Aq menetap di Pahang.
Dan ini first time aq jejakkan tapak kaki aq di Cameron Highland.
Haha...(hambar)

Best rupanya CH ni. Dah anak satu baru sampai. Part yang paling best yang aq suka ialah SNAP GAMBAR of course!!

Eh jap...ni hashtag throwback tau. Tak kan lepas den nak poie CH time PKP ni.

Tapi kan ada lagi tempat yang tak sempat singgah. Tak pe darling nanti kite repeat hokay!

Ni hotel yg kitorang pilih Heliconia Apartments Guest House. Best dan selesa. Strategik jugak sebab dekat dengan ATM, restoran, kedai runcit, watson dan dobi. Boleh booking bilik ataupun seluruh satu rumah. Kitorang aritu book satu bilik je sebab tak ramai. Kalau korang datang dengan more than one family, boleh la book satu rumah.


NI HAA BETUL-BETUL ATAS WATSON

RECEPTIONIST FRIENDLY AND SPORTING

NI BILIK KITORANG BOOK. RM100 PER NIGHT. KITORANG 4 ORANG JE TERMASUK SI KECIK YANG PEMALU HEHE

NI RUANG TAMU. YG PINTU TERBUKAK TU BILIK KITORANG.

PANTRY


TOILET ADA 2

RUANG SOLAT DAN IRON BOARD

BILIK KITORANG BOOK TU KALAU PEAK SEASON RM120. KALAU BOOK SATU RUMAH RM450 (PEAK SEASON), RM350 (LOW SEASON). Dari hotel ni ke Abang Strawberry yg famous tu 5 minit je. Nak ke Kea Farm pon dekat. 




BREAKFAST KAT ABANG STRAWBERRY



MAMA NAK CIKIT.....

KEA FARM 

RAMBANG MATA HAHAHA

MAI MAI BELI VEGETABLES 5 BARANG RM10

WATAK UTAMA CAMERON HIGHLANDS..KALAU TAK BELI TAK SAH

TRY ICE CREAM DI PUKU CAFE

LAVENDER GARDEN...TAPI AMEK GAMBAR BUNGA DAISY













CAMERON VALLEY

Aq suka toilet tepi skali kat Cameron Valley. Membuang sambil menikmati pemandangan ladang teh. Enak sekali!!









Sape tak kenal dengan minuman legend ni. Sedap gile bhai...hari ni beli hari ni jugak habis. Tapi biasa la, seiring dengan peredaran zaman kelazatan dia pun dah lain sikit. Tak macam dulu-dulu. Aq rasa dulu punya lagi kaw-kaw sedap dia.


Ade la masa aq kecik-kecik dulu. Tadika kot tak silap. Aq mintak duit kat ibu aq nak beli sebotol vitagen kat satu supermarket ni. Biasa la budak-budak dah penat main berlari sana sini confirm dahaga. Lepas ibu aq bagi duit aq pun pergi la ke supermarket tersebut.

Sampai je kat sana aq bukak fridge dia dan tengok bersusun vitagen. Lepas tu ada satu botol ni dia macam dah terbukak sikit cover yang atas dia tu. Aq pon bermonolog dalam hati..."Ok amek yang ni la. Dah terbukak senang nak minum..."

On the way balik rumah aq pon minum la seteguk. Sekali rasa dia uweekkkkkk...BASI!!!! Kenapa la aq bongok sangat time tu. Dah terbukak sah-sah la tak elok..adoiii.

..............................................................

Yang paling best susu perisa. Susu ni time bulan puasa memang laku gila. Ramai yang cari. Arwah ayah aq kalau pegi bazaar ramadhan mesti beli susu ni untuk anak-anak dia. Sampai la aq dah tua dah kerja, mesti aq tunggu ayah aq bawak balik susu ni. Selalunya ayah aq akan beli lebih. Aq dengan adik-adik aq cepat-cepat rebut. Sape cepat cop dia lah yang dapat lebih hehe..



Sampai sekarang masih ada susu ni. Tapi time PKP ni macam susah pulak nak dapat sebab pejabat haiwan kat sini stop production. Hmmm..nak dekat puasa dah ni. 

Susu oh susu.... menjelma lah kau..

Assalamualaikum..Salam sejahtera readers..

Gerd & Anxiety amat asing bagi aq sebelum ni. Sejak dah kena ni baru tau ape benda. Setiap orang yang alami berbeza punca dan sebabnya. Entry kali ni aq nak share perjalanan hidup aq sebelum diserang Gerd & Anxiety.



...................................................................

Aq ni sebenarnya suka cantik-cantik ni. Acah-acah model la giteww..puiii. Aq ade problem drumstick besar. Ada dalam satu tahun tu (time masih study), aq tak nak makan nasi sebab nak jaga badan and kecilkan drumstick. Tapi benda manis, kek, coklat semua aq bedal. Nama je study tapi stupid. So, ni point pertama yg menunjukkan aq menjemput penyakit gastrik. 

Sejak daripada aq tak makan nasi tu, aq selalu diserang gastrik. Dalam setahun tu 2 kali kena. Masha Allah..aq kalau kena gastrik memang teruk tak boleh bangun langsung. Selalunya lepas seminggu baru betul-betul ok. Ada sekali tu aq kena gastrik masa melancong di Jakarta. Masa tengah beronok-ronok kat rooftop SKYE Bar, aq terpaksa call pak supir pick up aq balik hotel. Masa tu dah tercirit muntah bagai.

Sampai lah aq bertemu dengan healthy lifestyle aq (dah terlambat...T_T), masa tu aq sedar kalau nak body shape cantek mestilah workout and eat healthy food. Masa tu aq makan nasi macam biasa dan workout kat gym 4 kali seminggu. You know what, that was the healthiest life that i ever had. Sampai ramai tegur drumstick aq dah kecik. Dan yg paling penting aq dah tak kena gastrik!! Aq happy gile. Last kena gastrik 2017. Itulah last....SEHINGGA...

......................................................................

Tahun 2018 merupakan tahun yang terburuk bagi aq. Aq kehilangan ayah yang amat aq sayang. Pemergian ayah aq yang mengejut tu membuatkan aq jadi murung. Dan ayah aq pergi dalam keadaan yang paling susah aq nak terima...langgar lari. Dan aq tak sempat lihat ayah aq buat kali terakhir sebab masa tu aq di sabah. Sejak daripada tu hari-hari aq menangis. Dan lepas 2 minggu ayah aq pergi aq disahkan pregnant 7 weeks.

YES!! Aq memang banyak stress masa pregnant. Masuk 3rd Trimester baru emosi aq macam ok2 skit. Tapi lepas je aq deliver baby di situ lah start episod baru dalam hidup aq yang berjudul ANXIETY. Masa nurse tolak wheelchair aq keluar dari labor room, tiba-tiba jantung aq start berdegup laju. Aq macam pelik, adakah itu effect ubat? Aq cuba baca ayat Qursy untuk tenangkan hati. Time tu boleh pulak aq lupa...otak aq macam blur. Makin bertambah laju jantung aq sampai aq fikir itu hari terakhir aq.

Time berpantang pun sama aq selalu nangis dan stress. Sepanjang tempoh berpantang ada la dalam 3 kali aq diserang jantung laju tu. Time tu aq tak tau lagi yang tu sebenarnya PANIC ATTACK. Lepas habis berpantang aq semakin ok dan lega sebab dah tak kena Panic Attack. Tapi tak sangka rasa lega tu cuma sementara. Beberapa bulan selepas tu bermula lah satu lagi episod baru dalam hidup aq yang lebih hebat yang berjudul GERD & ANXIETY....



Ok lah next entry aq sambung. Gerak dulu..


Assalamualaikum...

Aq rasa macam baru je aq update blog. Tapi rupanya tu tahun lepas punya. Kejap je masa berlalu. Sekarang kalau nak update kena tunggu anak tido la.

Sekarang isu penyakit COVID-19. Tapi aq bukan nak cakap pasal tu. Aq nak cakap pasal lain. Pasal ape??? Bace la tajuk...apo la.

Jangan banyak memendam rasa. Kalau ada masalah luahkan. Kalau tak luah lama-lama dia tersumbat. Korang pernah tengok sinki tersumbat? Haa camtu lah dalaman korang kalau terlalu simpan masalah sendiri. Mental & fizikal merana oo..


Aq cakap ni sebab aq sendiri dah rasa. Aq memang seorang yg agak tertutup untuk luahkan masalah sendiri. Tapi aq seorang good listener. Kalau member ada masalah aq lah pendengar setia. Tapi masalah aq takde orang yg tahu even my parents. Aq tak tau kenapa aq macam ni. Maybe because aq anak sulung yg independent dan ego tinggi (hahaha).

Korang tau tak ape yang merana yang aq maksudkan? Meh aq share satu perkataan yang aq sendiri nak lari daripada dia.


ANXIETY


Tu diaa..siap BOLD lagi. Kalau ada yang kurang arif pasal Anxiety ni boleh baca di SINI

Currently aq ada masalah anxiety ni. Aq masih dalam healing process. Aq belum 100% sembuh. Normally, orang akan share bila dah sembuh kan. Tapi aq yang tengah sakit ni nak jugak share sebab aq percaya ramai di luar sana yg menghidap anxiety. Lagipun nanti senang aq nak monitor dan check balik apa yg aq lalui dengan refer pada blog ni je.


PUNCA/CAUSE

Aq percaya lain orang lain puncanya. Aq share aq punya:

1. Suka sangat PENDAM MASALAH
2. Pastu mulalah STRESS
3. Dengan MAKAN TAK PANTANG

Bila No 1,2 & 3 bergabung maka terjadilah Anxiety. Aq sekarang kena pakej Gerd & Anxiety. Aq diserang anxiety lepas bersalin anak pertama. Gerd pulak aq kena lepas 6 bulan bersalin.

Next entry aq akan share apa yang jadi bila pakej Gerd & Anxiety ni menyerang aq. See u readers!