Ngeri..laluan Segamat-Kuantan

Pernah dengar Highway Tun Razak atau laluan Segamat-Kuantan?Laluan yg menghubungkan pemandu dari selatan ke Pantai timur.Siap dibina pada tahun 1974 dan namanya sempena Perdana Menteri kedua,Tun Abdul Razak.Laluan bermula dari Segamat(johor) dan berakhir di Gambang(Pahang).


4-5 tahun yg lepas aq slalu guna jalan ni sewaktu blajar di Muadzam Shah.Sekarang pon aq still guna jalan ni utk menuju ke Terengganu.Dulu jalan ni agak sempit tp sekarang jalan raya nya telah diperbesar,skit je.Sepanjang prjalanan korg akn nampak sawit je.Ada beberapa tmpat sepnjang prjalanan tu mudah banjir kalau hujan lebat.Lampu jalan pon xde,kalau malam gelap-gelita la.Lori balak,tankers,treler memang byk lalu kat jalan ni especially wktu mlm.Kalau bas pulak suka sangat rempit,maklum la jalan straight.
Laluan ni mmg famous dgn accident yang membawa maut.Ade org label kan laluan ni sebagai "tempat keras" tp bagi aq ini semua berpunca dari isu keselamatan.My senior pon prnah accident di laluan ni.


30Dis2008
Dua rakan trbunuh apabila trjatuh dari motor ketika mengelak lopak air sblm dirempuh sebuah treler dan diseret 50 meter di km 31


7Jun2010
Enam sekeluarga terbunuh apabila kereta yang dinaiki bertembung dengan treler di kilometer 78. 


17Jun2010
Lima sekeluarga terbunuh dan tiga parah dalam kemalangan antara MPV dan treler di km 129.2
Lokasi kemalangan kira-kira 10km dari lokasi kemalangan pada 7 Jun.


18Julai2010
Seorang anak terbunuh apabila kereta yang dipandu ayahnya dilanggar sebuah kereta Kenari di Kilometer 125.5
Kejadian pada 3.05 ptg

6Nov2010
Empat sekeluarga yang dalam perjalanan pulang ke Melaka selepas menghadiri majlis pertunangan mati rentung apabila kereta Proton Persona dinaiki mereka terbakar selepas berlanggar dengan sebuah lori treler di Kilometer 119.Pemandu treler dan kelindan cedera ringan.Kejadian pada pukol 10.30 mlm



24Jan2011
Seorang guru dan dua anaknya maut dalam kemalangan yang membabitkan empat kenderaan di Km129.2
Kejadian pada pukol 3.30 ptg. 

11Mac2011
Sebuah van bertembung dengan sebuah treler di km 85.Pemandu treler didapati positif dadah jenis morfin manakala kelindannya positif ganja.Tujuh terbunuh.

7April2011
Penunggang motosikal terbunuh setelah terbabit nahas dgn sebuah kenderaan di km 142.8
Ibu mangsa yang membonceng motosikal cedera parah.Kejadian pada pukol 8.05 mlm


22April2011
Kereta Perodua Myvi bertembung dengan sebuah lori tangki di km 63.Empat org terbunuh.Kejadian pada pukol 4.50 pg.

1Sept
Sebuah MPV terbabas ke bahu jalan sblm melanggar sebatang pokok di km 135.Tiga beradik terbunuh manakala sepasang suami isteri dan seorang anak perempuan mereka terselamat.Kejadian kira-kira 10.30 mlm

............................................................................................................
.......................................................

Hotspot- km 62 hingga km 65, km 120 hingga km 124 jalan Kuantan menuju Segamat

BERHATI-HATI DI JALAN RAYA!





















0 kate2 korang: