Tiada apa diri ini untuk menceritakan yang gah-gah dan yang hebat-hebat.Juga tidak punya apa-apa untuk memberikan yang mahal-mahal atau limited edition.Hanya sekadar ingin berkongsi al-kisah seorang budak yang melalui satu situasi yang akhirnya membuatkan dia berfikir sehingga dia sedar apakah makna sebenarnya.Budak yang dimaksudkan adalah tuan tanah blog ni...yela sape lagi kan hehe

Dulu sewaktu kecil aku merasakan aku adalah seorang kanak-kanak yang kurang bernasib baek.Sepupu aku selalu terjumpa duit apabila kami berjalan-jalan.Mengapa perkara ini terjadi walhal aku juga berjalan di tempat yang sama.Amacam skema tak ayat aku...


RM5..RM0.80..RM1.50....Kecik besar kecik besar je aku tengok dia.Da jumpa duit tak blanje aku pulak tu.Aku selalu berharap aku akan jadi seperti dia yang selalu jumpa duit.Tapi nasib tak pernah menyebelahi aku.Aku sedih...sedih tau,sob..sob..sob..


Sehingga suatu hari beberapa tahun berikutnya,aku bangun pagi tu dan tolong ibu aku hantar kueh ke kedai.Sedang aku berjalan menuruni tangga aku nampak satu objek warna hijau berlipat."Duit ni..RM5 ni.."aku bermonolog dalam hati.Aku pon ambil objek itu dan buka lipatannya.Cuba korang teka berapa jumlah dia..

Rupa-rupanya tuhan nak bagi rezeki yang lagi besar nilainya.Memang ngam2 la sebab waktu tu pon family aku tengah susah.Allah itu maha adil.Tak semestinya arini kite berdoa esok terus termakbul.Mungkin kite tak dapat apa yang kite nak sekarang sebab Allah nak beri lebih lagi pada masa akan datang di saat kite betol2 memerlukan=)



Sejak kebelakangan ni aku STRESS!!Arrrggghhhhhhhh....Bole dengar tak aku jerit?
Benda alah ni memang tak bole tengok aku senang.Aduh..PENAT!PENAT!Aku penat kena ganggu.Sekarang ni pon dia tengah ganggu aku.Pahala puasa aku abes dengan maki benda ni jek...Plizz,get the hell away from me!

Anyone can help me??Aku tak subscribe ape-ape pon tapi laman web yang sia-sia ni selalu appear,the most i hate bila tengah syok2 bace blog..POPPP!!die keluar...Kalau sekali dua bole consider lagi ni dah berkali-kali macam dia da sedap pulak.Sape la yang cipta web yang menyusahkan orang nih..HELLO,i dun wan ur stupid thing!









Games..nak spy kawan aku..suruh aku teka gambar kau..damn i'm not ur player!




ThiNk...tHinK...THink...

Kalau bulan puasa lebih2 lagi bila tiba zon petang macam ni aku akan buat sesuatu yang berkaitan dengan makanan.Toleh kiri kanan,jalan senyap2 pegi dapur then curi2 makan ke?
BUKAN....
On my lappy,double click Google Chrome and search resepi yang mampu aku masak arini=)
Before this aku tengok rancangan Wanita Hari Ini di mana seorang chef berbangsa Arab menunjukkan cara2 membuat kebab daging ala2 Arab la.Punya semangat aku tengok sebab nampak sedap and simple pulak tuh.So ape lagi aku pun Google la,mane tau boleh modify resepi Pak Arab ni sebab simple sangat (dalam nada yang berlagak)

2 jam berlalu xde ape yang aku dapat.End of the story,kawan aku jugak yang masak..no kebab kebab!!
Macam ni lah kalau duduk di perantauan dan jauh dari family.Pening jugak hari-hari fikir menu yang nak dimasak.Kalau dekat rumah ibu aku akan tanya aku ape la yang nak dimasak,takde idea la.Sekarang aku da faham perasaan ibu aku hehe...

Woi,kebab ape citer?? ThiNk...tHinK...THink...




Arini nak masak paprik ayam,bukan aku yg masak tp kwn aku yg masak hehe...


Assalamualaikum..

Dengan penemuan mangsa terakhir tragedi letupan MT Bunga Alpinia maka berakhirlah segala pencarian.Alhamdulillah,berkat doa keluarga dan sahabat segala kekusutan bertemu penyelesaian.Sedangkan kenalan jauh sudah terasa kehilangan apa lagi keluarga terdekat,ia memang satu kehilangan yang besar.Namun segala yang terjadi adalah ujian dari Allah sebagai peringatan untuk hambaNYA.

Mereka adalah wira yang gugur ketika menjalankan tugas yang penuh cabaran.Tidak ramai yang tahu cabaran sebenar sebagai seorang pelaut termasuk aku sendiri tetapi aku tahu tanpa mereka kita tidak akan sama seperti sekarang.Fikirkanlah...

Ape yang terjadi adalah iktibar untuk kita semua.Tragedi ini tidak sedikitpun menggugat keberanian pelaut malah membuatkan mereka lebih bersemangat untuk menyambung perjuangan rakan-rakan mereka.Mereka yang sedang bergelar pelaut tetap tidak berganjak dan bagi mereka yang ingin bergelar pelaut tetap meneruskan cita-cita.Kental kan semangat diorang.Aku berharap aku memiliki kekentalan itu=)

Marilah kita sama2 sedekahkan Al-fatihah kepada mangsa yang terkorban.Semoga arwah tenang di sana dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman...
Kepada yang ikhlas ingin memberikan sumbangan bolehlah layari di laman ini







Arini aku bangun dan log in facebook,memandangkan internet ok aku tergerak hati untuk check update tragedi letupan MT Bunga Alpinia di page Komuniti Perkapalan Malaysia.Sebak juga hati bila membaca komen dari sahabat-sahabat dan ahli keluarga crew yang terkorban dalam kejadian tu.Tragedi ni memberi impak yang besar terhadap kita,apalagi ahli keluarga yang terlibat memandangkan umat Islam sedang menyambut Ramadhan.

Salute kepada warga Komuniti Perkapalan Malaysia yang membantu antara satu sama laen,tak kira lah apa jenis bantuan pon walaupun diorang tiada di tempat kejadian.Hubungan antara mereka amat kuat even diorang tidak mengenali antara satu sama laen,as long as they are seafarers and in the same field.Tragedi ni juga telah membuka mata rakyat Malaysia tentang career seorang pelaut yang dahulunya diorang tak ambil tahu sama ada tugas mahupun risikonya.

Takziah buat ahli keluarga dan sahabat handai arwah.Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman...Amin
Al-Fatihah..

Terkorban
Mohd Hanafi Khalil (Ordinary Seaman)
Shahril Azmi Baharuddin (Greaser)
Zahari Hashim (Pumpman)
Colanggoy Errol Calaluan (ABO)

Hilang
Muhammad Nazrin Khamasani (Deck cadet)




Salam ramadhan saudaraku..

Suram memenuhi ruang tempat ku berpijak..
Pensel itu hanya di atas meja kaku tiada bergerak..
Kertas di sebelahnya dibiar putih,bersih tanpa apa2..
diam sepi,diam sepi dan suram sekali lagi..
Tunggu!ada orang berjalan di sana..
Aku memandang pejalan itu yang seakan kosong bagai ruangan ini..
"Lama,usang..Di mana penghuni??"
Dan berlalulah langkah itu dan aku seorang kembali..
Dan akulah yang hanya tinggal untuk mencapai pensel itu menjadi penconteng ruang.


Macam tu lah yang aku rase dengan blog ku sendiri.Wahhh!!rindunyeeee nak tulis kat siniiiii!!!Rindunyeee nak jadi pembaca!!Rindunyeee nak tahu story of life korang semua!!!Apehal la banyak punye rindu ni...
Itulah aku yang suka tenggelam timbul tenggelam timbul tenggelam eh..timbul balik.
Tak kisah la semua tu yang penting aku happy,korang happy dan mereka happy=)

Selamat berpuasa saudaraku.Semoga kita sentiasa diberkati oleh-NYA di bulan yang mulia ini.