Ada satu hari aq jalan kaki ke kedai. Tidak lama selepas berjalan, aq terdengar suara anak kucing. Sungguh nyaring, semacam menangis kehilangan dan kelaparan. Aq pun mencari punca arah suara itu. Sejurus selepas itu berlari tiga ekor anak kucing ke arah aq. Comel-comel. Di mana mak mereka? Aq tak tahu. Niat hati mahu bawa pulang tapi risau kalau maknya tercari-cari. Aq terus berlalu, tapi anak-anak kucing itu mencicit kejar aq dari belakang. Aq cepatkan langkah, tak mahu mereka sampai ke kaki. Terus aq pasang niat, jika sewaktu pulang mereka masih ada, aq akan bawa balik.

   Ya, mereka tetap di situ. Macam biasa mencicit ke kaki aq semacam mahu ikut bersama pulang. Aq target mereka dibuang tanpa mak. Kasihan...mereka masih bergantung pada susu. kenapa si polan tidak buang sekali maknya? Setidak-tidaknya mereka masih boleh mengharap susu mak dan maknya masih boleh mengharap belas orang lalu-lalang. Dengan rela, aq bawa mereka pulang sambil berfikir apa patut kasi makan. Sesampai di rumah aq capai kain batik dan pengering rambut. Mereka kotor, aq mahu bersihkan. Bising suara nyaring mereka selepas mandi. Sejuk agaknya. Bila keluar angin panas dari pengering rambut, mereka diam. Terpejam-pejam mata mereka selesa. Aq tersenyum.

   Aq buntu mahu beri makan apa. Tapi aq beli Whiskas khas untuk anak kucing. Aq ambil sedikit dan aq letak dalam piring. Terkedek-kedek mereka serbu kelaparan. Malangnya mereka bukan makan tapi buat sepah. Mereka tak reti makan. Ada makanan yang kena hidung, ada kena kaki. Mereka main sondol sahaja seperti tidak tahu di mana mulut. Aq tersentuh. Mungkin maknya tidak ajar lagi. Aq ambil sedikit makanan itu dan letak atas tapak tangan. Mereka makan tapi tetap bersepah.

  Aq letakkan air dalam mangkuk. Makan tidak reti apa lagi minum!! Habis basah muka mereka. Kalau dibiar boleh lemas. Aq dapat satu idea. Aq terus ke kedai cari botol susu. Anak kucing kena minum susu dan aq capai susu Dutch Lady. Balik rumah aq bancuh sebab susu Dutch Lady pekat. Aq goncang botol susu dan beri mereka minum. Tak sangka. Mereka pandai minum dengan botol susu. Aq tergelak sebab mereka bertiga, botol susu satu. Jadi aq kena adil. Bila semua kekenyangan semua nak duduk atas riba. Tidur la mereka, apa lagi!!

   Esoknya aq kena balik rumah nenek. Aq terfikir-fikir bagaimana mereka? Perjalanan ke rumah nenek kena naik bas. 20 minit baru sampai. Tak kan biar mereka merayau dalam bas pula. Aq pergi dapur cari kotak kalau ada. Tapi tiada, yang ada hanya beg Parkson. Aq kasi mereka minum susu. Aq sudah tidak beli Whiskas sebab umur mereka hanya sesuai minum susu. Selepas minum aq tidurkan. Bila dah lena, aq masukkan seekor demi seekor dalam beg Parkson. Langsung tidak buka mata, lena sungguh. Aq menuju ke pondok bas dengan beg Parkson. Sambil menunggu aq intai takut mereka terjaga. Oren, Hitam, Coklat...comel mereka tidur....

   ~To Be Continued~