PERTAMA KALI DISERANG GERD & ANXIETY


Assalamualaikum..Salam sejahtera readers..

Gerd & Anxiety amat asing bagi aq sebelum ni. Sejak dah kena ni baru tau ape benda. Setiap orang yang alami berbeza punca dan sebabnya. Entry kali ni aq nak share perjalanan hidup aq sebelum diserang Gerd & Anxiety.



...................................................................

Aq ni sebenarnya suka cantik-cantik ni. Acah-acah model la giteww..puiii. Aq ade problem drumstick besar. Ada dalam satu tahun tu (time masih study), aq tak nak makan nasi sebab nak jaga badan and kecilkan drumstick. Tapi benda manis, kek, coklat semua aq bedal. Nama je study tapi stupid. So, ni point pertama yg menunjukkan aq menjemput penyakit gastrik. 

Sejak daripada aq tak makan nasi tu, aq selalu diserang gastrik. Dalam setahun tu 2 kali kena. Masha Allah..aq kalau kena gastrik memang teruk tak boleh bangun langsung. Selalunya lepas seminggu baru betul-betul ok. Ada sekali tu aq kena gastrik masa melancong di Jakarta. Masa tengah beronok-ronok kat rooftop SKYE Bar, aq terpaksa call pak supir pick up aq balik hotel. Masa tu dah tercirit muntah bagai.

Sampai lah aq bertemu dengan healthy lifestyle aq (dah terlambat...T_T), masa tu aq sedar kalau nak body shape cantek mestilah workout and eat healthy food. Masa tu aq makan nasi macam biasa dan workout kat gym 4 kali seminggu. You know what, that was the healthiest life that i ever had. Sampai ramai tegur drumstick aq dah kecik. Dan yg paling penting aq dah tak kena gastrik!! Aq happy gile. Last kena gastrik 2017. Itulah last....SEHINGGA...

......................................................................

Tahun 2018 merupakan tahun yang terburuk bagi aq. Aq kehilangan ayah yang amat aq sayang. Pemergian ayah aq yang mengejut tu membuatkan aq jadi murung. Dan ayah aq pergi dalam keadaan yang paling susah aq nak terima...langgar lari. Dan aq tak sempat lihat ayah aq buat kali terakhir sebab masa tu aq di sabah. Sejak daripada tu hari-hari aq menangis. Dan lepas 2 minggu ayah aq pergi aq disahkan pregnant 7 weeks.

YES!! Aq memang banyak stress masa pregnant. Masuk 3rd Trimester baru emosi aq macam ok2 skit. Tapi lepas je aq deliver baby di situ lah start episod baru dalam hidup aq yang berjudul ANXIETY. Masa nurse tolak wheelchair aq keluar dari labor room, tiba-tiba jantung aq start berdegup laju. Aq macam pelik, adakah itu effect ubat? Aq cuba baca ayat Qursy untuk tenangkan hati. Time tu boleh pulak aq lupa...otak aq macam blur. Makin bertambah laju jantung aq sampai aq fikir itu hari terakhir aq.

Time berpantang pun sama aq selalu nangis dan stress. Sepanjang tempoh berpantang ada la dalam 3 kali aq diserang jantung laju tu. Time tu aq tak tau lagi yang tu sebenarnya PANIC ATTACK. Lepas habis berpantang aq semakin ok dan lega sebab dah tak kena Panic Attack. Tapi tak sangka rasa lega tu cuma sementara. Beberapa bulan selepas tu bermula lah satu lagi episod baru dalam hidup aq yang lebih hebat yang berjudul GERD & ANXIETY....



Ok lah next entry aq sambung. Gerak dulu..

0 kate2 korang: