20 July 2017

Tambah tinggi dengan KALSIUM PENINGGI TIENS

Salam...
Ape khabar semua sahabat blogger?Ada baik ka hehe..

Macam biase la blog ni tenggelam timbul macam biskut oreo.Tapi Alhamdulillah, masih lagi ade chance untuk menconteng ni haa...untuk tatapan para pembaca yg rajin membaca. Membaca Jambatan Ilmu...itulah pepatah di dinding sekolah aq dulu.

Hari ini nak share satu produk yg tengah HOT. Ramai dok borak pasal tinggi laa ni. Kat Facebook cerita tinggi, kat Instagram cerita tinggi. Rupa-rupanya dah ada produk untuk tambah ketinggian badan sekarang. Dunia makin maju, aq je yg tak maju-maju.

Dulu-dulu ade dengar cerita orang sanggup operate sebab nak tinggi. Lionel Messi pon ade masalah pertumbuhan dulu. Macam-macam treatment beliau buat untuk pulih. Kalaulah dulu dah wujud produk ni mesti dia pon amek produk ni je.



Ape produk nye yg dok bebel dari tadi?


Sabar...Sabar itu separuh daripada iman. Satu lagi pepatah di dinding sekolah aq dulu.



KALSIUM PENINGGI TIENS.... inilah produk yg tengah glamour sekarang. Kalah wood Fattah Amin hehe..

Meh la aq buat sinopsis pasal produk ni. Tulis panjang2 korang bukan bace pon kikiki..

BIODATA

1. Hi-Cal


  • Diperbuat daripada tulang sumsum lembu
  • 100% organik dan berasaskan bahan semulajadi
  • Halal
  • Lulus KKM
  • No kimia2...selamat ok
  • Penyerapan kalsium ke dalam tubuh lebih baik berbanding susu
2. Xincplus


  • Diperbuat daripada madu dan serbuk albumin
  • Halal
  • Lulus KKM
  • Pon same...no kimia2 berbahaya

FUNGSI UTAMA

Dengan bergabungnya 2 produk ini seperti mana Adam dan Stacy bergabung, maka bertambah lah ketinggian korang. Meletop awww!! Yang aq paling amazing, result da boleh nampak dalam 10 HARI JE!! 

Tak percaya?? Kena percaya sebab ini betul2 bukan cobaan......







FUNGSI LAIN

1. Hi-Cal
  • Menguatkan tulang dan gigi
  • Membantu proses penyembuhan tulang patah
  • Mencegah osteoporosis
  • Membekalkan kalsium untuk ibu hamil dan menyusu
2. Xincplus
  • Meransang hormon tumbesaran
  • Menstabilkan metabolisme
  • Mengatasi masalah terbantut
  • Meningkatkan immunity system

Ade 4 SET yg korang boleh pilih. Setiap SET berlainan ketinggian yg boleh dicapai.


Nak tahu lebih lanjut dan mahu berkenalan dengan lebih rapat lagi, sila WHATSAPP +6011-26006118. Ade soalan tanya je jangan malu-malu. Kalau malu saya tahu awak mahu hehehe...

Bab harga jangan risau boleh runding sambil makan serunding. Saya tahu awak memang berminat dah ni nak cuba.

Yela awak la...sape lagi yg tengah baca blog biskut oreo ni. 

Lepas ni dah boleh la maen basketball dan petik buah rambutan. Nanti kalau dah tinggi jangan lupakan saya tau. Jangan jadi seperti kacang lupakan kulit. Ye, pepatah di dinding sekolah aq dulu...

Kalau rase malas nak whatsapp tinggalkan je contact no korang di ruangan komen. Malas whatsapp takpe jangan malas pergi keje, kemas rumah, basuh pinggan, sidai baju, sapu sampah.....(blablablablabla sampai bangladesh)


MUDAHNYA DAPAT SIDE INCOME!!

Produk kalau dah terbukti berkesan confirm2 lah orang akan beli. Lagi-lagi produk tersebut memiliki fungsi yg menarik dan lain dari yg lain.

Tak cukup tinggi pon boleh jadi isu tau. Nak apply polis/askar tak lepas, ade yg nak jadi model ala2 victoria secret tak kena, ada pulak tu siap jadi bahan gelak sebab pendek.

Dari sinilah korang boleh bantu mereka atau korang yg mengalami situasi seperti di atas boleh bantu diri sendiri. Tak kan nak lupakan je cita-cita. Tak kan lah nak biar orang mengejek sampai korang dah hilang terus keyakinan diri...

Ramai yg perlukan KALSIUM PENINGGI TIENS termasuk anda!! 

Dari sini anda boleh jana pendapatan sambil membantu mereka yg memerlukan produk seperti ini. First step, daftar lah sebagai agent TIENS MALAYSIA😊

Macam mana nak daftar?? Whatsapp je 011-26006118. Kita borak dalam whatsapp from A to Z sambil tengok drama dan makan kepok lekor...











5 November 2016

Percutian ke Doha Qatar 2016


Alhamdulillah rezeki aq untuk berpijak di bumi Qatar pada tahun ini. Walaupon cuma 4 hari (short trip), itu pon da cukup bermakna. Hopefully lepas ni bukan hanya berpijak malah bertapak terus kat sini. Teringin nak membina kerjaya kat sini. Doa-doa kan ye =)

Trip kali ni lebih kepada ziarah sahabat lama yang bekerja di Qatar iaitu Miss Adilah cun melecun. So, catatan aq kali ini tidak lah terlalu specific. Sekadar untuk berkongsi tempat-tempat menarik yang aq sempat terjah. Qatar lebih dikenali sebagai transit untuk ke Europe dan sebagainya. Tak ramai yang memilih Qatar sebagai tempat percutian. Udah-udah lah tu membebel. Mari lah kita sama-sama menikmati kelazatan penulisan aq kali ini.


Aq & Adilah


24/10/2016
Colleague aq tiba-tiba tanya, “Kau da tukar duet belom nok?”. Sumpah memang aq lupa. Dia tanya baru aq teringat. Ape kau ingat rakyat Qatar terima Ringgit Malaysia?? Kemey2….


25/10/2016
Puas round Sungei Wang hingga ke Pavilion. Semua money changer takde stock Qatar Riyal. Katanya susah dapat sebab rare currency. Aq mula merasa kaget. Aq kena ada cash untuk membayar visit visa. Selain cash, boleh juga bayar by credit/debit card. Aq tidak mewah. Aq takde credit card. Lastly, aq tukar ke USD sebab immigration di sana terima mata wang Obama ni.

*Rupanye ade certain tempat je boleh dapat Qatar Riyal. Tempat itu ialah Leisure Mall Cheras, Giant Nilai, Pasar Seni, KLIA (not recommended sebab charge tinggi).


27/10/2016
Adilah suruh aq activate debit card untuk pengeluaran di oversea. Katanya kalau bayar visit visa by credit/debit card murah sikit compare to cash. Dalam pukul 9am aq terus call Maybank untuk activate debit card sebab sebelah malam aq da nak fly. Call pihak bank. Cakap nak activate debit card untuk pengeluaran di oversea. Mention korang nak fly ke mana berapa lama. Zasssssss siap. Pihak bank akan explain sikit pasal pengeluaran, tempoh yang tidak boleh buat pengeluaran & GST. Ade GST ok. Kau ingat pergi oversea kau boleh lari?? Tiada siapa bole terlepas dari cengkaman najib.

Oh ya, jangan lupa check nama kat website Immigration Malaysia. Make sure Tiada Halangan.

8:50pm aq fly ke Qatar.



11:15pm (waktu Qatar) aq selamat sampai. Then terus ke immigration cop passport and bayar visit visa. Cash QAR 120. Credit/Debit card QAR 100 (exclude GST).

Sepanjang berada di Qatar, aq bermalam di rumah Adilah yang terletak di Matar Qadeem.

Jika ke Matar Qadeem sila try Karak Tea di sini

Area tempat tinggal Adilah
Bandar Matar Qadeem

28/10/2016 – 30/10/2016
Suhu waktu siang ketika di sane around 33°C. Sedang menuju cuaca sejuk. Cuaca sejuk dalam bulan January kalau tak silap. Aq pulak demam time tu. Walaupon demam jalan tetap jalan. Pedulik ape aq. Banyak construction in progress like MRT and stadium. Maklum lah nak prepare for World Cup 2022. Main transportation kat sini taxi, limosine & bas. Taxi fare pakai meter. Kalau limosine diorang kawtim je tak pakai meter. Marilah kita menjamu selera keenakan pemandangan di Bandar Doha.

Souq Waqif tempat famous untuk shopping souvenir, kurma, t-shirt, jubah, air zam2 & sebagainya. Sini jugak tempat aq cuci mata melihat jejaka arab yang boleh tahan hensem. Waktu malam lepak minum kat sini best.  Jubah wanita aq shopping kat Souq Philippine. Terletak bersebelahan dengan Souq Waqif. 

*Tips beli jubah bagi ukuran bahu & labuh
*Jika idamkan jubah wanita custom made sila ke Souq Philippine

Kedai-kedai di Souq Waqif. Bro baju merah interframe.

Kedai-kedai di Souq Waqif

Aq di tengah orang mau lalu lalang


Ini pulak pemandangan bangunan di Doha di mana architecture nye yang menggugat iman mata ku. I am not an iphone user. Maafkan aq kerana kemampuan camera yang terbatas.

Amazinggggg!!

Di atas boat yang berlampu & berlagu

Panorama picture yang tak berapa nak menjadi. Sedeyy..

Fanar building di Souq Waqif

Dolphin Tower yang tak berlampu. Should be berlampu oren. Lagi skali sedeyy..


Sempat shopping di salah satu shopping mall di Doha iaitu Villagio Mall. Ala2 The Mines gituh, ade sungai dan sampan cinta. Shopping sikit je kerana kandungan dompet yang tak mengizinkan. Cuci mata sambil melihat pak arab dan minah arab shopping.




Gambar aq spoil gara2 bayangan hitam

Torch Tower berdekatan Villagio Mall


Aq juga berkesempatan jalan2 di Souq Waqif waktu siang. Siang tak ramai orang. Siang ramai burung merpati.





Dan kami pon bersiar-siar di sekitar The Corniche. Menapak hokayy panas-panas bute. Yang penting dapat snap picture hehe..



Kemudahan untuk charge handphone 
Doha Port



Aq juga berkesempatan berkunjung ke Embassy of Malaysia. Diorang buat jualan ala2 pasar malam. Kalau Malaysian di sini yang mengidam makanan di tanah air seperti nasi lemak, nasi kerabu & sebagainya, di sini lah tempat mereka memburu hehe..




Aq fly back ke Malaysia jam 3:00am (31/10/2016) waktu Qatar. Alhamdulillah perjalanan aq selamat pergi & pulang.   

Sekian sahaja coretan di bumi Qatar. Ada lagi tempat menarik tapi tak sempat terjah kerana masa cemburu bebenor dengan aq. Terima kasih Adilah & Kak Adik yang sudi bawak pelancong ni jenjalan hehe =D 

Follow my instagram @cikkemey






                      

3 December 2015

Sayang dan hargai


Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pemergian pelawak terkenal Yus Jambu. Pemergian arwah memang mengejutkan dan sehingga kini aq masih merasa semua ini seperti satu lakonan. Itulah kehidupan..ada perkara yang kita boleh jangka dan ada perkara yang di luar jangkaan kita. Dan semua yang berlaku dalam kehidupan kita ada sebab dan hikmahnya.

Aq ingat lagi waktu dulu, aq selalu balik rumah arwah atok time cuti sekolah dan hujung minggu sebab sekolah aq dekat dengan kampung. Waktu tu memang best, biase la pelajar asrama kalau da keluar memang luar biasa sikit perasaan kebebasannya. Sehingga la aq masuk matrik. Bila cuti je memang aq balik rumah arwah atok. Masa tu aq perasan kesihatan arwah dah tak macam dulu. Tapi arwah tetap kuat naek motor jemput aq balik rumah.

Ada suatu masa bila nenek aq beli kek untuk sambut birthday aq. Masa tu arwah tengah sibuk mengait jala. Arwah atok aq memang pakar buat jala. Lepas dipujuk baru la arwah join kitorang amek gambar, cousin aq record video dan arwah atok aq layankan aje karenah cucu-cucunya. Lepas makan kek kitorang borak-borak dan arwah terus sambung kerjanya. Tiba-tiba arwah datang dan duduk di kerusi tidak jauh dari kitorang. Aq masih ingat lagi arwah bertanya pada nenek aq adakah nenek aq akan kahwin dengan orang laen sekiranya dia pergi dulu. Kitorang tak rasa apa2 pon time tu dan kitorang hanya gelak.

Sehinggalah aq masuk universiti. Masa tu kesihatan arwah atok semakin teruk. Aq pon da jarang balik rumah arwah sebab aq da tinggal jauh di Terengganu. Sampai suatu masa ketika aq sedang menduduki final year exam, aq dikejutkan dengan pemergian atok. Masa tu tuhan je yang tahu bagaimana perasaan aq. Sewaktu arwah sihat aq selalu ada dekat dengan dia, tapi ketika dia pergi aq takde di sebelahnya. Aq tak dapat tatap wajah atok aq buat kali terakhir sebelum arwah dikebumikan. Aq tak sangka aq tak dapat bersama arwah semasa saat-saat terakhirnya. Dan aq tak sangka tahun itu merupakan tahun terakhir aq sambut birthday dengan arwah atok.

Selagi diberi peluang untuk bersama dengan orang yang tersayang, janganlah di sia-sia kan peluang itu. Semua peluang itu kita tak kan dapat nikmati selama-lamanya sebab itu cuma pinjaman. Bila sampai waktunya, pinjaman itu harus dipulangkan. Dan selepas itu, kita hanya akan bersama kenangan sewaktu mereka dipinjamkan kepada kita.




Semoga mereka semua ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman 
dan tenang di syurga Allah...
Al-Fatihah...

9 October 2015

Percutian ke Lombok 2015


Tahun ini aq merdeka di Lombok. Ketika korang dok sibuk dengan BERSHIT, kami bertiga memenuhi nafsu percutiaan sepuas-puasnya. Aman betol dapat lari dari isu-isu politik bodoh. Tapi sangkaan aq meleset pabila tiba2 muka suci Jibby menghiasi CNN News ketika aq sedang dinner. #Fact 1: Korang tak dapat lari dari Jibby even you're flying oversea. Baiklah, proceed to this entry. Entry aq tidak lah seberapa dan aktiviti kami sepanjang di sana tidak lah hebat sangat. Tapi aq harap perkongsian ini dapat bantu korang, cikit2 pon jadi le..

Oh ya, kami collect duet sorang 1.5 juta IDR for supir, xtvt & makan. Hotel kami collect sorang 300MYR. Perbelanjaan selain yang disebutkan adalah sdn bhd.


PERHATIAN!!TRIP KAMI BUKANLAH TRIP BUDGET, TRIP KAMI ADALAH TRIP HENTAM JE APE YANG ADA!



Day 1 (30/8/2015)

Ketibaan kami di Lombok airport disambut dengan meriah oleh pak2 supir yg promote service masing2. #Fact 2: There's variety of transportation e.g pak supir, taxi, bas...pilih ikut budget korang. Kami memilih pak supir. #Fact 3: Korang kene bijak negotiate hingga korang & pak supir putus asa. Berikut adalah program kami:


No
Activities
Remarks
1
Lunch di Restoran Cahaya berdekatan airport
3 nasi lauk extra = 30,000IDR
2
Sade village
/
3
Tanjung Aan Beach
/
4
Batu Payung
Naik boat dari Tanjung Aan Beach = 250,000IDR
5
Seger Beach
Parking = 10,000IDR
6
Mawun Beach
Parking = 10,000IDR
7
Selong Belanak Beach
Parking = 10,000IDR, 3 jagung bakar = 10,000IDR
8
Check in Hotel Puri Rinjani, Kuta Beach
Extra bed = 150,000IDR
9
Dinner di hotel
3 orang = 231,000IDR
10
Supir
400,000IDR
TOTAL
1.101 JUTA IDR


Sade village adalah segalanya tentang Lombok traditional life. #Fact 4: Sini ade jual souvenir & songket tapi mahal, better korang shopping di Mataram.


Bila sampai di Tanjung Aan Beach, our first impression was like WAUUU!!! Biru kehijauan lautnya bisa mengaburi mata mu...


Batu Payung pon tak nak kalah, indah jugak. Kalau nak panjat bukit hati-hati ok, jangan galak sangat.



#Fact 5: Waktu kami di sini panas terik dan kering that's why tiada rumput dan pohon menghijau. Kami hanya singgah sebentar di Mawun Beach & Seger Beach kerana hari hampir senja. #Fact 6: Sini ada makcik-makcik yang jual kain. Kami faham orang Malaysia memang prihatin tapi demi keselamatan jangan lah beli, nescaya korang akan diserbu oleh penjual laen dan dipaksa untuk membeli.



Dapat tengok sunset di Selong Belanak Beach. #Fact 7: Beli lah jagung bakar di sini, rasa jagung bakar yang tak pernah jumpa di Malaysia.


Malam pertama kami di Hotel Puri Rinjani, Kuta Beach. #Fact 8: Jalan ke Kuta ni memang jalan kampung pedalaman dan malam di sini mati tak meriah, tapi aq suka sebab tenang. Malam tu aq berkubang di swimming pool.



Day 2 (31/8/2015)


No
Activities
Remarks
1
Breakfast di hotel and check out
/
2
Tanjung Ringgit
/
3
Pink beach
Parking = 10k IDR, Snorkeling 3 orang = 425k IDR
4
Benang Kelambu & Benang Setokel Waterfall
Tour guide = 390k IDR
5
Shopping souvenir di Mataram
(Duet poket)
6
Dinner di Restoran Lesehan Taliwang Irama
3 orang = 214.5k IDR
7
Check in di Hotel Green Asri
/
8
Supir for today
750k IDR
TOTAL
1.7895 JUTA IDR

#Fact 9: Lombok mengalami musim hujan pada hujung tahun, panas yg amat2 terik pada awal tahun dan waktu yg cun untuk melancong ke sini sekitar bulan June ke atas.

Nice view..singgah jap amek gambar
Tanjung Ringgit dan Pink Beach adalah 2 lokasi yang berbeza dan saling berjauhan. Macam biasa, jalan kampung serta dihiasi dengan ladang tembakau yang menghijau di kiri dan kanan jalan. #Fact 10: Dari Kuta Beach ke Tanjung Ringgit ambil masa 2 jam dengan jalan berbatu bikin kepala pusing, but really really worth it.



Di Pink Beach korang nak snorkeling pon boleh tak nak pon takpe. #Fact 11: Not recommended, cantek lagi coral kat Terengganu. Local people cakap snorkeling best kat Gili Nanggu.


Inilah empunya angkara pantai jadi pink

Seterusnya ke waterfall pulak. Kali ini perjalanan kami dihiasi dengan sawah padi. Di waterfall, korang boleh hire tour guide dan menaiki motor untuk ke Benang Kelambu waterfall. #Fact 12: Kalau masih muda dan bertenaga, baek korang jalan kaki daripada membazir, aq serius.

Benang Kelambu Waterfall


Benang Setokel Waterfall
Mataram terletak dalam Bandar Senggigi dan merupakan pusat bandar. Bandarnya kecik je dan sedang membangun. Kat sini lah pelancong beli souvenir, songket dan kaen tenun. #Fact 13: Harga kain songket 2m + selendang songket serendah 30MYR, Tshirt Lombok serendah 25MYR, kaen tenun serendah 18MYR per meter.

Bandar Senggigi
Kami dinner menu famous di Lombok which is ayam teliwang. #Fact 14: Kat restoran ni korang bole request ayam teliwang biasa/sederhana/pedas, jangan pilih pedas nescaya korang akan menyesal. After dinner kitorang check in di Hotel Green Asri, Senggigi.



Day 3 (1/9/2015)

Pagi-pagi bangun tidur macam biasa berkubang kat swimming pool. #Fact 15: Local people and hotel staffs kat Lombok ni sangat friendly dan layanan yang diberi memuaskan, lebih-lebih lagi dengan Malaysian. Aq tak tengok sinetron so aq tak fasih bahasa indonesia. Bila bercakap aq rase macam bunyik loghat Sabah. Dari situ diorang boleh tau aq orang Malaysia, kantoi...

No
Activities
Remarks
1
Breakfast di hotel
/
2
Hair spa
(Duet Poket)
3
Check out
/
4
Senggigi Beach view
Pak supir stop kat bukit tengok view Senggigi Beach
5
Nipah & Malimbu Hill
Singgah jap amek gambar
6
Jetty Tanjung Nara
Naek speed boat ke Gili Trawangan = 350k IDR
7
Supir
150k IDR
8
Gili Trawangan
Naek cidomo dari jetty ke hotel = 100k IDR
9
Check in Ombak Sunset
/
10
Round satu Pulau
Sewa 2 basikal untuk sehari = 120k IDR
11
Dinner di Gerai Bakso
3 mangkuk bakso = 75k IDR, satay 10 cucuk = 25k IDR
12
Spa
(Duet Poket)
TOTAL
820k IDR

After breakfast sempat lagi pergi salon kat sebelah hotel, jalan kaki je. Aq pilih pakej hair spa (treatment+massage+wash&blow = 60k IDR). Murah kau, siap boleh pilih brand treatment cream yang kita nak. Salon dia biasa je tapi ade aq kesah, asalkan murah.

So for this day kitorang amek supir laen sebab ia sedikit murah. Pak supir ni pick up kitorang kat hotel and drop kat Jetty Tanjung Nara. Jetty Tanjung Nara adalah jetty yang menyediakan private speed boat service. Sepanjang perjalanan ke jetty kitorang singgah beberapa tempat.

Senggigi Beach
View from Nipah

Jetty Tanjung Nara
Untuk ke Gili Trawangan banyak caranya. Kalau nak murah sila ke Bangsal naek public boat. Disebabkan salah sorang dari member kami tak dapat menbendung mabuk laut, kami pon naek private speed boat. Private hokayyyy, melayang-layang duet.

Maka tibalah kami di Gili Trawangan dan cidomo dah menunggu nak angkut 3 orang tuan puteri.

Check in, rehat-rehat jap and then sebelah petang kitorang sewa basikal untuk mengelilingi pulau. #Fact 16: Hotel Villa Ombak betol2 depan jetty, Hotel Ombak Sunset jauh skit ke sebelah belakang pulau. Hotel bajet yg aq tak jumpa dalam google pon banyak kat sini.



Kitorang beli Gili Gelato as recommended by travellers, 2 scoops 30k IDR. Sedap hingga menjilat-jilat. Banyak cawangan kedainya tak payah risau kalau terlajak. And then kitorang round art market (macam pasar malam), aq beli jus alpukat 15,000 IDR. Selesai dinner kitorang gi spa memanjakan diri yang terabai ni. Aq pilih aloe vera facial+back & shoulder massage = 250,000IDR. Aq usha semua pakej yang ade, kalau compare with Thailand sini mahal cikit. Ada jugak kedai yang menawarkan massage tepi pantai.








Dan kami pulang ke hotel, aq pulak lepak kat swimming pool sorang2 layan perasaan.


Day 4 (2/9/2015)

No
Activities
Remarks
1
Lunch ayam teliwang
382,361 IDR
2
Round pulau, amek gambar & tengok sunset
/
3
Return basikal
/
4
Melepak kat swimming pool
/
TOTAL
382, 361 IDR

Pagi-pagi bangun breakfast kat bilik. Pastu pergi berkubang kat swimming pool, kita da bayar rugi kalau tak menggunakannya. Then balik hotel, siap-siap untuk round pulau sekali lagi. Asal nampak je spot yang cantik, kitorang singgah amek gambar. Lunch pada hari ini agak mahal sebab kedai tu gempak kot, entah la. Tapi best makan bersebelahan dengan pantai.










Kau ingat senang amek gambar, kene beratur tau
Malam tu kitorang just melepak di swimming pool.


Day 5 (3/9/2015)

No
Activities
Remarks
1
Check out
/
2
Beli CD gambar + free gift
280k IDR (Share duet)
3
Menuju ke jetty
Naek cidomo = 100k IDR
4
Menuju ke Bangsal
Naek public speed boat = 85k IDR(per person)
5
Lunch di Restoran Hijau
(Duet poket)
6
Pura Batu Bolong
/
7
Shopping souvenir di Mataram
(Duet poket)
8
Supir
350k IDR
TOTAL
815k IDR

Bangun pagi kitorang siap2 untuk check out. Sempat lagi singgah di ayunan Ombak Sunset and suruh photographer amek gambar. Kami tak berniat pon nak beli tapi biasa la kan, gegurl ni memang pantang tengok benda cantek. Kitorang share duet beli CD (terkandung semua gambar) + free gift. Then kitorang menuju ke jetty beli tiket public speed boat, 1 trip dalam 20 penumpang. Supir yang sama menanti kami di Bangsal. #Fact 17: Tiba di bangsal sila angkut beg sendiri sebab ade satu pakcik ni aq ingatkan tukang angkat barang, rupanya amek kesempatan nak pow aq.

Pak supir bawa kitorang lunch dan singgah di Pura Batu Bolong. Nak masuk kena derma dulu. #Fact 18: Gegurl yang period tak boleh masuk. Sebelum masuk kena ikat ribbon pink kat pinggang, untuk elak roh jahat katanya. Pura Batu Bolong ni tempat orang beragama Hindu bakar mayat. Di dalamnya terdapat makam puteri Bali yang pernah menjajah Lombok satu ketika dulu.




Dan kami shopping buat kali terakhir.



Maka berakhirlah trip kami ke Lombok. Ini je yang dapat aq share and hopefully ade point yang berguna supaya masa yang korang gunakan untuk baca blog ni tak sia-sia hehe...

#Fact19: Personally, aq spend 1400MYR keseluruhannya.

Kalau ade soalan boleh tanya, jangan segan-segan. Facebook: Cik Kemey & Instagram: cikkemey.

Thank you ;)

#Fact 20: Muka aq hitam legam dan kulit ada dua ton secara tiba2.



Kejap-kejap jangan pergi lagi!! Ada iklan sikit, khas untuk korang yang nak tambah ketinggian badan😃😃😃


Haaa sape cakap da tua bangka tak bole tambah tinggi....Sekarang dah maju, yg impossible dah jadi possible😆

Berminat nak tahu lebih lanjut?Whatsapp terus 011-26006118...anytime anywhere 😊

KALSIUM PENINGGI TIENS

👉Halal 
👉Lulus KKM
👉Berasaskan bahan semulajadi...no kimia2
👉Ketinggian mampu bertambah kurang dari 10 HARI!!!

NAK TAHU LEBIH-LEBIH WHATSAPP 011-26006118 SEKARANG!