Sweet dream Malaysia...

Nape sweet dream?Sebab waktu camnie orang sume membute daa..tapi aq masih celik for doing my assignment.Lame nyer x update blog,kesian penconteng ruang,haa meh sini aq nak update heheh..
Ok laa tonight i wanna to share something with u all.Nape ek kapal dalam dunia nih menggunakan nama wanita??Nape x letak nama Ali ke..Ah Chai ke..atau Muthusamy??Let's find out...




Begitu la ceritanye hehehe...Bangga x wahai wanita2 di luar sana?Bila sebuah "kapal wanita" belayar membelah lautan biru mengharungi siang dan malam sehingga sampai ke destinasi.Ancaman cuaca,lanun dan kerosakan sentiasa mencabar orang2 di dalamnya.Membawa muatan yang diamanahkan dan menuju ke negara2 di bumi ini...bangga kan..
Jom cuci mata nengok kapal nih =)

















































Salam di malam yg tenang to all bloggerz..

Adakah antara kenalan korang yg dikatakan anak derhaka?Pernahkah korang dengar luahan mereka?Atau korang juga pernah menderhaka pada kedua ibu bapa?...mintak jauhkanlah dari semua itu..

Kenapa agaknya lahirnya anak derhaka nih?Di mana kekurangan ajaran ibu bapa yang dianggap sempurna oleh semua.Tidak cukup ke makan,minum,kesenangan,belanja dan segalanya yang mereka sediakan depan mata.Semuanya hasil titik peluh siang dan malam mencari rezeki kurniaan-NYA.Apa lagi yg dimahukan??

Seorang ibu: Sampai hati kau buat aku begini.Aku membesarkan dan mendidik kau,bertarung nyawa melahirkan kau..ini balasan kau terhadapku..




Namun bagaimana jika seorang ibu melahirkan darah dagingnya tetapi mengabaikannya.Bagaimana pula seorang ayah yang langsung tidak mempedulikan anak kandung sendiri.Anak dihantar pada nenek untuk dijaga.Pelajaran anak tidak pula ditanggung apa lagi makan minum nya.Si anak hanya menumpang kasih pada orang lain sedangkan ibu bapa masih bernyawa.Bila si anak berjaya,datang pula ibu bapa untuk menuntut balasan anak yang dilahirkannya.Tapi kini si anak pula yang tidak mempedulikan mereka.

Seorang ibu: Sampai hati kau buat aku begini.Aku membesarkan dan mendidik kau,bertarung nyawa melahirkan kau..ini balasan kau terhadapku..

Jangan ditanya mengapa mereka derhaka jika ibu bapa sendiri tidak lengkap menunaikan tanggungjawabnya.Peribadi anak2 adalah sejauh mana ibu bapa mencorakkannya.Tidak patut mengharapkan lebih jika dahulunya anak kandung sendiri diabai-abaikan bukan ditimang-timangkan.Tetapi sejauh mana pun terpesongnya,ibu bapa lah yang menyebabkan kita lahir ke dunia. Walau seburuk manapun gerangan orang itu,dia tetap orang yang sama yang telah melahirkan kita...




Hidup ni panjang prjalanannye. Ape yg kite lalui hari ini bukanlah keseluruhan dan bukanlah sesuatu yang boleh dibuat kesimpulan kerana tidak abes lagi ceritanye. Adakah cukup sudah ikhlas yg ade dlm diri kite selama ini seperti yg selalu diungkapkan?Sejauh manakah keikhlasan....



Keikhlasan itu ibarat seekor semut hitam 
yang berjalan di atas arang 
pada waktu malam...







Itulah keikhlasan...