Minum air lumut


My disgusting day..

Hari tu aq bangun macam biasa.Bersiap untuk ke office.Sesampai aq di office tekak rasa dahaga laen macam.Segera aq capai botol 100plus yg berisi air kosong.Seteguk..2 teguk..3 teguk..aq rase air tu macam tak sedap.Dek kerana terlalu dahaga aq minum kasi habis tanpa mempeduli sedap ke tak sedap.

Ohh...nikmat rasa dapat minum.Aq pon terus ke pantry untuk penuhkan kembali botol air yg udah koshong.Sambil berjalan riang dan bermain-main dengan botol aq ternampak sesuatu yg colour hijau.Mau dibuang ngak boleh di dalam duduknya.Dari situ aq dah tau benda tu adalah LUMUT!!
Ohh..patut la tak sedap..

Memang patut pon air tu berlumut sebab aq da seminggu tak masuk office.Dahaga punya pasal air lumut pon aq bantai dengan selamber.Nasihat ku untukmu,jangan lah simpan air lama2 dalam botol.Kalau nak minum tengok dulu air tu bersih ke tak.Jangan jadik macam aq ni haa..

Sedikit info:

1. Jangan menggunakan botol plastik terlalu lama kerana plastik mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan cancer.
2. Jangan simpan air kosong (dalam botol plastik) terlalu lama di dalam kereta.Hawa panas dari kereta akan memanaskan bahan kimia di dalam plastik dan boleh menyebabkan breast cancer.
3. Anda boleh mengetahui bahan asas bagi sesuatu bekas plastik dengan melihat simbol/kod yang tertera di bawah bekas plastik tersebut.



PET/PETE (polyethylene terephthalate) biasanya terdapat pada botol minuman.Botol dengan simbol ini disyorkan hanya untuk sekali guna sahaja.Dilarang mengisi air panas kerana ia mengakibatkan lapisan polimer mencair.


HDPE (high density polyethylene) biasanya terdapat pada botol shampoo,sabun basuh,kosmetik dan permainan kanak-kanak seperti anak patung.Lebih selamat kerana kemampuannya mencegah tindak balas kimia.Lebih kuat,keras dan tahan terhadap suhu tinggi.Walaubagaimanapun anda tetap perlu berhati-hati kerana tindak balas kimia mampu meningkat mengikut masa.


PVC (polyvinyl chloride) biasanya terdapat pada pembungkus (cling wrap), wayar dan paip.Bahaya untuk kesihatan ginjal,hati serta menyebabkan penurunan berat badan.


LDPE (low density polyethylene) biasa digunakan sebagai tempat makanan dan botol yang lembik.Kuat dan fleksibel serta selamat digunakan sebagai bekas makanan kerana ia sukar bertindak balas secara kimia dengan makanan di dalamnya.


PP (polypropylene) pilihan terbaik untuk bahan plastik terutama untuk makanan dan minuman.


PS (polystyrene) biasa digunakan untuk bekas makanan styrofoam.Berbahaya untuk kesihatan otak dan sistem saraf.


OTHER - polystyrene terdapat pada peralatan rumah,alat-alat elektronik dan botol susu bayi.Boleh merosakkan sistem hormon dan mengganggu sistem imuniti badan.Memiliki ketahanan yang tinggi dan tahan suhu.

5 kate2 korang:

Dunia Zumal said...

Bahaya juga plastik ini kepada manusia yer... Kena beringat la lepas nie

sobri yaacob said...

tambahan kalau botol isi
air tinggal lama2 dlm kreta.
x elok minum!!!!!!

arz moha said...

wow baru saja singgah sini. follow #241 dan baru dapat ilmu baru tentang plastik

zahidah said...

hai cik kemey.. datang melawat blog kt sini jap

NURUL FILZAH said...

ohh refresh balik pasal benda nih.