25 June 2013

Drama romantik di lorong taxi

Hari ni macam biase, aq menuju ke office ditemani jerebu yang menghadkan penglihatan mata kasar aq. Sambil jalan-jalan aq pandang sekeliling. Tak ramai yang pakai mask termasuk aq.

"Ok la ni, KL tak teruk. Lau tak sume da gelabah ayam pakai topeng" aq bermonolog.

Teringat time aq kecik-kecik dulu di mana sel-sel otak sedang berkembang dan kadar logik adalah 0.001%. Pendek kata ke'bangang'an aq terserlah. Biase la budak-budak nak membesar hehe..
Waktu tu aq tak dapat membezakan antara jerebu dan embun pagi. 



Aq pelik y diorang beria-ria suruh jaga kesihatan sedangkan kabus tu benda biasa yang kita lihat setiap pagi. Setelah umur meningkat dan mendapat pendidikan yang cukup aq kenal ape itu haze or what we call jerebu.

Ok, tammat mukadimah..

Then macam biase aq beratur tunggu taxi. Tibe-tibe datang sebuah Vios parking baek punya dekat lorong taxi betul-betul depan aq. Lantak la, none of my business. So, aq layankan je drama romantis sepasang couple di dalam kereta keluaran Toyota tu.



Before si BOY keluar dari kereta, si GIRL salam ciom tangan si BOY. Pastu si BOY ciom pipi si GIRL and vice versa. Pastu bergurau senda plak sambil ketawa terbahak-bahak yang aq tak dengar bahaknya. Puiii..sweet jugak drama free ni.

Sedar tak sedar da 2 biji taxi menunggu di belakang kereta diorang. Aq pon tak sedar bile taxi tu sampai, punye la asyik layan drama sweet ala-ala gula kapas 30 sen tu.



Pastu ape lagi kena hon la bertubi-tubi. Tak kan pak cik driver tu nak berdiam diri je tak gerak-gerak sampai tengah hari. Si BOY pon menggelabah angsa terus keluar dari kereta. Tapi drama tak tamat di situ. Si BOY berdiri terpacak di situ dan memberi renungan tajam pada pak cik driver tu.

"Shit..berani lu kacau saat2 romantis wa. Lu ingat bro..lu ingat.." 

Lebih kurang camtu la maksud pandangan si BOY tu.


Tak salah kalau park kereta di lorong taxi untuk turunkan penumpang in case korang nak cepat. Bukan buat drama kat situ bikin pak cik dari persatuan teksi2 seMalaysia panasss..


kata2 ku (kkk) : Jom pakai topeng!! Udara kotor bro..


1 comment:

Sakura Sue said...

Haha sengal punya mat boy.