9 November 2014

Coretan dalam bas


Haiisshhhhh.................. *sigh

Lagi sekali.

Haissshhhhhhhh.............................kali ni lagi panjang.



Orang tua-tua cakap tak baek mengeluh. Tapi bila tengok last seen update blog ni keluhan itu tak dapat dibendung lagi. Terpaksa jua aq lontarkan tanpa rasa bersalah. Nak buat camne ke"busy"an dengan kerja-kerja duniawi yang hanya sementara ini membataskan jari-jari aq untuk menaip. Kalau blog ni ade perasaan mesti da lama beliau merajuk. Sabar ea blog, aq hilang tak lama..tak sampai pon setahun. Jangan majuk ea. Nanti i belanja teh ais.

Tak sampai setahun aq tinggalkan blog da macam-macam cerita aq dengar. Setiap cerita laen pulak headlines dan klimaks nye. Dari cerita gosip artis hinggalah singlet hitam membawak pulak pada JPJ naek syeh saman menyaman ntah ape benda. Betol ke spelling "syeh" tu?? aq tak tau. Dan isu-isu ni semua aq dapat tau dari facebook. Terima kaseh facebook kerana memberitahu. Even aq tak suka yang kaum kerabat kau berasal dari Israhell tapi kadang kalanya kau berguna pada orang macam aq. Tapi aq baca title je. Segala isi kandungan yang complete aq refer pada member2 yg bole dipercayai. Yang jenis suka tambah garam,gula,daun terup dalam masakan cerita aq tolak tepi.

Tamat mukadimah

...................................................................

Ok jauh suda aq belok..patah balik pada tajuk. Beberapa hari lepas hujan turun mencurah-curah selebat-lebatnya. Ayat aq pon suda cukup untuk korang berimaginasi betapa hebatnya aq dibasahi air hujan pada hari itu. Hari tu aq nak balik kampung. Bas gerak pukul 4, pukul 3 baru aq keluar office. Tak ke rushing camtu. Nak tak nak terpaksa la aq lari macam hape meredah hujan even aq tau keayuan aq sedikit tercalar. Alhamdulillah..aq sampai jugak bus stand dan terus naek bas. Bagus jugak sampai last minit. Biasanya kalau sampai setengah jam awal mesti kena tunggu tercongok macam tunggul kat situ. Less than 5 minutes nak berlepas baru la nak bukak pintu bas..tak ke lemah lutut orang berdiri kat situ. Da la takde kerusi...

Sesudah naek bas aq pon cari seat aq. Masa tu da ramai yang naek. Kadang-kadang ada yg tak reti bahasa pegi duduk seat orang. Kalau yg bole bawak berunding tu ok lagi. Tapi bila kena yang degil kepala concrete memang tak bole blah. Bukannya aq ni seorang yg terlampau mengikut peraturan. Kat sekolah dulu pon aq tak pernah pedulik pasal peraturan, ape lagi yg dalam bas semua ni. Cuma kadang-kadang diorang ni duduk seat orang sebab seat sendiri tak best, chewing gum menempel dan tak kurang jugak seat yg rosak tak bole nak adjust. Kalau ade extra seat takpe jugak. Kalau kena time bas full tak ke macam shit.

This time semua ok, seat pon ok. Aq pon terus port sebelah mamat indon yang tengah syok gayut. Driver bas pulak membebel tak abes-abes sebab ada seat yang basah disebabkan kebocoran pada lobang aircon. Bila semua penumpang da naek, bas pon bergerak on time. Hujan masih turun membasahi bumi. Bila tengok mamat indon sebelah ni syok bergayut sambil tutup muka dengan jacket, aq pon tertarik untuk curi-curi dengar. Antara dialognya berbunyi begini...

"Kita saling menyayangi..Kalau kau mati aku pun bisa mati sayang.."
Pergghhh ayat macam bullshit. Kini aq tidak heran kenapa gadis-gadis melayu tewas di tangan jejaka Lombok. Then aq dengar lagi...
"Kita bisa bersatu di dunia...Bocor!!!"
Terkejut sistem pendengaran aq bila mamat indon ni dok jerit bocor secara tiba-tiba. Rupa-rupanya air hujan keluar deras dari lobang aircon atas kepala beliau, sederas ayat-ayat cinta yg beliau ucap tadi. Aq yg duduk sebelah nak tergelak tapi cuba untuk berlakon...
"Bocor ke?"...aq bertanya pura-pura tak tahu.
"Iya kak..bocor.." jawab beliau sambil menunjukkan muka tak puas hati, bagai ingin bertumbuk dengan aircon tersebut.
 "Hahaha..padan muke.." aq bermonolog. Kalau cakap depan-depan dikhuatiri kena maki dalam bahasa indon.
Aq pon buat bodoh lepas pura-pura caring. Tak lama lepas tu aq dengar bising-bising dekat seat belakang. Ada sorang nenek ni baju dia da basah sebab tempat yg beliau duduk pon bocor. Husband beliau very protective. Beliau peluk wife beliau dan suruh wife beliau duduk kat seat beliau. Walaupon suda lanjut usia tapi tetap romantis. Bestnya kalau aq pon macam tu bila da tua nanti. Tak lama pastu ade sorang budak datang offer seat dia untuk nenek tu. Tapi atok tu beria-ria tolak sebab tak nak susahkan orang laen. Bagus budak tu. Rupa-rupanya masih wujud orang yg berhati mulia macam tu dalam dunia yg semakin hari penuh dengan kekejaman. Aq beremosi sejenak..

Bila tengok atok tu tak dapat duduk aq pon offer seat aq. Kali ni aq betol2 caring bukan lagi pura-pura. Tapi atok tu berkali-kali menolak. Sebelum tawaran aq berbaur paksaan yg melampau, akhirnya aq mengalah. Aq berdoa agar hujan cepat-cepat berhenti sebab aq benci duduk dalam keadaan serba salah. Alhamdulillah..hujan berhenti tak lama lepas tu. Lega dapat duduk dengan tenang hingga ke destinasi...



Pfftt : Mamat indon tu suddenly borak-borak ngan aq. Siap nak mengayat lagi. Choyy...
 

No comments: