29 July 2012

MT Bunga Alpinia dalam kenangan...

Arini aku bangun dan log in facebook,memandangkan internet ok aku tergerak hati untuk check update tragedi letupan MT Bunga Alpinia di page Komuniti Perkapalan Malaysia.Sebak juga hati bila membaca komen dari sahabat-sahabat dan ahli keluarga crew yang terkorban dalam kejadian tu.Tragedi ni memberi impak yang besar terhadap kita,apalagi ahli keluarga yang terlibat memandangkan umat Islam sedang menyambut Ramadhan.

Salute kepada warga Komuniti Perkapalan Malaysia yang membantu antara satu sama laen,tak kira lah apa jenis bantuan pon walaupun diorang tiada di tempat kejadian.Hubungan antara mereka amat kuat even diorang tidak mengenali antara satu sama laen,as long as they are seafarers and in the same field.Tragedi ni juga telah membuka mata rakyat Malaysia tentang career seorang pelaut yang dahulunya diorang tak ambil tahu sama ada tugas mahupun risikonya.

Takziah buat ahli keluarga dan sahabat handai arwah.Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman...Amin
Al-Fatihah..

Terkorban
Mohd Hanafi Khalil (Ordinary Seaman)
Shahril Azmi Baharuddin (Greaser)
Zahari Hashim (Pumpman)
Colanggoy Errol Calaluan (ABO)

Hilang
Muhammad Nazrin Khamasani (Deck cadet)




1 comment:

kemey said...

patut la hati aku tergerak untuk update pasal tragedi ni.rupa-rupanya salah seorg mangsa adalah org yg aku kenali.terima kasih ya allah dengan petunjuk yg ENGKAU beri.sesungguhnya allah maha besar dan maha mengetahui..