Ehem2 nak promote jap hehe..

Jom visit my instagram : kokoclothes

Kokoclothes adalah online shop yg menjual barang2 bundle yg sangat2 berkualiti.Mostly tak pernah dipakai tau.Kami juga menjual pakaian yg baru..

Dont worry..tak mahal pon.And the best is...Quality terbaekkk!!!


Jom follow & shopping di kokoclothes!!
Wanna know the details??Go to your instagram and search "kokoclothes" now =)

Hi bloggerzz..



Come & support us at Koko Clothes. Online shop ni baru saje hendak bertapak di dalam gelanggang bisnes online. Koko Clothes menjual barang-barang bundle seperti pakaian & kasut. Don't worry..walaupon gelarannya "Bundle" tapi dia punya "Quality" camni haa..


Koko Clothes juga menjual pakaian baru & fresh. Tak lama lagi diorang akan upload barang-barang bundle dan korang kena grab cepat-cepat. Kalau lambat melepas le der..Save this date:

14/4/2014 (Monday)

So, what you waiting for?? Jom follow Instagram Koko Clothes:

Instagram account : kokoclothes


Grab it fast & happy shopping =D
Aq hanya manusia biasa..

Yang bekerja mencari rezeki, yang makan menahan kelaparan dan tidur apabila tiba malam. Kadang-kadang apabila tiba malam aq tak jugak tidur. Aktiviti-aktiviti duniawi. Oh..lagi satu, aq yang mandi membersihkan diri. Manusia biasa haruslah mandi. Karang tak pasal-pasal ade orang kekurangan oxygen disebabkan bau yang terlalu harum.


Mari aq bagitau satu perkara tentang diri aq. I am a silent reader. Historical, conspiracy, world mystery, hidden agenda etc..etc.. are my interest. Aq kagum kerana penulis-penulis ini pandai mencari sumber, bijak menganalisis & hebat mengupas satu persatu hingga kepada kebenaran. Sejauh mana kebenarannya? Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Why me a silent reader? Sebab aq xbanyak ilmu untuk dikongsikan. Sebab aq masih mentah dan menunggu sel-sel otak berhubung. Sebab ape yang aku fikir tak semestinya sama dengan orang lain fikir. Dan sebab aq pening tak faham dengan agenda-agenda duniawi yang penuh keputar belitan. And finally, sejauh mana otak aq berfikir, fikiran itu akan kembali balik semula kepada Maha Pencipta, Allah SWT.

Lately, aq banyak mimpi buruk. Ape yang boleh aq ceritakan aq mimpi berperang. Tu la tido tak baca ayat Qursy. Terpengaruh la tu dengan cerita-cerita yang dibaca. Mungkin jugak petunjuk dari tuhan supaya berubah. Can you imagine if we are in war? Selama ni kita hanya dengar cerita dari pejuang yang menghadapi & merasai. Bagaimana kalau ia terjadi kepada kita yang tak pernah menghadapi & merasai tatkala sudah lama selesa dalam keamanan?

Aq bukan nak menakutkan, just nak share ape yang aq rase. Believe it or not, a silent reader will not silence in front of people...


Assalamualaikum, Almost 2 months tak jenguk blog...

Kesibukan duniawi menghalang aq untuk menulis. Hopefully you all sihat sejahtera hendaknya.


Incident pesawat MAS MH370 telah memeranjatkan seluruh rakyat Malaysia yang selama ini hanya melihat kejadian seperti ini berlaku di luar negara. Dan tahun 2014 telah tertulis bahawa Pesawat milik MAS yang membawa 239 penumpang menuju ke Beijing hilang. Maka bermula lah satu fenomena, bukan fenomena alam tetapi fenomena media, media dan media.

Recently, aq ade hadir ke satu interview bagi Program Pascasiswazah MARA. Peruntukan masa yang tak berapa nak cukup membuatkan aq kekurangan self preparation. Tapi sempat lah jugak terjah blog-blog nak cari soalan bocor hehe..Tapi bila baca blog diorang membuatkan aq takut. Takut la sebab a bit tough jugak interview MARA ni. On that day, aq siap-siap dengan notes, memorize the CEO of MARA and some info about the chosen university. The rest aq berdoa dan berserah padaNYA.

And finally, tiba saat yang dinanti-nanti. Nervous beb menunggu soalan mencabar from the interviewer. But then the unexpected thing happened. The question is not relate at all. It is about MH370. Nampak tak fenomenanya. Dan aq mampu menarik nafas lega kerana aq memang mengikuti kisah luaran dan dalaman incident ni. Aq tidak menganggap ianya mudah but at least we have and we know the answer. It's all about opinion not memorizing, tu yang aq suka. Boleh dikatakan 40% soalan adalah berkaitan dengan MH370.

Overall the interviewers memang sporting and we don't feel the stressful. Hopefully, aq berjaya mendapat tempat. Aq akan ceritakan tentang interview session in the next post. Have a nice day =)




P/S: Everybody stands with their own opinion and we have rights to voice out. We have the ability to differentiate between the truth and fiction with the power of brain. We are not too stupid to be fooled by the liars. No one can stop us from thinking except The Creator (Allah). Doa and doa for the MH370 passengers.


   Ada satu hari aq jalan kaki ke kedai. Tidak lama selepas berjalan, aq terdengar suara anak kucing. Sungguh nyaring, semacam menangis kehilangan dan kelaparan. Aq pun mencari punca arah suara itu. Sejurus selepas itu berlari tiga ekor anak kucing ke arah aq. Comel-comel. Di mana mak mereka? Aq tak tahu. Niat hati mahu bawa pulang tapi risau kalau maknya tercari-cari. Aq terus berlalu, tapi anak-anak kucing itu mencicit kejar aq dari belakang. Aq cepatkan langkah, tak mahu mereka sampai ke kaki. Terus aq pasang niat, jika sewaktu pulang mereka masih ada, aq akan bawa balik.

   Ya, mereka tetap di situ. Macam biasa mencicit ke kaki aq semacam mahu ikut bersama pulang. Aq target mereka dibuang tanpa mak. Kasihan...mereka masih bergantung pada susu. kenapa si polan tidak buang sekali maknya? Setidak-tidaknya mereka masih boleh mengharap susu mak dan maknya masih boleh mengharap belas orang lalu-lalang. Dengan rela, aq bawa mereka pulang sambil berfikir apa patut kasi makan. Sesampai di rumah aq capai kain batik dan pengering rambut. Mereka kotor, aq mahu bersihkan. Bising suara nyaring mereka selepas mandi. Sejuk agaknya. Bila keluar angin panas dari pengering rambut, mereka diam. Terpejam-pejam mata mereka selesa. Aq tersenyum.

   Aq buntu mahu beri makan apa. Tapi aq beli Whiskas khas untuk anak kucing. Aq ambil sedikit dan aq letak dalam piring. Terkedek-kedek mereka serbu kelaparan. Malangnya mereka bukan makan tapi buat sepah. Mereka tak reti makan. Ada makanan yang kena hidung, ada kena kaki. Mereka main sondol sahaja seperti tidak tahu di mana mulut. Aq tersentuh. Mungkin maknya tidak ajar lagi. Aq ambil sedikit makanan itu dan letak atas tapak tangan. Mereka makan tapi tetap bersepah.

  Aq letakkan air dalam mangkuk. Makan tidak reti apa lagi minum!! Habis basah muka mereka. Kalau dibiar boleh lemas. Aq dapat satu idea. Aq terus ke kedai cari botol susu. Anak kucing kena minum susu dan aq capai susu Dutch Lady. Balik rumah aq bancuh sebab susu Dutch Lady pekat. Aq goncang botol susu dan beri mereka minum. Tak sangka. Mereka pandai minum dengan botol susu. Aq tergelak sebab mereka bertiga, botol susu satu. Jadi aq kena adil. Bila semua kekenyangan semua nak duduk atas riba. Tidur la mereka, apa lagi!!

   Esoknya aq kena balik rumah nenek. Aq terfikir-fikir bagaimana mereka? Perjalanan ke rumah nenek kena naik bas. 20 minit baru sampai. Tak kan biar mereka merayau dalam bas pula. Aq pergi dapur cari kotak kalau ada. Tapi tiada, yang ada hanya beg Parkson. Aq kasi mereka minum susu. Aq sudah tidak beli Whiskas sebab umur mereka hanya sesuai minum susu. Selepas minum aq tidurkan. Bila dah lena, aq masukkan seekor demi seekor dalam beg Parkson. Langsung tidak buka mata, lena sungguh. Aq menuju ke pondok bas dengan beg Parkson. Sambil menunggu aq intai takut mereka terjaga. Oren, Hitam, Coklat...comel mereka tidur....

   ~To Be Continued~