ANAK DERHAKA..salah anak atau salah ibu bapa?

Salam di malam yg tenang to all bloggerz..

Adakah antara kenalan korang yg dikatakan anak derhaka?Pernahkah korang dengar luahan mereka?Atau korang juga pernah menderhaka pada kedua ibu bapa?...mintak jauhkanlah dari semua itu..

Kenapa agaknya lahirnya anak derhaka nih?Di mana kekurangan ajaran ibu bapa yang dianggap sempurna oleh semua.Tidak cukup ke makan,minum,kesenangan,belanja dan segalanya yang mereka sediakan depan mata.Semuanya hasil titik peluh siang dan malam mencari rezeki kurniaan-NYA.Apa lagi yg dimahukan??

Seorang ibu: Sampai hati kau buat aku begini.Aku membesarkan dan mendidik kau,bertarung nyawa melahirkan kau..ini balasan kau terhadapku..




Namun bagaimana jika seorang ibu melahirkan darah dagingnya tetapi mengabaikannya.Bagaimana pula seorang ayah yang langsung tidak mempedulikan anak kandung sendiri.Anak dihantar pada nenek untuk dijaga.Pelajaran anak tidak pula ditanggung apa lagi makan minum nya.Si anak hanya menumpang kasih pada orang lain sedangkan ibu bapa masih bernyawa.Bila si anak berjaya,datang pula ibu bapa untuk menuntut balasan anak yang dilahirkannya.Tapi kini si anak pula yang tidak mempedulikan mereka.

Seorang ibu: Sampai hati kau buat aku begini.Aku membesarkan dan mendidik kau,bertarung nyawa melahirkan kau..ini balasan kau terhadapku..

Jangan ditanya mengapa mereka derhaka jika ibu bapa sendiri tidak lengkap menunaikan tanggungjawabnya.Peribadi anak2 adalah sejauh mana ibu bapa mencorakkannya.Tidak patut mengharapkan lebih jika dahulunya anak kandung sendiri diabai-abaikan bukan ditimang-timangkan.Tetapi sejauh mana pun terpesongnya,ibu bapa lah yang menyebabkan kita lahir ke dunia. Walau seburuk manapun gerangan orang itu,dia tetap orang yang sama yang telah melahirkan kita...




3 kate2 korang:

Unknown said...

ibu bapa sepatutnya mementingkan kualiti dr kuantiti kan..

Anonymous said...

tp mcm mn jika anak d hantar kpd nenek sdgkn ibubapa kndung bersenang2 dgn anak angkat mereka? umpama istilah anak kera d susu kn anak d rmh kelaparan...

kemey said...

mybe they hve their reason y they do so..setiap ape yg dilakukan adlh setimpal dgn balasan yg bakal ditrima,but wat eva it is they stil our parents