Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pemergian pelawak terkenal Yus Jambu. Pemergian arwah memang mengejutkan dan sehingga kini aq masih merasa semua ini seperti satu lakonan. Itulah kehidupan..ada perkara yang kita boleh jangka dan ada perkara yang di luar jangkaan kita. Dan semua yang berlaku dalam kehidupan kita ada sebab dan hikmahnya.

Aq ingat lagi waktu dulu, aq selalu balik rumah arwah atok time cuti sekolah dan hujung minggu sebab sekolah aq dekat dengan kampung. Waktu tu memang best, biase la pelajar asrama kalau da keluar memang luar biasa sikit perasaan kebebasannya. Sehingga la aq masuk matrik. Bila cuti je memang aq balik rumah arwah atok. Masa tu aq perasan kesihatan arwah dah tak macam dulu. Tapi arwah tetap kuat naek motor jemput aq balik rumah.

Ada suatu masa bila nenek aq beli kek untuk sambut birthday aq. Masa tu arwah tengah sibuk mengait jala. Arwah atok aq memang pakar buat jala. Lepas dipujuk baru la arwah join kitorang amek gambar, cousin aq record video dan arwah atok aq layankan aje karenah cucu-cucunya. Lepas makan kek kitorang borak-borak dan arwah terus sambung kerjanya. Tiba-tiba arwah datang dan duduk di kerusi tidak jauh dari kitorang. Aq masih ingat lagi arwah bertanya pada nenek aq adakah nenek aq akan kahwin dengan orang laen sekiranya dia pergi dulu. Kitorang tak rasa apa2 pon time tu dan kitorang hanya gelak.

Sehinggalah aq masuk universiti. Masa tu kesihatan arwah atok semakin teruk. Aq pon da jarang balik rumah arwah sebab aq da tinggal jauh di Terengganu. Sampai suatu masa ketika aq sedang menduduki final year exam, aq dikejutkan dengan pemergian atok. Masa tu tuhan je yang tahu bagaimana perasaan aq. Sewaktu arwah sihat aq selalu ada dekat dengan dia, tapi ketika dia pergi aq takde di sebelahnya. Aq tak dapat tatap wajah atok aq buat kali terakhir sebelum arwah dikebumikan. Aq tak sangka aq tak dapat bersama arwah semasa saat-saat terakhirnya. Dan aq tak sangka tahun itu merupakan tahun terakhir aq sambut birthday dengan arwah atok.

Selagi diberi peluang untuk bersama dengan orang yang tersayang, janganlah di sia-sia kan peluang itu. Semua peluang itu kita tak kan dapat nikmati selama-lamanya sebab itu cuma pinjaman. Bila sampai waktunya, pinjaman itu harus dipulangkan. Dan selepas itu, kita hanya akan bersama kenangan sewaktu mereka dipinjamkan kepada kita.




Semoga mereka semua ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman 
dan tenang di syurga Allah...
Al-Fatihah...