25 July 2013

7 perkara: Ada Apa Dengan Tawau

Source: Mr Google

Betul kata pepatah, jauh perjalanan luas pemandangan. Bila pemandangan dah luas pengalaman pon bertambah. Tapi makin jauh berjalan makin meningkat jumlah Ringgit Malaysia yang terbang melayang sambil cakap "Bye-Bye" kat aq. Tapi takpe duet tak masuk kubo pon hehehe.
Alhamdulillah, tahun ni aq berpeluang berpuasa jauh skit di Tawau, Sabah. Mana tau tahun depan puasa kat Dubai plak kalau ade sape2 yang sudi sponsor hehehe...bergurau.

Best jugak Tawau ni. Even tak besar mana tapi macam2 makanan pelik yang ade. Aq jenis yang tak memilih bab makanan dan aq suka mencuba nak rase. Ape yang terhidang semua aq bedal, lagi2 makanan free. Majoriti penduduk Tawau adalah Bugis so macam2 masakan Bugis aq ngap. Sampai satu malam tak bole tido kerana diserang Gastrik. Padan muka aq.

Ade ape dengan Tawau ni?? Haa..baca la sendiri..


  1. Korang kalau pergi sana korang try la Nasi Lalap. Dengan satu suapan, deria rasa akan menghantar mesej ke otak melalui saraf dan sel2 otak berhubung untuk meng'interpret' kesedapan tuh. Perrgghhh..enak bha.
  2. ABC kat sini special skit. Macam2 menu ade yang basic die cuma ABC je. ABC buah, ABC milo, ABC buah+milo haa...hambek kau.
  3. Harga ikan kat sana memang murah. Ikan kembung RM 1.50 je sekilo. Gile tak gile!! Aq yang jakon ni da menggelabah angsa kat pasar ikan tu. Bukan excited tengok pakcik jual ikan tu tapi excited tengok harga hehe 
  4. Banyak tikus berkeliaran kat bandar ni sampai ade satu tempat yang dikenali sebagai Taman Tikus. Bangga betul diorang ade taman sendiri dan dengan bangga jugak diorang lalu bawah meja makan tempat aq lepak. Menggelabah ayam aq angkat kaki. Nasib baik ABC aq tak terbang ke meja sebelah.
  5. Orang Tawau ni pandai modify speaker. Kalau korang naek bas ting-tong rasa macam dalam disko. Majoriti bas ting-tong kat sana sound system die baek punyer. Aq difahamkan budak2 sekolah yang nak balik rumah akan memilih untuk naek bas yang power sound system die. Bas yang speaker pecah diorang jeling je. Demand betol..
  6. Kalau korang tinggal di kampung2, sahur korang akan dikejutkan dengan kumpulan yang menyanyi lagu bertemakan bulan Ramadhan. Mereka akan bergerak dari rumah ke rumah sambil bermain gitar dan gendang macam pancaragam tu. Mula2 dengar memang riuh macam kat kenduri kawen tapi best tengok kemeriahan dan semangat diorang.
  7. Selalunye kalau nak shopping kite mesti pergi mall macam Mid Valley, Times Square, etc. Semua barang branded ade dijual dalam satu shopping mall. Tapi kat Tawau ni barang2 branded macam Levi's, Hush Puppies dijual di kedai2 biase je, macam lot2 kedai. Ye la kat sana takde mall yang besau2.
  8. Korang nak tau lebih2 korang pegi la sendiri kat sane.
Ok la aq nak mandi. Badan pon da bau semacam. Gud night=)


p/s: Selamat menghayati hari Nuzul Al-Quran...

4 comments:

haslinda said...

Nnt try sanggar chese pulak.. best..

kemey said...

insya allah..lau ade pluang=)

Sakura Sue said...

Wowww menariknya! One day ptot prg sana.. :)

kemey said...

ok..beli tiket lebih ea hehehe