Tips mudah bersalin anak pertama


Setiap orang berbeza pengalaman dan caranya. Yang penting kita ikhtiar untuk dapatkan kesannya. Aq jugak banyak bertanya orang yang berpengalaman dan tak lupa Encik Google hehe..Ye la first time nak bersalin kan mestilah ketakutan. Kalau boleh semua petua nak buat, punya lah nak senang bersalin. Aq hari tu bersalin selepas 7 jam tahan sakit contraction. Midwife kat hospital semua terkejut sebab diorang predict aq bersalin dalam 2 ke 3 hari lagi sebab aq primigravida (kandungan pertama). Midwife syak aq amek air selusuh. Honestly, aq tak amek air selusuh. Aq cuma amalkan beberapa tips sahaja. No 9 yang paling utama : )

1) AIR KELAPA

Masuk 7 bulan aq minum air kelapa pandan hari-hari. Orang yang jual kelapa pon dah kenal tengok muka aq selalu beli air kelapa. Aq minum yang baru belah tu. No sugar & no ice.



2) VIRGIN COCONUT OIL (VCO)

Aq minum satu sudu lepas solat subuh dan satu sudu sebelum tidur malam. Aq pilih brand Tanamera sebab tengok review bagus. Memang sedap rasa dia original VCO. Aq start amal ketika masuk 8 bulan.


3) AIR ANUGERAH

Hari-hari aq habiskan satu botol. Air ni bagus sebab telah dibacakan ayat Al-Quran. Masa dah start sakit contraction aq still minum air ni.



4) SURAH MARYAM

Aq amalkan baca surah Maryam hari-hari. Lepas dah keluar blood show aq makin kerap baca sampailah aq dah tak larat sebab sakit contraction.

5) PERUBATAN TRADISIONAL

Kebetulan makcik husband aq adalah seorang bidan. Dia boleh bantu untuk mudahkan bersalin dan jugak untuk mudah dapat zuriat dengan izin Allah. Hari tu dia cuma mandikan aq dengan air biasa. Kalau nak ikhtiar boleh jumpa dia : )

6) SENAMAN PELVIC FLOOR

Aq amalkan senaman ni start 8 bulan pregnant (click here). Aq buat sehari sekali. Kalau rajin aq buat 2 kali sehari haha..Jangan risau tak bahaya. Ikut step yang mampu sahaja dan dapatkan nasihat doctor.

7) MINTA AMPUN PADA SUAMI

Yang ni penting. Ibu aq banyak kali pesan. Kena ikhlas tau hehe

8) AYAT NABI YUNUS

Aq baca dari contraction pain start sampai lah dah tak larat.



9) DOA

Yang ni paling penting. Walau banyak mana ikhtiar pun kalau bukan kerana Allah semuanya tak kan jadi. Berdoalah pada Allah dan minta padaNYA apa yang kita mahu. Aq selalu doa supaya bersalin normal dan tak sakit lama. Alhamdulillah segalanya atas izin Allah.

............................................................................................

Semoga perkongsian ni dapat menjadi manfaat untuk semua. Semoga dipermudahkan bagi ibu-ibu di luar sana untuk bersalin.