Pendapat mereka tentang cinta terhadap bulan Ramadhan



Setiap individu memegang kata atau pendapat yg tidak sama.Ianya berbeza.Dari perbezaan itulah kita mengetahui pelbagai yg tidak kita tahu.Tanpa disedari,kita belajar banyak dalam satu masa setelah pendapat yg berbeza itu dikumpul menjadi satu =)

Norhaiqal Mansor, Johor:
Cuba untuk lebih mendekati Allah,sebab bulan Ramadhan ni banyak syafaat,bulan penuh berkat.Bulan untuk kita muhasabah diri,betulkan diri,nafsu..

Maisara Zakarya, Terengganu :
Menanti dan menyambut kedatangan Ramadhan dengan penuh kegembiraan dan rasa sedih apabila tiba di penghujung Ramadhan kerana ia akan meninggalkan kita dan belum tentu kita dapat berjumpa lagi dengan Ramadhan akan datang..

Muhd Syauti, Shah Alam:
Kejar matlamat utk memperbaiki cinta kita pada Allah sekaligus kita mempertingkatkan amalan kita dari segi bacaan Quran,amalan dan lain2.Puasa ade 3 peringkat iaitu puasa biasa,puasa sederhana dan puasa sempurna.So mestilah kita nak cinta sempurna.Kita memperbaiki rohani utk kita kejar cinta sempurna di bulan Ramadhan..

Mohd Arif, Pahang :
Cinta bulan Ramadhan ni bila kita cinta betul2 kita akan rasa tenang je.Ibarat angin di tepi pantai..

Norfadira Wahib, Kuala Lumpur :
Perbanyakkan ibadah,tilawah,mengaji dan sedekah.Sedekah bukan duet je.Senyum dan tolong orang pon sedekah jugak..

Mun Muin, Petaling Jaya :
Cinta kat bulan Ramadhan ni macam rindu pon ade jugak.Keinginan kita untuk menambah amal ibadat pun tinggi dan ianya datang dengan keikhlasan hati..


Terima kasih kawan2.Hari ini aq telah melihat sudut pandangan kamu yg berbeza...Selamat Berpuasa di Hari Ke-8 =)

1 kate2 korang:

aRz MoHa said...

salam singgah sini. benar ramadhan mempunyai permahaman yang berbeza bagi setiap orang