Tak sempat aq nak jamah ubi kayu rebus, tibe2 nama aq diseru oleh gadis bernama Cik Mada. Takpe la maybe ade something die nak cakap. Aq pon meninggalkan ubi rebus yang kesepian di atas meja.

Cik Mada: "Kemey maaf ganggu kau. Pinjam 5 minit eh", beliau berkata sambil memegang satu kad.
Kemey: "Eh takpe..pinjam lame2 pon bole. What's wrong What's wrong?"
Cik Mada: "Aq nak ajak kau join satu segmen ni. Jom la wei free je tak bayar. Aq tau raye nak pakai                              banyak duet", beliau promote dengan semangat. Sungguh comel semangat beliau.
Kemey: "Oo..small matter. Aq memang suke segmen2 ni, lagi2 segmen Cik Mada", aq berkata dengan nada               membodek.

Tanpa membuang masa, beliau terus menghulurkan kad yang sedari tadi beliau pegang. Kad jemputan katanye. Haa..ni dia=)


Sebelum beredar beliau sempat mintak tolong aq promote segmen ni. Korang nak join click je SINI. Kite bagi support kat Cik Mada k.
Da lame Penconteng Ruang tak join segmen. Tibe2 Sharifah Amarina ajak aq join satu segmen. Wah..tak bole refuse ni. Aq pon angguk tanda setuju dan beliau pon tersenyum sambil melompat bintang. Aq terhibur melihat lompatan beliau itu. Dengan excited, beliau menghulurkan kad jemputan ke segmen yang dimaksudkan.

Kad jemputan...comel tak?

Sebelum bersurai beliau berpesan pada aq supaya mem"promote" segmen beliau. Senang je tu Sharifah Amarina, jangan risau ok. Sape yang nak join click SINI jangan malu2 kambeng ea.

 
Dah lama tak blog walking. Ye la Penconteng Ruang tak la aktif mane pon. Rupa-rupanya ramai rakan blogger yang sudah bergelar ibu. Aq?? Still bujang trang tang ting tong hehe.

Kepada PMR candidates tahun ni, korang da prepare lom untuk trial? Buat la ape yang patot jangan duduk korek idong depan tv je hehehe...bergurau. Akak doakan semoga korang berjaya di dalam pelajaran dan dipermudahkan segalanya.

Aq dulu, bukan nak kata ape la..semua yang cikgu belom ajar aq da expert. Soalan algebraic aq congak sambil makan kueh lapes je da dapat jawapan. Cikgu pon tanya aq balik sebab beliau tak pasti ape yang beliau ajar. Sia2 kalau korang percaya. Aq tipu je hehehe...

Ape2 pon ade beberapa tips yang berkesan untuk kita mudah memahami ape yang cikgu ajar dan mudah mengingati ape yang telah dipelajari. Let's check it out!!


  1. Memberi tumpuan 100% ketika cikgu mengajar. Cikgu korang bukan suke2 tau berdiri and explain kat depan sambil menggayakan baju kurung peplum beliau yang meleTOP. Semua tu ade input yang penting. Kalau korang fokus so takde problem ketika nak ulangkaji.
  2. Jangan malu2 ayam nak angkat tangan kalau ade yang tak faham. Tanya selagi boleh tanya. come on, be confident!
  3. Bincang secara berkumpulan. Contohnya korang terangkan proses digestion pada kawan2 korang. Bukan nak berlagak pandai tapi untuk check sama ada fahaman kita betol atau salah. Kalau ade salah at least kawan korang boleh betolkan. 
  4. Ok korang da berusaha jadi perbanyakkan la berdoa kepada Allah dan tawakal.

Ni la adek aq,calon PMR. Berminat?? Taip nak kenal@abubakarela
dan hantar ke 88888

Tragedi MT Bunga Alpinia, Jetty Petronas Methanol Labuan
Masih ingatkah korang akan tragedi ni? Semalam genap setahun tragedi ni berlaku.

Tragedi yang telah mengejutkan kita ketika Ramadhan tahun lepas. Tragedi ni juga memberi impak yang besar terhadap dunia perkapalan dan membuka mata orang ramai terhadap tugas mereka yang bergelar seafarer. Aq bersyukur kerana Allah memberi petunjuk untuk aq mengikuti perkembangan tragedi ini. Kalau tak mungkin sampai sekarang aq tak tau orang yang aq kenali telah pergi buat selamanya.

Suatu malam, 2 hari selepas kejadian, aq telah bermimpi sesuatu yang menggerakkan hati aq untuk mengikuti perkembangan tragedi ni. Bangun je tido aq terus meng'Google'. Padahal before that aq ade tengok berita tapi tak amek port sangat. Mane2 berita pasal tu aq geledah, tibe2 berminat, dalam masa sama aq rase macam ade benda tak kena. Bila tengok nama mangsa aq tertumpu pada satu nama sebab aq ade kenalan yang namanya sama. Beliau juga terlibat dalam dunia perkapalan. Tapi aq tak syak die.

Next day kawan aq datang rumah nak berbuka sama2. Tibe2 die bercerita salah seorang mangsa adalah ex-student sebuah tempat pengajian swasta. Terus fikiran aq teringat pada beliau. Aq terus search internet untuk cari maklumat. Aq tanya orang2 yang maybe kenal beliau tapi buntu. Aq tak give up, aq teruskan jugak. Sehingga aq terjumpa someone post link facebook beliau dan menyatakan mangsa Tragedi MT Bunga Alpinia. Aq terkejut..unexpected.

Allah maha berkuasa. Semoga roh mangsa tragedi MT Bunga Alpinia ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah...


Source: Mr Google

Betul kata pepatah, jauh perjalanan luas pemandangan. Bila pemandangan dah luas pengalaman pon bertambah. Tapi makin jauh berjalan makin meningkat jumlah Ringgit Malaysia yang terbang melayang sambil cakap "Bye-Bye" kat aq. Tapi takpe duet tak masuk kubo pon hehehe.
Alhamdulillah, tahun ni aq berpeluang berpuasa jauh skit di Tawau, Sabah. Mana tau tahun depan puasa kat Dubai plak kalau ade sape2 yang sudi sponsor hehehe...bergurau.

Best jugak Tawau ni. Even tak besar mana tapi macam2 makanan pelik yang ade. Aq jenis yang tak memilih bab makanan dan aq suka mencuba nak rase. Ape yang terhidang semua aq bedal, lagi2 makanan free. Majoriti penduduk Tawau adalah Bugis so macam2 masakan Bugis aq ngap. Sampai satu malam tak bole tido kerana diserang Gastrik. Padan muka aq.

Ade ape dengan Tawau ni?? Haa..baca la sendiri..


  1. Korang kalau pergi sana korang try la Nasi Lalap. Dengan satu suapan, deria rasa akan menghantar mesej ke otak melalui saraf dan sel2 otak berhubung untuk meng'interpret' kesedapan tuh. Perrgghhh..enak bha.
  2. ABC kat sini special skit. Macam2 menu ade yang basic die cuma ABC je. ABC buah, ABC milo, ABC buah+milo haa...hambek kau.
  3. Harga ikan kat sana memang murah. Ikan kembung RM 1.50 je sekilo. Gile tak gile!! Aq yang jakon ni da menggelabah angsa kat pasar ikan tu. Bukan excited tengok pakcik jual ikan tu tapi excited tengok harga hehe 
  4. Banyak tikus berkeliaran kat bandar ni sampai ade satu tempat yang dikenali sebagai Taman Tikus. Bangga betul diorang ade taman sendiri dan dengan bangga jugak diorang lalu bawah meja makan tempat aq lepak. Menggelabah ayam aq angkat kaki. Nasib baik ABC aq tak terbang ke meja sebelah.
  5. Orang Tawau ni pandai modify speaker. Kalau korang naek bas ting-tong rasa macam dalam disko. Majoriti bas ting-tong kat sana sound system die baek punyer. Aq difahamkan budak2 sekolah yang nak balik rumah akan memilih untuk naek bas yang power sound system die. Bas yang speaker pecah diorang jeling je. Demand betol..
  6. Kalau korang tinggal di kampung2, sahur korang akan dikejutkan dengan kumpulan yang menyanyi lagu bertemakan bulan Ramadhan. Mereka akan bergerak dari rumah ke rumah sambil bermain gitar dan gendang macam pancaragam tu. Mula2 dengar memang riuh macam kat kenduri kawen tapi best tengok kemeriahan dan semangat diorang.
  7. Selalunye kalau nak shopping kite mesti pergi mall macam Mid Valley, Times Square, etc. Semua barang branded ade dijual dalam satu shopping mall. Tapi kat Tawau ni barang2 branded macam Levi's, Hush Puppies dijual di kedai2 biase je, macam lot2 kedai. Ye la kat sana takde mall yang besau2.
  8. Korang nak tau lebih2 korang pegi la sendiri kat sane.
Ok la aq nak mandi. Badan pon da bau semacam. Gud night=)


p/s: Selamat menghayati hari Nuzul Al-Quran...
Hari ni dah masuk hari yang ke 14 kite berpuasa. Cepatnye masa berlalu. "Hai Encik Masa, jangan la kau cepat sangat. Jalan slow2 dah la. Nak cepat2 buat ape, 24jam jugak yang kau ade"...kata aq di dalam hati. Aq paling suka malam2 sepanjang bulan Ramadhan. Kalau ade masa untuk aq renung masa depan aq akan pegi luar tengok langit. Masya-allah tenangnye hati. Titis2 rahmat dan keberkatan itu dapat dirasai.

...............................

Ok la berbalik ke tajuk asal..just 4 share. Tengahari tadi seperti biasa aq menjalankan rutin harian dengan menonton tv untuk melupakan rasa lapar dan dahaga. Nasib baek ade astro, macam2 ada. Sedang asyik menonton Naruto Season 2, aq diganggu oleh bunyi-bunyian yang aq tak pasti dari mana datangnya. Berkali-kali jugak bunyinye tapi aq biarkan, malas nak mencari. Tiba2 hati aq tergerak nak tengok fon.

"Eh, ade miskol..My mum.."

Tanpa lengah aq mesej ibu aq, nak call balik kedit tinggal ciput. Belom sempat tekan send bunyi-bunyian tu datang lagi. Kali ni telinga aq lebih peka. Aq mencari bunyi itu. Rupa-rupanye...Hampeh!! Tepon rumah aq yang berbunyi. Asal la pelik no bunyiknye?? Aq da agak ibu aq yang berada dalam talian. Beliau menyuruh aq menggoreng karipap sebagai makan tengahari. Beliau sedikit busy kerana ade urusan di luar. Kaki hayam kalau korang percaya!! Karipap tu untuk berniaga di bazar ramadhan keh..keh..keh..

Sedang aq menggoreng karipap datang pulak bunyian yang berbeza dari sebelomnye.

"I'm coming home I'm coming home, tell the world that I'm coming home...lalalala..."

Deringan tepon aq bernyanyi. Jangan harap la aq nak jawab. Kang tak silap2 karipap ibu aq hangus. Yang ni pon berkali-kali jugak bunyinye tapi aq biarkan je. Sesudah siap menggoreng baru lah aq capai fon murah aq.

"Mak aii, sape plak yang call aq pakai public ni..macam no opis pon ade"

Aq bermonolog hairan. Dengan fikiran buntu aq sambung menonton tv. Tak lama kemudian aq teringat mimpi mainan tidurku semalam. Aq bermimpi seseorang menghubungi aq dan menceritakan tentang kerja. 

Macam da panjang la pulak entry aq ni. Ok la, dipendekkan cerita aq dipanggil untuk interview oleh sebuah company di selangor. Macam tak percaye aq short-listed hehehe...Alhamdulillah, inilah rezeki ramadhan. Terima kasih Allah=)


p/s: Teringat first time interview SPA 4 tahun yg lalu hehehe...