Ya Allah Kuatkan lah Aku


Setiap manusia pasti diuji. Dan ujian masing-masing adalah berbeza. Walau seberat mana pun ujian kita ingatlah, itu tanda kasih sayang Allah. Saat ini aq sedang diuji. Menangis jangan cakap...sampai dah xde air mata. Tekanan, stress...fuhh jangan cakap, bagai di ronyok-ronyok otak ni. Aq tak pernah menyangka yg aq akan lalui fasa sebegini dlm hidup aq. Daripada aq yg dulunya sorang happy go lucky girl, skrg very down go girl..huhu bergurau.

Ye tak dinafikan aq hidup gembira & seronok sebelum ni sebab ape yg aq nak aq dapat. Pendek kata enjoy la. Tapi sampai pada satu saat, satu demi satu nikmat itu ditarik. Macam-macam ujian menimpa. Dan sekarang aq diuji dengan sakit. Yela hidup ni bagai roda yg berputar. Kadang di atas, kadang di tengah, kadang di bawah. Dan skrg aq di bawah...posisi yg paling kita tak nak.




Aq hanya manusia biasa. Kenapa aq diuji begini, aq tak tahu. Adakah sebab aq tersalah langkah? Adakah disebabkan dosa-dosa aq di masa lalu? Adakah ini akibat aq buat sesuatu keputusan tanpa minta petunjuk dari Allah.....? Allah lebih maha mengetahui sedangkan aq tak tau apa-apa. Yang aq tahu cuma Allah uji sebab Allah sayang & Allah nak hapuskan dosa-dosa kita. Teringat kata-kata Ustaz Hanan Attaki..."Kamu pingin dibalas di dunia atau di akhirat? Kalau saya rela di balas di dunia daripada dibalas di akhirat..."

Sejak aq diuji dengan sakit, hidup aq berubah 360°. Aq tak boleh sedih. Aq tak bole ketawa. Aq tak boleh marah. Semua itu seperti ada limit. Kalau aq terlebih je limit sakit aq akan datang. Bila dah jadi macam ni baru aq sedar betapa banyaknya nikmat Allah beri dalam hidup kita ni tapi kita kurang & tak pernah bersyukur. Sampai masa nikmat tu Allah tarik baru la kita terkulai layu menyedari kesilapan lalu. Skrg aq sedih sebab rindukan hidup aq yg ceria & sihat mcm dulu.

Tapi semua ni ada hikmahnya. Kerana sakit ini aq berusaha dekatkan diri padaNYA. Kerana sakit ini aq blajar untuk sentiasa bersyukur, bukan setiap hari malah setiap masa. Kerana sakit ini aq blajar utk jadi seorang yg positif. Memang tak mudah utk ubah diri ini. Perlu kuat & perlu berjuang melawan dengan DIRI SENDIRI. Mungkin ini kifarah buat aq. Aq sentiasa blajar untuk terima & redha.

Aq pernah mengadu pada Allah yg aq cemburu melihat bayi kecil yg suci dan takde dosa. Kadang-kadang bila aq tengok gambar aq waktu kecil, Ya Allah...betapa aq mau memutar ke masa lalu agar aq dapat membetulkan kembali kesilapan yg aq dah buat. Aq betul-betul menyesal. Andai masa boleh diundur sehingga sampai satu cabang. Cabang pertama, jalan hidup yg baik. Cabang kedua, jalan hidup skrg. Nescaya aq akan menuju ke cabang pertama.

Semoga Allah ampunkan dosa-dosa aq. Aq mengharap pengampunan dariMU Ya Allah...

0 kate2 korang: