Duit Limited Edition

Semalam aq bergayut.
Bergayut = On call, bukan yang macam Encik Monyet buat dekat zoo tu.
Tiba-tiba dia bukak topic "Duit Bunian". Ade wang kertas yang memiliki tandatangan "Aishah" dan bukannya "Zeti Aziz". OMG!!Arrrgggghhhhhhh!!!......interesting, aq suruh dia habiskan cerita.

Menurutnya semasa Malaysia mengalami kemelesetan ekonomi, kerajaan bunian telah membantu rakyat Malaysia dengan mengeluarkan duit dari alam mereka. Kerajaan mereka juga memiliki bank seperti kita dan gabenornya bernama Aishah. Dari sini aq dah rasa cerita ni mengarut. True or False? Kawan aq suruh mengGOOGLE untuk kepastian.

Pagi-pagi masuk office terus mengGOOGLE. Exited, really wanna know. Banyak entry pasal duit bunian Aishah ni rupenye. Ketinggalan zaman betul aq ni. Ade jugak entry yang mengarut, yang macam syirik pon ade. Tarik duit la, perjanjian alam ghaib la, hape la, itu la, ini la...

And the truth is revealed...

The fact is tandatangan itu milik Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan Bin Sulaiman, bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (September 1998-April 2000). Menurut sumber, hal ini terjadi kerana tersalah edar semasa proses pertukaran gabenor bank negara. Difahamkan bank di Penang telah terlepas edar sebanyak 50 000 keping duit baru, dan tandatangannya adalah milik Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan Bin Sulaiman. Hanya 50 000 keping duit kertas yang seperti itu di Malaysia. Limited edition woo!!

Macam mane la boleh timbul Aishah. Maybe signature dia looks like A.i.s.h.a.h. Tapi kalau diteliti betul-betul signature tu bermula dengan "Ali". Tu la pelik sangat signature sampai menimbulkan kontroversi huhu..


Sape ade duit ni? Nak bole x hehe..




0 kate2 korang: