Cerita kekejaman



Amacam tajuk aq, memberi kesan tak pada minda korang untuk menghubungkan sel-sel otak demi peningkatan DHA? Ntah ape-ape..asal iklan susu budak je mesti keluar terms yang macam ni. Bole jadi para marketing executive masa kini suda ketandusan idea. Tapi macam mana laju korang kasi putaq sekali pon susu ibu tetap nombor satu...bukanlah susu ibu lembu.



Aq yakin korang semua mesti perasan kan bahawa kekejaman bole dijumpa di mana-mana. Kadang-kadang tempat yang kita tak expect pon bole wujud kekejaman. Contohnya bila rasa tak tahan nak terkencing cepat-cepat cari toilet. Bila jumpa je terus membuang apa yang patut sambil menarik nafas lega. Bila tiba time nak cuci tengok-tengok paip takde kepala. Sungguh shit kekejaman vandalism ni. Itu belum cerita pasal berak lagi. Arini aq nak cerita pasal kekejaman yang berlaku dalam hidupan ini hari. Kalau kekejaman dari segi jenayah, perang dan yang bersekongkol dengannya da biasa dikupas. So sekarang aq nak kupas pasal isu semasa. Lepas ni aq nak kupas oren sunkist plak nak buat jus.

Bila aq tengok video buli yang jadi viral kat facebook aq rasa pelik. Kenapa time kapala taiko dok sibuk belasah budak mesti ada sorang macai yang tukang record?? Diorang nak buat apa record? Nak kata untuk dijadikan pemuas nafsu tak logik sebab bukannya video porno pon. Ke diorang menyimpan hasrat untuk bergelar artis cyber fofular?? Disebabkan diorang takde bakat menyanyi macam Najwa Latif, so diorang try and error melalui kaedah boxing, muay thai dan wrestling untuk di"upload". Ataupun diorang sebenarnya nak mengharumkan nama sekolah. Ye la, sekolah tak pernah masuk tibi, so diorang sebagai pelajar harapan berhempas pulas la untuk menaikkan rating. Haha..macam bangang..


Harga minyak naik disaat harga minyak dunia tak naik. Yang ni satu kekejaman yang aq musykil. Kenapa harga minyak kat Malaysia harus naik? Minyak kat Malaysia ni dari spesis laen ke ataupon digali dari planet laen? Setahu aq minyak berasal dari tempat yang sama iaitu under seabed. Cuma yang bezanya ialah penjenamaan seperti Petronas, Mobil, Petron dan kawan-kawannya. Lagi satu kenapa tak naikkan harga minyak sekaligus. Kalau sekaligus kan senang tak la kena maki banyak kali. Dengar-dengar tahun depan harga minyak nak naik lagi. Tak tau la betol ke tak jangan tanya aq. Kalau betol-betol naik korang nak buat apa? Mesti la mampu maki je bukannya korang bole buat ape pon kan..


Orang Malaysia ni sensitif. Kena bantai sikit da kecik hati. Kalau taknak kena bantai kenapa mengamalkan dasar demokrasi berparlimen di mana rakyat bebas bantai-membantai atau erti kata laen bebas bersuara? Kita pon sejak di sekolah lagi telah dididik untuk menegur kesilapan orang lain. Takkan la nak menghalalkan je bila si Abu baling kerusi kat kepala si Mutusami walhal sikap seperti itu macam haram. Bila seorang mahasiswa bersuara satu Putrajaya da bergegar. Buat ape nak gegar sangat kalau apa yang beliau lontarkan tu tak mengena. Aq rasa beliau cuma mengaplikasi ilmu yg beliau belajar la. Mana la tau kalau dipupuk otak budak ni silap-silap bole jadi macam otak Mahathir pada masa akan datang. Tak ke macam bangang korang menyesal waktu tu sebab korang buang dia dari university. University pulak bukan yg cap ayam punya, research university what..

Harap takde la sensitive reader kat blog aq yg mahsyur ni. Kalau ade pon pedulik hape aq hehe..Ok la aq nak kupas oren sunkist. Bye2..




Pssttt : Dengar2 JPJ pon da maen kekejaman sekarang. Ramai yg da menyalak kat facebook tu. Haaaa jawab la korang!!!

3 kate2 korang:

zareliqa afiqa said...

Kesimpulannya dunia ni mmg kejam. Okbai :p

Anonymous said...

Very good article! We will be linking to this great post on our site.
Keep up the great writing.

Take a look at my web site - tas Terbaru

Anonymous said...

It is the best time to make some plans for the future and it is time to
be happy. I have learn this submit and if I could I wish to suggest you
some attention-grabbing things or suggestions. Perhaps you can write next articles relating to
this article. I want to learn even more issues about it!


Stop by my blog Info Artis Indonesia