Tragedi & kemalangan maut di Highway Plus Senawang



Last Friday, aq balik ke Segamat untuk bikin havoc di hari pertunangan cousin aq. Perjalanan pada hari itu amat merunsingkan sebab jam yang berjela. Aq stuck dalam jam selama 3 jam. Just one word yang tersembul dalam hati aq, accident. Perjalanan dari KL ke Segamat yang secara normal mengambil masa 3-4 jam. Pada hari itu perjalanan aq memakan masa 7 jam, abnormal...

Sangkaan aq tepat. Satu kemalangan telah berlaku melibatkan 6 buah kenderaan di Senawang pada sebelah petang. Memang dahsyat sebab pukol 11 malam jalan masih jam. Sedara aq yang menuju ke Melaka turut diselubungi jam dan beliau berhenti di tempat kejadian untuk korek-korek maklumat, biasela..Malaysians is all about care & concern hehe..Katanye tanker tu terbabas sebab driver mengantuk..

Kemalangan berlaku di KM 244.6 Highway PLUS ke arah selatan, 2 KM before Exit Pedas-Linggi. Sebuah tanker membawa muatan minyak kelapa sawit hilang kawalan lalu berpusing dan melintang di tengah jalan. Disebabkan satu tanker, 5 kenderaan laen turut nahas:

-Sebuah bas persiaran merempuh tanker berkenaan, driver meninggal di tempat kejadian.
-Sebuah Myvi cuba mem'break' tapi gagal menghentikan kereta lalu merempuh tanker berkenaan. Driver parah, wife driver meninggal di tempat kejadian, anak mereka berusia 10 bulan meninggal on the way to hospital.
-Sebuah lori membawa muatan genting gagal mengelak dan merempuh Myvi tadi dari arah belakang. Driver selamat.
-Sebuah taxi Toyota Innova juga gagal mengawal kenderaan lalu terbabas dan melanggar pembahagi jalan. Beliau sempat melihat lori membawa muatan genting tadi merempuh Myvi. Driver cedera ringan.
-Sebuah motosikal Kawasaki gagal mengelak dan terperosok di bawah tanker. Rider patah kaki.

.....................................

Berikut adalah info tentang beberapa kemalangan yang pernah berlaku berhampiran kawasan kejadian. Kirenye area tersebut macam hot jugak..

Konvoi bertukar tragedi

1) Hajat 30 remaja nak berkonvoi tak kesampai apabila salah seorang rakan mereka
maut di KM 244.2 Senawang - 16 Mac 2013

Kemalangan Ngeri Dekat Senawang Hilang 2 Nyawa Selang 2 Jam. Memilukan apabila nyawa dua beranak melayang selang dua jam 20 minit dalam dua kemalangan ngeri

2) 2 beranak meninggal selepas kereta yang dipandu hilang kawalan dan merempuh
pembahagi jalan di KM 247.6 Senawang - 17 Julai 2013


3) 2 lelaki maut selepas kereta yang dipandu hilang kawalan secara tiba-tiba dan terbabas
lalu dirempuh kenderaan berat dari arah belakang
di KM 245.2 Senawang - 20 April 2013


4) Sebuah bas hilang kawalan selepas tayar depan sebelah kanan pecah secara tiba-tiba. 
Bas tersebut terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh pembahagi jalan
di KM 245.9 Senawang. No fatality - 3 Feb 2011

5) Seorang lelaki maut ketika mengecat garisan putih selepas dilanggar lori 5 tan 
yang hilang kawalan di KM 248 Senawang - 21 Mac 2012

6) Seorang wanita maut manakala suaminya parah apabila kereta yang dipandu
terbabas dan merempuh pembahagi jalan di KM 249.5 Senawang - 13 June 2013


















0 kate2 korang: