Setahun berlalu: Tragedi MT Bunga Alpinia

Tragedi MT Bunga Alpinia, Jetty Petronas Methanol Labuan
Masih ingatkah korang akan tragedi ni? Semalam genap setahun tragedi ni berlaku.

Tragedi yang telah mengejutkan kita ketika Ramadhan tahun lepas. Tragedi ni juga memberi impak yang besar terhadap dunia perkapalan dan membuka mata orang ramai terhadap tugas mereka yang bergelar seafarer. Aq bersyukur kerana Allah memberi petunjuk untuk aq mengikuti perkembangan tragedi ini. Kalau tak mungkin sampai sekarang aq tak tau orang yang aq kenali telah pergi buat selamanya.

Suatu malam, 2 hari selepas kejadian, aq telah bermimpi sesuatu yang menggerakkan hati aq untuk mengikuti perkembangan tragedi ni. Bangun je tido aq terus meng'Google'. Padahal before that aq ade tengok berita tapi tak amek port sangat. Mane2 berita pasal tu aq geledah, tibe2 berminat, dalam masa sama aq rase macam ade benda tak kena. Bila tengok nama mangsa aq tertumpu pada satu nama sebab aq ade kenalan yang namanya sama. Beliau juga terlibat dalam dunia perkapalan. Tapi aq tak syak die.

Next day kawan aq datang rumah nak berbuka sama2. Tibe2 die bercerita salah seorang mangsa adalah ex-student sebuah tempat pengajian swasta. Terus fikiran aq teringat pada beliau. Aq terus search internet untuk cari maklumat. Aq tanya orang2 yang maybe kenal beliau tapi buntu. Aq tak give up, aq teruskan jugak. Sehingga aq terjumpa someone post link facebook beliau dan menyatakan mangsa Tragedi MT Bunga Alpinia. Aq terkejut..unexpected.

Allah maha berkuasa. Semoga roh mangsa tragedi MT Bunga Alpinia ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah...


1 kate2 korang:

Unknown said...

Be tough k. Semoga mereka ditempatkn di kalangan org briman. Aminn.