Rezeki Ramadhan

Hari ni dah masuk hari yang ke 14 kite berpuasa. Cepatnye masa berlalu. "Hai Encik Masa, jangan la kau cepat sangat. Jalan slow2 dah la. Nak cepat2 buat ape, 24jam jugak yang kau ade"...kata aq di dalam hati. Aq paling suka malam2 sepanjang bulan Ramadhan. Kalau ade masa untuk aq renung masa depan aq akan pegi luar tengok langit. Masya-allah tenangnye hati. Titis2 rahmat dan keberkatan itu dapat dirasai.

...............................

Ok la berbalik ke tajuk asal..just 4 share. Tengahari tadi seperti biasa aq menjalankan rutin harian dengan menonton tv untuk melupakan rasa lapar dan dahaga. Nasib baek ade astro, macam2 ada. Sedang asyik menonton Naruto Season 2, aq diganggu oleh bunyi-bunyian yang aq tak pasti dari mana datangnya. Berkali-kali jugak bunyinye tapi aq biarkan, malas nak mencari. Tiba2 hati aq tergerak nak tengok fon.

"Eh, ade miskol..My mum.."

Tanpa lengah aq mesej ibu aq, nak call balik kedit tinggal ciput. Belom sempat tekan send bunyi-bunyian tu datang lagi. Kali ni telinga aq lebih peka. Aq mencari bunyi itu. Rupa-rupanye...Hampeh!! Tepon rumah aq yang berbunyi. Asal la pelik no bunyiknye?? Aq da agak ibu aq yang berada dalam talian. Beliau menyuruh aq menggoreng karipap sebagai makan tengahari. Beliau sedikit busy kerana ade urusan di luar. Kaki hayam kalau korang percaya!! Karipap tu untuk berniaga di bazar ramadhan keh..keh..keh..

Sedang aq menggoreng karipap datang pulak bunyian yang berbeza dari sebelomnye.

"I'm coming home I'm coming home, tell the world that I'm coming home...lalalala..."

Deringan tepon aq bernyanyi. Jangan harap la aq nak jawab. Kang tak silap2 karipap ibu aq hangus. Yang ni pon berkali-kali jugak bunyinye tapi aq biarkan je. Sesudah siap menggoreng baru lah aq capai fon murah aq.

"Mak aii, sape plak yang call aq pakai public ni..macam no opis pon ade"

Aq bermonolog hairan. Dengan fikiran buntu aq sambung menonton tv. Tak lama kemudian aq teringat mimpi mainan tidurku semalam. Aq bermimpi seseorang menghubungi aq dan menceritakan tentang kerja. 

Macam da panjang la pulak entry aq ni. Ok la, dipendekkan cerita aq dipanggil untuk interview oleh sebuah company di selangor. Macam tak percaye aq short-listed hehehe...Alhamdulillah, inilah rezeki ramadhan. Terima kasih Allah=)


p/s: Teringat first time interview SPA 4 tahun yg lalu hehehe...

5 kate2 korang:

Princess Feyqa said...

tahniah awak :) rezeki ramadhan tuh!

kemey said...

thanks princess=)

sherotpetot said...

congratz n goodluck dear

Unknown said...

Alhamdulilah,semoga berjaya awak, bestnye.kita nak jugak dapat kerja...amin..doakan kita dapat kerja yang terbaik.amin.terima kasih kerana sudi singgah di blog saya.

kemey said...

thanks sherotpetot=)
welcome atiqah..jangan risau ade rezeki tu=)