Hari ni macam biase, aq menuju ke office ditemani jerebu yang menghadkan penglihatan mata kasar aq. Sambil jalan-jalan aq pandang sekeliling. Tak ramai yang pakai mask termasuk aq.

"Ok la ni, KL tak teruk. Lau tak sume da gelabah ayam pakai topeng" aq bermonolog.

Teringat time aq kecik-kecik dulu di mana sel-sel otak sedang berkembang dan kadar logik adalah 0.001%. Pendek kata ke'bangang'an aq terserlah. Biase la budak-budak nak membesar hehe..
Waktu tu aq tak dapat membezakan antara jerebu dan embun pagi. 



Aq pelik y diorang beria-ria suruh jaga kesihatan sedangkan kabus tu benda biasa yang kita lihat setiap pagi. Setelah umur meningkat dan mendapat pendidikan yang cukup aq kenal ape itu haze or what we call jerebu.

Ok, tammat mukadimah..

Then macam biase aq beratur tunggu taxi. Tibe-tibe datang sebuah Vios parking baek punya dekat lorong taxi betul-betul depan aq. Lantak la, none of my business. So, aq layankan je drama romantis sepasang couple di dalam kereta keluaran Toyota tu.



Before si BOY keluar dari kereta, si GIRL salam ciom tangan si BOY. Pastu si BOY ciom pipi si GIRL and vice versa. Pastu bergurau senda plak sambil ketawa terbahak-bahak yang aq tak dengar bahaknya. Puiii..sweet jugak drama free ni.

Sedar tak sedar da 2 biji taxi menunggu di belakang kereta diorang. Aq pon tak sedar bile taxi tu sampai, punye la asyik layan drama sweet ala-ala gula kapas 30 sen tu.



Pastu ape lagi kena hon la bertubi-tubi. Tak kan pak cik driver tu nak berdiam diri je tak gerak-gerak sampai tengah hari. Si BOY pon menggelabah angsa terus keluar dari kereta. Tapi drama tak tamat di situ. Si BOY berdiri terpacak di situ dan memberi renungan tajam pada pak cik driver tu.

"Shit..berani lu kacau saat2 romantis wa. Lu ingat bro..lu ingat.." 

Lebih kurang camtu la maksud pandangan si BOY tu.


Tak salah kalau park kereta di lorong taxi untuk turunkan penumpang in case korang nak cepat. Bukan buat drama kat situ bikin pak cik dari persatuan teksi2 seMalaysia panasss..


kata2 ku (kkk) : Jom pakai topeng!! Udara kotor bro..


Semalam aq bergayut.
Bergayut = On call, bukan yang macam Encik Monyet buat dekat zoo tu.
Tiba-tiba dia bukak topic "Duit Bunian". Ade wang kertas yang memiliki tandatangan "Aishah" dan bukannya "Zeti Aziz". OMG!!Arrrgggghhhhhhh!!!......interesting, aq suruh dia habiskan cerita.

Menurutnya semasa Malaysia mengalami kemelesetan ekonomi, kerajaan bunian telah membantu rakyat Malaysia dengan mengeluarkan duit dari alam mereka. Kerajaan mereka juga memiliki bank seperti kita dan gabenornya bernama Aishah. Dari sini aq dah rasa cerita ni mengarut. True or False? Kawan aq suruh mengGOOGLE untuk kepastian.

Pagi-pagi masuk office terus mengGOOGLE. Exited, really wanna know. Banyak entry pasal duit bunian Aishah ni rupenye. Ketinggalan zaman betul aq ni. Ade jugak entry yang mengarut, yang macam syirik pon ade. Tarik duit la, perjanjian alam ghaib la, hape la, itu la, ini la...

And the truth is revealed...

The fact is tandatangan itu milik Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan Bin Sulaiman, bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (September 1998-April 2000). Menurut sumber, hal ini terjadi kerana tersalah edar semasa proses pertukaran gabenor bank negara. Difahamkan bank di Penang telah terlepas edar sebanyak 50 000 keping duit baru, dan tandatangannya adalah milik Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan Bin Sulaiman. Hanya 50 000 keping duit kertas yang seperti itu di Malaysia. Limited edition woo!!

Macam mane la boleh timbul Aishah. Maybe signature dia looks like A.i.s.h.a.h. Tapi kalau diteliti betul-betul signature tu bermula dengan "Ali". Tu la pelik sangat signature sampai menimbulkan kontroversi huhu..


Sape ade duit ni? Nak bole x hehe..




Kata orang peluang tak kan datang bergolek, duit takkan turun dari langit. Kalau duit turun dari langit, pagi-pagi aq akan keluar bawak besen, squat in front of my house dengan pakai baju tido and tadah **my imagination hehe**

Need money? nak beli branded wears? looking for experience?...working part time is the way since aq masih bergelar student. Atas dasar inilah aq decide nak kerja part time, for the first time in my life, in 2008 (just graduated from PLKN hehe)

Aq tak tau nak cari kerja. Nak kerja ape pon aq tak tau. Tapi aq suka something that not make me stay at one place. Kerja yang tak boring, absolutely! Disebabkan aq zero, ibu aq pon tolong ushakan kerja untuk aq. Di sini da dapat lihat point of independent dalam diri aq is OUT!!hehe..

Good story..ibu aq berjaya dapatkan aq kerja. Wiiieeeeee, that's great!
Oh wait...
Kerja pembantu kedai bunga..hahahaha aq hanya mampu tergelak. Orang yg mengenali aq pon akan turut tergelak sama. Bad story...

Tapi disebabkan tak nak ibu aq kecewa dan berkobar-kobar nak kerja aq go on. First day..Hiiyahhhhh!! dengan semangat aq melangkah keluar dari rumah. Not too far, jalan kaki je. On that day aq start blajar ape tugas aq dan ape yang patut aku buat. Everything goes well tapi aq pulak sedang hipokrit. "I do love this job aunty", sambil tersenyum simpul tapi dalam hati.."dem it..dem it..dem it"..

Disebabkan tak tahan aq terus chow bila aunty tu suruh lunch. Aq terus balik rumah ikut pintu belakang then masuk bilikterus tido membongkang. Bila jam menunjukkan pukol 5pm aq keluar bilik. Ibu aq yg ade kat dapur mase tu terkejut. "What the...bile kau balik nak oii!! Dengan selambe taik ayam aq ceritakan segalanya. Speechless ibu aq. Ekoran dari kejadian ini ibu aq malu yang amat bila terjumpa dengan aunty tu. Teruknya aq huhuhu..

Walaupon keje setengah hari aq tetap dapat gaji. Sekian terima kaseh.