Alhamdulillah rezeki aq untuk berpijak di bumi Qatar pada tahun ini. Walaupon cuma 4 hari (short trip), itu pon da cukup bermakna. Hopefully lepas ni bukan hanya berpijak malah bertapak terus kat sini. Teringin nak membina kerjaya kat sini. Doa-doa kan ye =)

Trip kali ni lebih kepada ziarah sahabat lama yang bekerja di Qatar iaitu Miss Adilah cun melecun. So, catatan aq kali ini tidak lah terlalu specific. Sekadar untuk berkongsi tempat-tempat menarik yang aq sempat terjah. Qatar lebih dikenali sebagai transit untuk ke Europe dan sebagainya. Tak ramai yang memilih Qatar sebagai tempat percutian. Udah-udah lah tu membebel. Mari lah kita sama-sama menikmati kelazatan penulisan aq kali ini.


Aq & Adilah


24/10/2016
Colleague aq tiba-tiba tanya, “Kau da tukar duet belom nok?”. Sumpah memang aq lupa. Dia tanya baru aq teringat. Ape kau ingat rakyat Qatar terima Ringgit Malaysia?? Kemey2….


25/10/2016
Puas round Sungei Wang hingga ke Pavilion. Semua money changer takde stock Qatar Riyal. Katanya susah dapat sebab rare currency. Aq mula merasa kaget. Aq kena ada cash untuk membayar visit visa. Selain cash, boleh juga bayar by credit/debit card. Aq tidak mewah. Aq takde credit card. Lastly, aq tukar ke USD sebab immigration di sana terima mata wang Obama ni.

*Rupanye ade certain tempat je boleh dapat Qatar Riyal. Tempat itu ialah Leisure Mall Cheras, Giant Nilai, Pasar Seni, KLIA (not recommended sebab charge tinggi).


27/10/2016
Adilah suruh aq activate debit card untuk pengeluaran di oversea. Katanya kalau bayar visit visa by credit/debit card murah sikit compare to cash. Dalam pukul 9am aq terus call Maybank untuk activate debit card sebab sebelah malam aq da nak fly. Call pihak bank. Cakap nak activate debit card untuk pengeluaran di oversea. Mention korang nak fly ke mana berapa lama. Zasssssss siap. Pihak bank akan explain sikit pasal pengeluaran, tempoh yang tidak boleh buat pengeluaran & GST. Ade GST ok. Kau ingat pergi oversea kau boleh lari?? Tiada siapa bole terlepas dari cengkaman najib.

Oh ya, jangan lupa check nama kat website Immigration Malaysia. Make sure Tiada Halangan.

8:50pm aq fly ke Qatar.



11:15pm (waktu Qatar) aq selamat sampai. Then terus ke immigration cop passport and bayar visit visa. Cash QAR 120. Credit/Debit card QAR 100 (exclude GST).

Sepanjang berada di Qatar, aq bermalam di rumah Adilah yang terletak di Matar Qadeem.

Jika ke Matar Qadeem sila try Karak Tea di sini

Area tempat tinggal Adilah
Bandar Matar Qadeem

28/10/2016 – 30/10/2016
Suhu waktu siang ketika di sane around 33°C. Sedang menuju cuaca sejuk. Cuaca sejuk dalam bulan January kalau tak silap. Aq pulak demam time tu. Walaupon demam jalan tetap jalan. Pedulik ape aq. Banyak construction in progress like MRT and stadium. Maklum lah nak prepare for World Cup 2022. Main transportation kat sini taxi, limosine & bas. Taxi fare pakai meter. Kalau limosine diorang kawtim je tak pakai meter. Marilah kita menjamu selera keenakan pemandangan di Bandar Doha.

Souq Waqif tempat famous untuk shopping souvenir, kurma, t-shirt, jubah, air zam2 & sebagainya. Sini jugak tempat aq cuci mata melihat jejaka arab yang boleh tahan hensem. Waktu malam lepak minum kat sini best.  Jubah wanita aq shopping kat Souq Philippine. Terletak bersebelahan dengan Souq Waqif. 

*Tips beli jubah bagi ukuran bahu & labuh
*Jika idamkan jubah wanita custom made sila ke Souq Philippine

Kedai-kedai di Souq Waqif. Bro baju merah interframe.

Kedai-kedai di Souq Waqif

Aq di tengah orang mau lalu lalang


Ini pulak pemandangan bangunan di Doha di mana architecture nye yang menggugat iman mata ku. I am not an iphone user. Maafkan aq kerana kemampuan camera yang terbatas.

Amazinggggg!!

Di atas boat yang berlampu & berlagu

Panorama picture yang tak berapa nak menjadi. Sedeyy..

Fanar building di Souq Waqif

Dolphin Tower yang tak berlampu. Should be berlampu oren. Lagi skali sedeyy..


Sempat shopping di salah satu shopping mall di Doha iaitu Villagio Mall. Ala2 The Mines gituh, ade sungai dan sampan cinta. Shopping sikit je kerana kandungan dompet yang tak mengizinkan. Cuci mata sambil melihat pak arab dan minah arab shopping.




Gambar aq spoil gara2 bayangan hitam

Torch Tower berdekatan Villagio Mall


Aq juga berkesempatan jalan2 di Souq Waqif waktu siang. Siang tak ramai orang. Siang ramai burung merpati.





Dan kami pon bersiar-siar di sekitar The Corniche. Menapak hokayy panas-panas bute. Yang penting dapat snap picture hehe..



Kemudahan untuk charge handphone 
Doha Port



Aq juga berkesempatan berkunjung ke Embassy of Malaysia. Diorang buat jualan ala2 pasar malam. Kalau Malaysian di sini yang mengidam makanan di tanah air seperti nasi lemak, nasi kerabu & sebagainya, di sini lah tempat mereka memburu hehe..




Aq fly back ke Malaysia jam 3:00am (31/10/2016) waktu Qatar. Alhamdulillah perjalanan aq selamat pergi & pulang.   

Sekian sahaja coretan di bumi Qatar. Ada lagi tempat menarik tapi tak sempat terjah kerana masa cemburu bebenor dengan aq. Terima kasih Adilah & Kak Adik yang sudi bawak pelancong ni jenjalan hehe =D 

Follow my instagram @cikkemey