Aku, Ayah & Cita-cita

Ayah aq seorang yang pendiam. Beliau jarang nak bercerita melainkan ade something yang buat beliau nak bercerita atau time family berkumpul ramai-ramai. That's why aq macam "Ek eleh perlu ke??" kalau tengok bebudak tak bole tido kalau takde bed time story. Aq dulu bole je lena without story bagai ni sampai kencing atas tilam...lena katanyee hahaha =)

Alhamdulillah...last two weeks aq telah bergelar seorang graduan. Since it was my first time, dia punya excited tu memang menggigil la. Bukannye ape, excited sebab benda yang dah lama ditunggu-tunggu. Before this convo maen-maen je time tadika and form 5. Dan yang paling aq excited, mak bapak aq dapat tengok anak diorang berjaya =)

Balik je rumah aq tengok transcript. Ayah aq datang duduk sebelah aq. Beliau tengok subject and beliau tanya each one of them. Aq tau beliau happy, aq tau beliau excited tengok transcript. Sebab satu mase dulu beliau pernah cakap, beliau tak kesampaian nak masuk universiti. Aq masih ingat, registration day at Universiti Malaysia Terengganu. Bila sampai je ayah aq terus cakap...

"Ni lah tempat ayah tak dapat masuk dulu. Ayong beruntung..."

Dan hari tu aq tau aq tak excited keseorangan. Aq bahagia sebab buat beliau bahagia...

.................................................

Course yang aq ambil adalah something yang aq tak plan. Time apply pon aq masih samar-samar tentang cita-cita. Tapi aq suka, aq minat even it's unexpected. Tak lama lepas tengok transcript, ayah aq tanya suddenly...

"Ayong tau tak ape cita-cita ayah dulu.."

Aq: "Tak tau...Ape cita-cita ayah?"

Sambil tersenyum..."Dulu ayah dapat interview ALAM Melaka..."

Aq: "Haaaaaaa..!!!" (terkejut + teruja gile tenuk)

Sambil tersenyum lagi..."Mase kat sekolah cikgu tanya cita-cita ayah. Ayah jawab ayah nak belayar, jadi captain.."

Aq: "Haaaaaaaaaaaaaaaa...!!!" (terkejut + teruja lagi, tenuk power of 2)

Sambil relek and muka cool..."Tapi arwah wan (mak beliau) tak bagi sebab risau anak belayar.."

Aq: "Ayah tak pernah cerita ponnnnn!! Bestnye...rugi la ayah tak pegi.."

Suddenly ibu aq menyampuk...

"Kalau ayah pegi tak dapat awak semua.."

Huahuahuahuahua....

Now aq tak hairan kenape aq suka Maritime Technology course. Rupa-rupanya aq warisi minat itu dari ayah . Lagi sekali aq bahagia sebab buat beliau bahagia...


Amacam...Comel tak wa hehehe

















0 kate2 korang: