Assalamualaikum..

Dengan penemuan mangsa terakhir tragedi letupan MT Bunga Alpinia maka berakhirlah segala pencarian.Alhamdulillah,berkat doa keluarga dan sahabat segala kekusutan bertemu penyelesaian.Sedangkan kenalan jauh sudah terasa kehilangan apa lagi keluarga terdekat,ia memang satu kehilangan yang besar.Namun segala yang terjadi adalah ujian dari Allah sebagai peringatan untuk hambaNYA.

Mereka adalah wira yang gugur ketika menjalankan tugas yang penuh cabaran.Tidak ramai yang tahu cabaran sebenar sebagai seorang pelaut termasuk aku sendiri tetapi aku tahu tanpa mereka kita tidak akan sama seperti sekarang.Fikirkanlah...

Ape yang terjadi adalah iktibar untuk kita semua.Tragedi ini tidak sedikitpun menggugat keberanian pelaut malah membuatkan mereka lebih bersemangat untuk menyambung perjuangan rakan-rakan mereka.Mereka yang sedang bergelar pelaut tetap tidak berganjak dan bagi mereka yang ingin bergelar pelaut tetap meneruskan cita-cita.Kental kan semangat diorang.Aku berharap aku memiliki kekentalan itu=)

Marilah kita sama2 sedekahkan Al-fatihah kepada mangsa yang terkorban.Semoga arwah tenang di sana dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman...
Kepada yang ikhlas ingin memberikan sumbangan bolehlah layari di laman ini







Arini aku bangun dan log in facebook,memandangkan internet ok aku tergerak hati untuk check update tragedi letupan MT Bunga Alpinia di page Komuniti Perkapalan Malaysia.Sebak juga hati bila membaca komen dari sahabat-sahabat dan ahli keluarga crew yang terkorban dalam kejadian tu.Tragedi ni memberi impak yang besar terhadap kita,apalagi ahli keluarga yang terlibat memandangkan umat Islam sedang menyambut Ramadhan.

Salute kepada warga Komuniti Perkapalan Malaysia yang membantu antara satu sama laen,tak kira lah apa jenis bantuan pon walaupun diorang tiada di tempat kejadian.Hubungan antara mereka amat kuat even diorang tidak mengenali antara satu sama laen,as long as they are seafarers and in the same field.Tragedi ni juga telah membuka mata rakyat Malaysia tentang career seorang pelaut yang dahulunya diorang tak ambil tahu sama ada tugas mahupun risikonya.

Takziah buat ahli keluarga dan sahabat handai arwah.Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman...Amin
Al-Fatihah..

Terkorban
Mohd Hanafi Khalil (Ordinary Seaman)
Shahril Azmi Baharuddin (Greaser)
Zahari Hashim (Pumpman)
Colanggoy Errol Calaluan (ABO)

Hilang
Muhammad Nazrin Khamasani (Deck cadet)




Salam ramadhan saudaraku..

Suram memenuhi ruang tempat ku berpijak..
Pensel itu hanya di atas meja kaku tiada bergerak..
Kertas di sebelahnya dibiar putih,bersih tanpa apa2..
diam sepi,diam sepi dan suram sekali lagi..
Tunggu!ada orang berjalan di sana..
Aku memandang pejalan itu yang seakan kosong bagai ruangan ini..
"Lama,usang..Di mana penghuni??"
Dan berlalulah langkah itu dan aku seorang kembali..
Dan akulah yang hanya tinggal untuk mencapai pensel itu menjadi penconteng ruang.


Macam tu lah yang aku rase dengan blog ku sendiri.Wahhh!!rindunyeeee nak tulis kat siniiiii!!!Rindunyeee nak jadi pembaca!!Rindunyeee nak tahu story of life korang semua!!!Apehal la banyak punye rindu ni...
Itulah aku yang suka tenggelam timbul tenggelam timbul tenggelam eh..timbul balik.
Tak kisah la semua tu yang penting aku happy,korang happy dan mereka happy=)

Selamat berpuasa saudaraku.Semoga kita sentiasa diberkati oleh-NYA di bulan yang mulia ini.