Kisah di Hari Guru

First of all I would like to wish "Selamat Hari Guru" to all teachers,trainers,lecturers & tutors especially those who have taught me.I will never know maths,sciences,history and many things that I can't understand without your guide.I may not say this always but you are always in my prayers.Thank you!!


Dulu dan kini, Hari Guru tetap diraikan dengan pelbagai acara. Kalau aq dulu,saat yang ditunggu-tunggu adalah pemberian hadiah kepada cikgu. Seminggu sebelum Hari Guru aq dah cari hadiah dan pilih cikgu yang aq mahu hadiahkan.Cikgu yang baik,best,comel & sporting mesti dapat banyak hadiah. Aq masih ingat ada seorang cikgu yang tak cukup tangan nak pegang hadiah.Banyak sangat!!

Tapi saat yang aq tunggu-tunggu itulah saat yang sedih bagi aq.Aq tak mampu nak beli hadiah cikgu.Ibu pun tak mampu beri duit untuk aq beli hadiah cikgu.Bila aq datang sekolah,ramai kawan-kawan yang siap-siap letak hadiah atas meja tunjuk masing-masing punya.Tipu la kalau aq tak cemburu.Tapi apa boleh buat..aq tetap bersyukur sebab aq memahami kesusahan keluarga aq dan tidak memaksa-maksa mereka bagi duit untuk aq beli hadiah cikgu.

Dan tiba lagi Hari Guru di tahun berikutnya.Kali ini aq tak menyerah kalah.Aq pon nak bawa hadiah untuk cikgu!Seminggu sebelum Hari Guru aq da geledah seluruh rumah.Tak cukup rumah aq,aq geledah pula rumah nenek aq.Tujuannya untuk cari barangan yang boleh aq jadikan hadiah.Cara begini lebih jimat.Aq tak susahkan ibu dan ayah.Yang penting aq bagi hadiah pada cikgu!

Bila sampai sekolah,macam biasa kawan-kawan aq tunjuk hadiah masing-masing.Aq pula cuma letak dalam kocek.Aq malu sebab hadiah tak bersampul.Sampai saat yang dinanti-nanti,aq berat hati nak bagi cikgu hadiah.Aq takut cikgu tak nak hadiah aq.Hadiah aq bukan dibeli di kedai.Hadiah aq takde sampul.Aq buat keputusan untuk pergi bilik guru bagi hadiah cikgu.Di situ tak ramai yang nampak.Aq pergi dekat-dekat dengan meja cikgu.Aq ucap Selamat Hari Guru sambil mengeluarkan hadiah dari kocek.Cikgu tersenyum dan mengucapkan terima kasih.Aq terharu cikgu terima hadiah aq!

...........................................

Sampai sekarang aq tak pernah menyesal tak dapat bagi hadiah yang mahal-mahal, sebab cikgu tak pandang hadiah, dia cuma pandang "penghargaan".



.......................................................



Kepada adik-adik yang masih bersekolah,ingat lah jasa guru sebagai pendidik.Hadiah tak penting,yang penting "penghargaan" adik-adik terhadap pengorbanan mereka sebagai pendidik."Penghargaan" itu adalah kejayaan adik-adik menjadi seorang insan yang berguna  =)



SAMBUTAN HARI GURU DI :

India = 5 Sept
Pakistan = 5 Oct
China = 10 Sept
Germany = 5 Oct
Sri lanka = 6 Oct
Malaysia = 16 May
New zealand = 29 Oct
Brazil = 15 Oct

1 kate2 korang:

Dunia Zumal said...

Zumal pun macam tu gak masa sekolah rendah... Geledah satu rumah cari benda nak buat hadiah untuk cikgu... Almaklum la bebudak lagi masa tu, kawan2 bagi zumal pun teringin nak bagi hadiah gak :)