Pengalaman Pertama Bersalin


Assalamualaikum readers...

This is my first time update blog sebagai mak budak haha...

Entry kali ni aq akan share apa yang aq lalui semasa pertama kali bersalin. Semoga ia bermanfaat untuk readers and of course supaya aq tak lupa moment indah ni and of course aq nak bagi anak aq baca pabila dia dah pandai baca haha...


13/8/2019

Inilah tarikh due doctor bagi tapi aq rasa was-was sebab aq lupa bila last aq period. Bila doctor tanya aq hentam je bagi tarikh. Ini pengajaran buat aq. Nampak remeh tapi penting bagi pregnant lady. Kalau salah bagi tarikh silap-silap kena bersalin induce sebab due date terlalu awal.

20/8/2019

Ni due date yang tertulis dalam buku klinik aq. Aq forward seminggu atas nasihat mother in law. Kalau doctor yang baca entry aq ni mesti dia marah sebab aq suka-suka je forward tarikh haha...

21/8/2019 Rabu (7:05 am)

Blood show muncul time aq kencing tapi sakit belum ada. Time tu aq kencing sambil termenung lama sebab aq memang risau yang hamat dan tak keruan menunggu tanda bersalin yang tak kunjung tiba. Cuba korang tengok due date aq yang pertama. Kalau aq follow date tu memang aq dah kena induce dah haha...

22/8/2019 Khamis (3:00 am)

Aq tersedar dari tidur dan rasa sakit macam senggugut. Tapi sakit-sakit manja je. Aq sambung balik tidur. Lepas solat subuh aq inform husband dan ibu aq pasal sakit tu. Ibu aq suruh get ready pergi hospital. Aq relax dulu sebab dalam mindset aq kalau bersalin anak pertama mesti lambat bukaan laluan tu. Kenapa mindset aq begitu..sebab aq dah terpengaruh dengan blog-blog yang aq baca. Mostly bersalin lepas sakit beberapa hari even yang sampai seminggu pun ada.

Finally around 10am baru aq gerak ke hospital sebab ibu aq risau dan family mertua aq push suruh pergi. Sampai hospital midwife check baru 1 CM bukaan dan beliau berkata maybe lepas 2 ke 3 hari baru aq bersalin. Aq dah agak dah. Then aq expect aq dapat balik, sekali aq kena warded terus. Mood aq terus ke laut. Aq plan nak mintak balik sebelah petang. Malangnya once registered, patient hanya dibenarkan balik after 24 hours. Sekali lagi mood aq ke laut. Aq rasa nak curi-curi balik je tapi tengok makcik guard kat pintu takut plak.

(8:45 pm)

Dipendekkan cerita time nak solat isyak aq rasa sakit semacam. Aq bertanya pada diri sendiri adakah ini sakit contraction (biasa la first time ape benda pun tak tau). Aq terus on Contractions Timer App untuk track.

Download di Play Store

Makin lama sakit tu semakin kuat. Perut aq memulas macam nak berak. Time tu aq dah berjalan mundar-mandir sambil buat teknik pernafasan untuk tahan sakit. Tak lama lepas tu aq ke toilet untuk lepaskan hajat. Fuhh rasa lega tapi sakit tu tetap ada. Husband suruh aq inform dengan midwife tapi aq tahan lagi sebab aq fikir kalau bukaan dah besar mesti sakitnya lagi dahsyat. Tiba-tiba Apps tu bagi warning.

Amek kau..go to the hospital

Aq macam tak percaya sebab aq still boleh tahan sakit. Dalam fikiran aq mungkin baru buka 2 ke 3 CM camtu. Tapi husband suruh aq inform je midwife untuk check. Sekali check dah 5 CM bukaan. Lepas je tau dah 5 CM aq terus tak boleh tahan sakit hahaha. Itulah the power of mindset.

Then doctor terus arrange ambulans untuk transfer aq ke hospital besar Temerloh. Aq tak tau pulak yang aq kena transfer. Punya la lama menunggu, pukul 1 pagi baru nak gerak. Nurse yang teman aq terus simpul kain yang aq pakai (tak sure sebab ape..petua kot) sebab dia takut aq terberanak tengah jalan haha..

(1.30 am)

Selamat sampai hospital besar Temerloh. Terseksa aq dalam ambulans melambung-lambung sebab pakcik driver speed laju gile. Time tu tuhan je yang tahu. Time sakit contraction datang, automatic perasaan nak meneran tu pun datang. Tapi aq terpaksa tahan takut terberanak dalam ambulans. Sampai je labor room ingatkan boleh terus meneran, rupanya kena check dulu & scan. Bukaan dah 9 CM. Time tengah scan tu tiba-tiba monitor shut down sebab ada sorang doctor pelatih tersepak wayar. Nak kena tunggu monitor on balik hadoiii. Lepas dah siap check nak kena tunggu doctor pulak. Dugaan demi dugaan haha..

Bila midwife bagi green light untuk meneran aq terus teran tanpa berlengah lagi. Cara meneran aq belajar dari SINI. Midwife minta izin untuk lakukan episiotomy. Semua yang ada di situ tak henti-henti bagi dorongan termasuk husband. Sedang aq meneran tiba-tiba terasa air mata mengalir menahan sakit. Besarnya pengorbanan seorang ibu :')

(3.05 am)

Alhamdulillah aq selamat bersalin. Midwife terus tunjuk jantina baby dan baringkan baby atas dada aq. Fuhh macam tak percaya dah jadi mak masa tu. Then midwife terus proceed dengan jahit episiotomy. Lepas siap semua aq diberi bonding time bersama baby selama 1 jam. Time tu midwife suruh aq menyusukan baby.

(6 am)

Aq masuk wad. Doctor pesan kalau aq dah kencing & baby kencing dan berak kitorang boleh discharge. Tapi dalam pukul 4 pm camtu aq terpaksa berpisah dengan baby. Baby kena tahan NICU selama 5 hari kerana disahkan G6PD. Malam tu dalam pukul 8 pm aq dah discharge. Aq balik rumah tanpa baby..sedih tau time tu huhu..

Aq bersyukur kerana segalanya dipermudahkan oleh Allah. Aq cuma menahan kesakitan selama 7 jam. Yang paling tak bole lupa pengalaman naik ambulans. Kesabaran aq diuji secara maksimum di situ haha..Alhamdulillah semuanya selamat. Next entry aq akan share petua mudah bersalin dan pengalaman berpantang ; )


Latest pic Muhamad Yunus Dhaffa : )

















0 kate2 korang: