk meng'interpret' kesedapan tuh. Perrgghhh..enak bha.
  2. ABC kat sini special skit. Macam2 menu ade yang basic die cuma ABC je. ABC buah, ABC milo, ABC buah+milo haa...hambek kau.
  3. Harga ikan kat sana memang murah. Ikan kembung RM 1.50 je sekilo. Gile tak gile!! Aq yang jakon ni da menggelabah angsa kat pasar ikan tu. Bukan excited tengok pakcik jual ikan tu tapi excited tengok harga hehe 
  4. Banyak tikus berkeliaran kat bandar ni sampai ade satu tempat yang dikenali sebagai Taman Tikus. Bangga betul diorang ade taman sendiri dan dengan bangga jugak diorang lalu bawah meja makan tempat aq lepak. Menggelabah ayam aq angkat kaki. Nasib baik ABC aq tak terbang ke meja sebelah.
  5. Orang Tawau ni pandai modify speaker. Kalau korang naek bas ting-tong rasa macam dalam disko. Majoriti bas ting-tong kat sana sound system die baek punyer. Aq difahamkan budak2 sekolah yang nak balik rumah akan memilih untuk naek bas yang power sound system die. Bas yang speaker pecah diorang jeling je. Demand betol..
  6. Kalau korang tinggal di kampung2, sahur korang akan dikejutkan dengan kumpulan yang menyanyi lagu bertemakan bulan Ramadhan. Mereka akan bergerak dari rumah ke rumah sambil bermain gitar dan gendang macam pancaragam tu. Mula2 dengar memang riuh macam kat kenduri kawen tapi best tengok kemeriahan dan semangat diorang.
  7. Selalunye kalau nak shopping kite mesti pergi mall macam Mid Valley, Times Square, etc. Semua barang branded ade dijual dalam satu shopping mall. Tapi kat Tawau ni barang2 branded macam Levi's, Hush Puppies dijual di kedai2 biase je, macam lot2 kedai. Ye la kat sana takde mall yang besau2.
  8. Korang nak tau lebih2 korang pegi la sendiri kat sane.
Ok la aq nak mandi. Badan pon da bau semacam. Gud night=)


p/s: Selamat menghayati hari Nuzul Al-Quran...
Hari ni dah masuk hari yang ke 14 kite berpuasa. Cepatnye masa berlalu. "Hai Encik Masa, jangan la kau cepat sangat. Jalan slow2 dah la. Nak cepat2 buat ape, 24jam jugak yang kau ade"...kata aq di dalam hati. Aq paling suka malam2 sepanjang bulan Ramadhan. Kalau ade masa untuk aq renung masa depan aq akan pegi luar tengok langit. Masya-allah tenangnye hati. Titis2 rahmat dan keberkatan itu dapat dirasai.

...............................

Ok la berbalik ke tajuk asal..just 4 share. Tengahari tadi seperti biasa aq menjalankan rutin harian dengan menonton tv untuk melupakan rasa lapar dan dahaga. Nasib baek ade astro, macam2 ada. Sedang asyik menonton Naruto Season 2, aq diganggu oleh bunyi-bunyian yang aq tak pasti dari mana datangnya. Berkali-kali jugak bunyinye tapi aq biarkan, malas nak mencari. Tiba2 hati aq tergerak nak tengok fon.

"Eh, ade miskol..My mum.."

Tanpa lengah aq mesej ibu aq, nak call balik kedit tinggal ciput. Belom sempat tekan send bunyi-bunyian tu datang lagi. Kali ni telinga aq lebih peka. Aq mencari bunyi itu. Rupa-rupanye...Hampeh!! Tepon rumah aq yang berbunyi. Asal la pelik no bunyiknye?? Aq da agak ibu aq yang berada dalam talian. Beliau menyuruh aq menggoreng karipap sebagai makan tengahari. Beliau sedikit busy kerana ade urusan di luar. Kaki hayam kalau korang percaya!! Karipap tu untuk berniaga di bazar ramadhan keh..keh..keh..

Sedang aq menggoreng karipap datang pulak bunyian yang berbeza dari sebelomnye.

"I'm coming home I'm coming home, tell the world that I'm coming home...lalalala..."

Deringan tepon aq bernyanyi. Jangan harap la aq nak jawab. Kang tak silap2 karipap ibu aq hangus. Yang ni pon berkali-kali jugak bunyinye tapi aq biarkan je. Sesudah siap menggoreng baru lah aq capai fon murah aq.

"Mak aii, sape plak yang call aq pakai public ni..macam no opis pon ade"

Aq bermonolog hairan. Dengan fikiran buntu aq sambung menonton tv. Tak lama kemudian aq teringat mimpi mainan tidurku semalam. Aq bermimpi seseorang menghubungi aq dan menceritakan tentang kerja. 

Macam da panjang la pulak entry aq ni. Ok la, dipendekkan cerita aq dipanggil untuk interview oleh sebuah company di selangor. Macam tak percaye aq short-listed hehehe...Alhamdulillah, inilah rezeki ramadhan. Terima kasih Allah=)


p/s: Teringat first time interview SPA 4 tahun yg lalu hehehe...
Hari ni macam biase, aq menuju ke office ditemani jerebu yang menghadkan penglihatan mata kasar aq. Sambil jalan-jalan aq pandang sekeliling. Tak ramai yang pakai mask termasuk aq.

"Ok la ni, KL tak teruk. Lau tak sume da gelabah ayam pakai topeng" aq bermonolog.

Teringat time aq kecik-kecik dulu di mana sel-sel otak sedang berkembang dan kadar logik adalah 0.001%. Pendek kata ke'bangang'an aq terserlah. Biase la budak-budak nak membesar hehe..
Waktu tu aq tak dapat membezakan antara jerebu dan embun pagi. 



Aq pelik y diorang beria-ria suruh jaga kesihatan sedangkan kabus tu benda biasa yang kita lihat setiap pagi. Setelah umur meningkat dan mendapat pendidikan yang cukup aq kenal ape itu haze or what we call jerebu.

Ok, tammat mukadimah..

Then macam biase aq beratur tunggu taxi. Tibe-tibe datang sebuah Vios parking baek punya dekat lorong taxi betul-betul depan aq. Lantak la, none of my business. So, aq layankan je drama romantis sepasang couple di dalam kereta keluaran Toyota tu.



Before si BOY keluar dari kereta, si GIRL salam ciom tangan si BOY. Pastu si BOY ciom pipi si GIRL and vice versa. Pastu bergurau senda plak sambil ketawa terbahak-bahak yang aq tak dengar bahaknya. Puiii..sweet jugak drama free ni.

Sedar tak sedar da 2 biji taxi menunggu di belakang kereta diorang. Aq pon tak sedar bile taxi tu sampai, punye la asyik layan drama sweet ala-ala gula kapas 30 sen tu.



Pastu ape lagi kena hon la bertubi-tubi. Tak kan pak cik driver tu nak berdiam diri je tak gerak-gerak sampai tengah hari. Si BOY pon menggelabah angsa terus keluar dari kereta. Tapi drama tak tamat di situ. Si BOY berdiri terpacak di situ dan memberi renungan tajam pada pak cik driver tu.

"Shit..berani lu kacau saat2 romantis wa. Lu ingat bro..lu ingat.." 

Lebih kurang camtu la maksud pandangan si BOY tu.


Tak salah kalau park kereta di lorong taxi untuk turunkan penumpang in case korang nak cepat. Bukan buat drama kat situ bikin pak cik dari persatuan teksi2 seMalaysia panasss..


kata2 ku (kkk) : Jom pakai topeng!! Udara kotor bro..


Semalam aq bergayut.
Bergayut = On call, bukan yang macam Encik Monyet buat dekat zoo tu.
Tiba-tiba dia bukak topic "Duit Bunian". Ade wang kertas yang memiliki tandatangan "Aishah" dan bukannya "Zeti Aziz". OMG!!Arrrgggghhhhhhh!!!......interesting, aq suruh dia habiskan cerita.

Menurutnya semasa Malaysia mengalami kemelesetan ekonomi, kerajaan bunian telah membantu rakyat Malaysia dengan mengeluarkan duit dari alam mereka. Kerajaan mereka juga memiliki bank seperti kita dan gabenornya bernama Aishah. Dari sini aq dah rasa cerita ni mengarut. True or False? Kawan aq suruh mengGOOGLE untuk kepastian.

Pagi-pagi masuk office terus mengGOOGLE. Exited, really wanna know. Banyak entry pasal duit bunian Aishah ni rupenye. Ketinggalan zaman betul aq ni. Ade jugak entry yang mengarut, yang macam syirik pon ade. Tarik duit la, perjanjian alam ghaib la, hape la, itu la, ini la...

And the truth is revealed...

The fact is tandatangan itu milik Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan Bin Sulaiman, bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (September 1998-April 2000). Menurut sumber, hal ini terjadi kerana tersalah edar semasa proses pertukaran gabenor bank negara. Difahamkan bank di Penang telah terlepas edar sebanyak 50 000 keping duit baru, dan tandatangannya adalah milik Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan Bin Sulaiman. Hanya 50 000 keping duit kertas yang seperti itu di Malaysia. Limited edition woo!!

Macam mane la boleh timbul Aishah. Maybe signature dia looks like A.i.s.h.a.h. Tapi kalau diteliti betul-betul signature tu bermula dengan "Ali". Tu la pelik sangat signature sampai menimbulkan kontroversi huhu..


Sape ade duit ni? Nak bole x hehe..




Kata orang peluang tak kan datang bergolek, duit takkan turun dari langit. Kalau duit turun dari langit, pagi-pagi aq akan keluar bawak besen, squat in front of my house dengan pakai baju tido and tadah **my imagination hehe**

Need money? nak beli branded wears? looking for experience?...working part time is the way since aq masih bergelar student. Atas dasar inilah aq decide nak kerja part time, for the first time in my life, in 2008 (just graduated from PLKN hehe)

Aq tak tau nak cari kerja. Nak kerja ape pon aq tak tau. Tapi aq suka something that not make me stay at one place. Kerja yang tak boring, absolutely! Disebabkan aq zero, ibu aq pon tolong ushakan kerja untuk aq. Di sini da dapat lihat point of independent dalam diri aq is OUT!!hehe..

Good story..ibu aq berjaya dapatkan aq kerja. Wiiieeeeee, that's great!
Oh wait...
Kerja pembantu kedai bunga..hahahaha aq hanya mampu tergelak. Orang yg mengenali aq pon akan turut tergelak sama. Bad story...

Tapi disebabkan tak nak ibu aq kecewa dan berkobar-kobar nak kerja aq go on. First day..Hiiyahhhhh!! dengan semangat aq melangkah keluar dari rumah. Not too far, jalan kaki je. On that day aq start blajar ape tugas aq dan ape yang patut aku buat. Everything goes well tapi aq pulak sedang hipokrit. "I do love this job aunty", sambil tersenyum simpul tapi dalam hati.."dem it..dem it..dem it"..

Disebabkan tak tahan aq terus chow bila aunty tu suruh lunch. Aq terus balik rumah ikut pintu belakang then masuk bilikterus tido membongkang. Bila jam menunjukkan pukol 5pm aq keluar bilik. Ibu aq yg ade kat dapur mase tu terkejut. "What the...bile kau balik nak oii!! Dengan selambe taik ayam aq ceritakan segalanya. Speechless ibu aq. Ekoran dari kejadian ini ibu aq malu yang amat bila terjumpa dengan aunty tu. Teruknya aq huhuhu..

Walaupon keje setengah hari aq tetap dapat gaji. Sekian terima kaseh.




Hai world..

End of office hour..aq terus berkemas nak balik. After say bye-bye to office mates aq pon blah menuju lif. Tibe-tibe rasa nak jalan-jalan ambil angin, so aq decide singgah sebentar di masjid jamek untuk cuci mata. Winkk**Winkk**

This time no worries sebab jalan-jalan dengan dompet nipis membuatkan aq tak boros hehehe. Tengah-tengah syok usha bangle tibe-tibe punggung aq terasa dicuit-cuit. Ingatkan peraba bersiri nak je aq lempang-lempangkan, but then aq simpan balik aq punya pelempang coz she was a girl, a kid..

She is a beggar. Dia jual surah Yasin. Aku pon menolak. Bukan sombong, bukan kedekut.. tapi da banyak kali aku didatangi kanak-kanak yang senasib begini. Lagipon aku tau dia bekerja untuk someone else. One more thing, there's a lot of mini surah Yasin yg terkumpul, yg x jugak dibaca.. ish3...

But she begged me and stood there..even aq refuse banyak kali. Tak sampai hati pulak. Aku hulur sejumlah wang. Bila dengar dia cakap terima kasih, hati aq terasa sayu jugak..

Suddenly an old man came, ntah dari mane. Dia datang bawak buah. Dia bagi pada budak tadi tu, kire macam upah la. Aq tengok dalam plastik tu banyak jugak buah. That means ramai la "pekerja-pekerja" dia. Hai pakcik, kenapa tak pakcik je yang buat kerja tu?

They are possess an unfair live. Sampai bila? Any solution for this..