Amacam..feminin tak entry aq huahuahua...

Tak kesah la aq just nak share dengan korang petua yang berkesan sebab aq dah try sendiri. Alhamdulillah, so far ok je takde pon side effect ke hape. Tapi korang kene sabar & tabah..

1.  Dear pimples, go to hell!


Dulu aq tak percaya petua ni. Tapi selepas adik aq try dan beliau bertukar menjadi hensem, aq terus percaya. Petua ni makcik aq yang ajar adik aq. Senang je, barang pon memang dah ade kat dapur rumah korang kecuali korang tak makan lada hitam hehe..
  • Ambil lada hitam, sikit je tak banyak, then tumbuk hingga halus. Before tumbuk tu basuh la lesung korang tu. Mane la tau mak korang pakai tumbuk cili ke. 
  • Basuh muka dahulu. Lepas basuh jangan lap muka. This to make sure muka korang basah & sejuk sebab lada hitam panas.
  • Sapu & ratakan lada hitam di seluruh wajah, except kawasan mata & bawah mata. Kesian mata korang, nanti pedih.
  • Selepas 15-20 minit, cuci muka bersih-bersih then apply toner to your face. Tak kesah ape brand pon yang penting ade toner untuk kurangkan rasa panas.
Amalkan seminggu sekali. Korang kene sabar dan consistent untuk dapatkan hasil yang baek. Lagi satu tabahkan la hati. Kenape?? Try dulu baru tau hehehe...


2.  My choice: Moisturizer

This is my choice, suke3 =) It's affordable and has a smooth texture. Lepas pakai sejuk je and make your skin supple, fully moisturized. Walaupon nampak macam perfect, this product takde UV protection. So kalau nak keluar rumah korang kene la pakai sunblock. Biasanye aq pakai moisturizer ni sebelum tidur. That is the best sebab waktu tidur la your skin cells work to replace the dead one.

3.  Jom improve our skin tones

Ini adalah product multi vitamin untuk cerahkan kulit. Temujanji??
Aq memang dilahirkan gelap. Semakin besar semakin aq gelap sebab aq aktif dalam sports. As a solution, aq pilih product ni. Memang berkesan but take note, semua whitening products boleh mengeringkan kulit. Itulah gunanye pakai moisturizer..

.................................................

Selamat mencuba =)















Ayah aq seorang yang pendiam. Beliau jarang nak bercerita melainkan ade something yang buat beliau nak bercerita atau time family berkumpul ramai-ramai. That's why aq macam "Ek eleh perlu ke??" kalau tengok bebudak tak bole tido kalau takde bed time story. Aq dulu bole je lena without story bagai ni sampai kencing atas tilam...lena katanyee hahaha =)

Alhamdulillah...last two weeks aq telah bergelar seorang graduan. Since it was my first time, dia punya excited tu memang menggigil la. Bukannye ape, excited sebab benda yang dah lama ditunggu-tunggu. Before this convo maen-maen je time tadika and form 5. Dan yang paling aq excited, mak bapak aq dapat tengok anak diorang berjaya =)

Balik je rumah aq tengok transcript. Ayah aq datang duduk sebelah aq. Beliau tengok subject and beliau tanya each one of them. Aq tau beliau happy, aq tau beliau excited tengok transcript. Sebab satu mase dulu beliau pernah cakap, beliau tak kesampaian nak masuk universiti. Aq masih ingat, registration day at Universiti Malaysia Terengganu. Bila sampai je ayah aq terus cakap...

"Ni lah tempat ayah tak dapat masuk dulu. Ayong beruntung..."

Dan hari tu aq tau aq tak excited keseorangan. Aq bahagia sebab buat beliau bahagia...

.................................................

Course yang aq ambil adalah something yang aq tak plan. Time apply pon aq masih samar-samar tentang cita-cita. Tapi aq suka, aq minat even it's unexpected. Tak lama lepas tengok transcript, ayah aq tanya suddenly...

"Ayong tau tak ape cita-cita ayah dulu.."

Aq: "Tak tau...Ape cita-cita ayah?"

Sambil tersenyum..."Dulu ayah dapat interview ALAM Melaka..."

Aq: "Haaaaaaa..!!!" (terkejut + teruja gile tenuk)

Sambil tersenyum lagi..."Mase kat sekolah cikgu tanya cita-cita ayah. Ayah jawab ayah nak belayar, jadi captain.."

Aq: "Haaaaaaaaaaaaaaaa...!!!" (terkejut + teruja lagi, tenuk power of 2)

Sambil relek and muka cool..."Tapi arwah wan (mak beliau) tak bagi sebab risau anak belayar.."

Aq: "Ayah tak pernah cerita ponnnnn!! Bestnye...rugi la ayah tak pegi.."

Suddenly ibu aq menyampuk...

"Kalau ayah pegi tak dapat awak semua.."

Huahuahuahuahua....

Now aq tak hairan kenape aq suka Maritime Technology course. Rupa-rupanya aq warisi minat itu dari ayah . Lagi sekali aq bahagia sebab buat beliau bahagia...


Amacam...Comel tak wa hehehe


















Di hari raya..
Terkenang daku kepada si dia..
Kampung ku indah nun jauh di sana..
Ayah serta bondaku..

Last week lautan manusia berpusu-pusu nak balik kampung. Ticket pon sold out + naek harga. Tapi tak ramai sangat yang kecoh, excited nak balik kampung katenyee. "So, pedulik hape yang penting kaki gua terpacak kat kampung!!", berdialog mereka secara semangat.

Pagi ni aq bangun lalu breakfast secara normal, cekodok and nasi goreng. Sambil tu capai laptop and facebooking dengan tenang. Ramai update status raye and aq baca dengan gembira. Aq gembira tengok gambar rendang, ketupat, lemang dan orang pakai baju raye even tak dapat mengalami semua tu hari ni. Macam sedih pulak ayat aq huhuhu..Tapi aq masih bersyukur kerana dapat menghirup udara Aidil Adha pada tahun ini.

Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua muslimin dan muslimat seluruh dunia. Semoga bergembira bersama family di kampung. Jangan lupa kepada saudara-saudara Islam kita yang kesusahan di luar sana...

Dalam kita bergembira..
Pasti ada yang berduka..
Enak menjamu selera..
Jangan lupa yang tiada.. 


Bloggerzz yang dihormati..

Penconteng ruang ingin mengucapkan Salam Aidil Fitri kepada muslimin dan muslimat. Maaf sekiranya penconteng ruang terlebih suda atau secara saintifiknye terlanjur kata di dalam penulisan. Kepada yang nak balik kampung tu hati-hati ok. Jangan la terlalu gelojoh sampai anda tak nampak signboard dan lupa undang-undang. Ingat..ramai oarang tersayang sedang menanti di kampung=)






##Ramadhan..aq akan merinduimu..
Tak sempat aq nak jamah ubi kayu rebus, tibe2 nama aq diseru oleh gadis bernama Cik Mada. Takpe la maybe ade something die nak cakap. Aq pon meninggalkan ubi rebus yang kesepian di atas meja.

Cik Mada: "Kemey maaf ganggu kau. Pinjam 5 minit eh", beliau berkata sambil memegang satu kad.
Kemey: "Eh takpe..pinjam lame2 pon bole. What's wrong What's wrong?"
Cik Mada: "Aq nak ajak kau join satu segmen ni. Jom la wei free je tak bayar. Aq tau raye nak pakai                              banyak duet", beliau promote dengan semangat. Sungguh comel semangat beliau.
Kemey: "Oo..small matter. Aq memang suke segmen2 ni, lagi2 segmen Cik Mada", aq berkata dengan nada               membodek.

Tanpa membuang masa, beliau terus menghulurkan kad yang sedari tadi beliau pegang. Kad jemputan katanye. Haa..ni dia=)


Sebelum beredar beliau sempat mintak tolong aq promote segmen ni. Korang nak join click je SINI. Kite bagi support kat Cik Mada k.