Acik Ina kawan ibu aq. Orangnya baik, periang suka ketawa. Dan cantik orangnya.

Masa aq sakit teruk dulu Acik Ina la yg tolong amek aq kat hospital. Masa tu family aq semua balik kampung. Banyak nasihat & tips Acik Ina share masa tu. Salah satunya mandi air hangat sebab badan orang lepas bersalin tak kuat & ambil masa nak pulih. Lagi satu jangan lambat makan. Sebelum makan berat, kena makan yg ringan dulu supaya perut tak terkejut. Aq ikut nasihat tu betul-betul.

Baru-baru ni dapat khabar Acik Ina sakit & perlu jalani major operation. Pertama buang hempedu & kedua buang cyst. Hati aq sayu. Hari ni aq, ibu & kawan-kawan ibu melawat Acik Ina. Masya Allah Acik Ina sangat kuat. Ada sakit dalam pandangan matanya tapi Acik Ina boleh borak seperti biasa, ketawa layan tetamu. 

Aq sakit hingga ada saat aq give up nak tanggung semuanya...tapi ada orang yg lebih sakit dari aq. 

Dan aq tunduk sujud dengan kebesaran Allah yg berkuasa menentukan sihat sakit hambaNYA. 

Aq berdoa padaMU YA ALLAH, sembuhkan lah Acik Ina. Semoga segalanya dipermudahkan & berjalan lancar operation Acik Ina. Semoga lepas operation Acik Ina lebih kuat dan sihat...aamiin.


Setiap manusia pasti diuji. Dan ujian masing-masing adalah berbeza. Walau seberat mana pun ujian kita ingatlah, itu tanda kasih sayang Allah. Saat ini aq sedang diuji. Menangis jangan cakap...sampai dah xde air mata. Tekanan, stress...fuhh jangan cakap, bagai di ronyok-ronyok otak ni. Aq tak pernah menyangka yg aq akan lalui fasa sebegini dlm hidup aq. Daripada aq yg dulunya sorang happy go lucky girl, skrg very down go girl..huhu bergurau.

Ye tak dinafikan aq hidup gembira & seronok sebelum ni sebab ape yg aq nak aq dapat. Pendek kata enjoy la. Tapi sampai pada satu saat, satu demi satu nikmat itu ditarik. Macam-macam ujian menimpa. Dan sekarang aq diuji dengan sakit. Yela hidup ni bagai roda yg berputar. Kadang di atas, kadang di tengah, kadang di bawah. Dan skrg aq di bawah...posisi yg paling kita tak nak.




Aq hanya manusia biasa. Kenapa aq diuji begini, aq tak tahu. Adakah sebab aq tersalah langkah? Adakah disebabkan dosa-dosa aq di masa lalu? Adakah ini akibat aq buat sesuatu keputusan tanpa minta petunjuk dari Allah.....? Allah lebih maha mengetahui sedangkan aq tak tau apa-apa. Yang aq tahu cuma Allah uji sebab Allah sayang & Allah nak hapuskan dosa-dosa kita. Teringat kata-kata Ustaz Hanan Attaki..."Kamu pingin dibalas di dunia atau di akhirat? Kalau saya rela di balas di dunia daripada dibalas di akhirat..."

Sejak aq diuji dengan sakit, hidup aq berubah 360°. Aq tak boleh sedih. Aq tak bole ketawa. Aq tak boleh marah. Semua itu seperti ada limit. Kalau aq terlebih je limit sakit aq akan datang. Bila dah jadi macam ni baru aq sedar betapa banyaknya nikmat Allah beri dalam hidup kita ni tapi kita kurang & tak pernah bersyukur. Sampai masa nikmat tu Allah tarik baru la kita terkulai layu menyedari kesilapan lalu. Skrg aq sedih sebab rindukan hidup aq yg ceria & sihat mcm dulu.

Tapi semua ni ada hikmahnya. Kerana sakit ini aq berusaha dekatkan diri padaNYA. Kerana sakit ini aq blajar untuk sentiasa bersyukur, bukan setiap hari malah setiap masa. Kerana sakit ini aq blajar utk jadi seorang yg positif. Memang tak mudah utk ubah diri ini. Perlu kuat & perlu berjuang melawan dengan DIRI SENDIRI. Mungkin ini kifarah buat aq. Aq sentiasa blajar untuk terima & redha.

Aq pernah mengadu pada Allah yg aq cemburu melihat bayi kecil yg suci dan takde dosa. Kadang-kadang bila aq tengok gambar aq waktu kecil, Ya Allah...betapa aq mau memutar ke masa lalu agar aq dapat membetulkan kembali kesilapan yg aq dah buat. Aq betul-betul menyesal. Andai masa boleh diundur sehingga sampai satu cabang. Cabang pertama, jalan hidup yg baik. Cabang kedua, jalan hidup skrg. Nescaya aq akan menuju ke cabang pertama.

Semoga Allah ampunkan dosa-dosa aq. Aq mengharap pengampunan dariMU Ya Allah...

Jam menunjukkan pukul 8 pagi. Sumpah satu malam aq tak tido. Pagi tu aq beli nasi lemak as breakfast tapi aq makan nasi dia je sebab perut aq pedih. Then terus siap-siap pegi klinik. Aq mintak tolong adik aq jaga anak aq. Sampai je klinik aq bagitau aq sakit dada dan aq diminta buat ECG. Aq cuba relax supaya bacaan ECG aq cantik. Sebelum-sebelum ni kalau aq buat ECG mesti aq bertenang dulu dan resultnya ok. Tapi kali ni lain pulak. Nurse tu diam lepas dia tengok result ECG aq. Aq dah mula takut. Tiba-tiba nurse tu cakap.."kejap ea saya nak tunjuk kat doctor jap."

Dari situ aq dapat tangkap mesti ade something wrong. Aq dah bertambah takut. Jantung makin laju. Tak lama lepas tu nurse tadi datang dengan sorang doctor. Doctor ni explain yg jantung aq ada sedikit masalah. Ada part yg tak dapat oxygen supply. Ya Allah masa aq dengar macam tu aq rasa macam nak pitam. Doctor suruh aq baring dan nurse pakaikan aq wayar oxygen. Ambulans terus amek aq bawa gi Emergency. Masa tu aq rasa nak nangis, takut, menggeletar, aq teringat kat anak aq. Yelah masa tu aq sorang2 takde sape kat situ. Dalam hati aq tak putus berdoa. Otak pulak dah fikir melalut adakah ini hari terakhir aq. Allah saje yg tahu perasaan aq.

Sampai je Emergency nurse kat situ tengok result ECG aq. Tiba-tiba dia cakap..."Ok je ni normal je..."

Aq dah pelik dan confuse. Mana satu betul ni??

Lepas tu nurse tu tunjuk pada doctor kat situ. Ada 2 orang doctor, dua-dua cakap result aq normal. Tapi untuk puaskan hati diorang buat ECG lagi sekali & check darah. Dan Alhamdulillah result aq semua normal.

Aq amat-amat bersyukur masa tu yg aq ok. Tapi aq masih tertanya apa masalah aq sebenarnya......?? Kenapa jantung aq masih laju???

Lepas setel semua aq dibenarkan balik. Masa tu kawan ibu aq dan sahabat aq pick up aq di hospital. Dalam perjalanan tu sahabat aq ada cakap maybe aq ni kena panic attack. Ibu aq pulak dah otw dari kampung. Kesian ibu aq dah menangis-nangis risau pasal aq.

Petang tu ibu aq sampai terus dipeluk diciumnya aq. Aq rasa lega sangat ibu aq da sampai. Then aq cuba nak tidur sebab semalaman aq tak tidur. Tapi aq asyik tersedar dan tak boleh tidur langsung. Aq jadi takut dan panic attack tu datang balik. Allahuakbar...

Aq cuba untuk relax. Macam-macam aq buat supaya panic attack tu hilang. Aq mula stress. Aq capai kunci motor dan aq keluar ambil angin. Tapi tetap takde perubahan. Aq ambil wuduk dan solat asar. Masa aq tengah solat jantung aq bertambah laju dan laju sampai aq rasa sengal dekat jari. Aq terus ajak ibu aq pegi hospital lagi sekali.

Macam biasa buat ECG lagi. Dan keputusan NORMAL.

Di sini aq dah mula stress. Aq bingung apa yg tak kena dengan aq. Aq tertekan dengan keadaan diri aq. Hati aq ni macam meraung menangis. Ibu aq bercadang nak cuba berubat kampung pulak. Aq ikutkan aje yg penting aq nak sembuh.

Nanti aq share di part yg seterusnya....



February 2020 bulan yg tak dapat aq lupakan. Panic attack menyerang aq berkali-kali. Serangan kali ni lebih teruk sebab berlarutan sampai beberapa hari. Waktu dalam pantang dulu aq diserang juga tapi lepas 4 ke 5 jam ia reda. Kali ni aq tak boleh duduk diam sebab dalam otak aq dah berfikir aq ni sakit jantung. Aq syak tiroid sebab lepas bersalin hormon tiroid aq tinggi. Ibu aq dah risau tengok keadaan aq dan paksa aq cuba pergi private hospital plak sebab boleh terus direct jumpa specialist.

Lepas jumpa specialist aq cerita problem aq. Doctor terus check darah dan ultrasound tiroid. Keluar result darah tengok bacaan hormon ok tak tinggi sangat. Malah more better than result bulan January. Ahh sudah..abis tu kalau bukan sebab tiroid, ape punca aq jadi camni?? Berkali-kali aq tanya doctor betul ke result tu ok. Ye la dah bayar mahal-mahal tapi tak jumpa punca penyakit. Drive 2 jam plak tu dari rumah. Tak boleh jadik camni. Tapi muka doctor tu tak menunjukkan serius langsung dan beliau kata follow up di klinik biasa pon ok. So dari situ aq yakin yg tiroid aq tak serius.

Malam tu aq rasa perut aq macam tak sedap. Rasa sakit dia tu macam gastrik tapi sakit dia macam kat jauh belah dalam perut. Deep sakit dia. Aq tak tau macam mana nk cakap tapi tu la yg aq rasa. Esoknya aq gi klinik. Doctor cakap aq gastrik. Beliau bagi ubat dan aq makan selama seminggu baru ok perut aq. Masa ni aq tak dapat tangkap lagi yg panic attack yg aq kena tu relate dgn perut aq.

....................................................................

2 minggu berlalu. Ibu aq ajak balik kampung tapi aq malas. So ibu aq balik kampung maka tinggal lah aq, anak aq dan adik aq di rumah. Happy dok rumah lapang sunyi. Nak makan pon COD je bapak kayo. Selang 2 hari ibu aq tak balik-balik lagi. Aq bercadang nak masak bubur sebab pokai la kalau COD hari-hari. So pagi tu aq memang tak breakfast langsung. Aq gi kedai pastu masak. Siap masak kol 2 petang baru aq makan. Aq ingat lagi lauk hari tu kangkung masak belacan bapak pedas, telur masin and tempe goreng.

Dah siap makan perut pon da kenyang aq amek vacuum nak kemas rumah. Tiba-tiba perut aq rasa pedih sangat. Waktu tu menyesal makan lambat and makan pedas masa perut kosong. Kemudian malam pon menjelma. Kat tengah-tengah dada aq start rasa sakit sangat. Aq mula risau. Sakit tu makin lama makin kuat dan berdenyut-denyut. Panick attack aq datang balik.....

Malam tu satu malam aq tak boleh tido. Mata aq asyik pandang jam mengharapkan cepat la siang menjelma. Aq cuba tido dan cuba lupakan sakit dada aq tapi tak boleh. Jantung aq makin laju. Ibu aq plak takde, tinggal aq 3 ketul je kat rumah. Aq cuma mampu berdoa yg terbaik....

To be continued.....




Aq menetap di Pahang.
Dan ini first time aq jejakkan tapak kaki aq di Cameron Highland.
Haha...(hambar)

Best rupanya CH ni. Dah anak satu baru sampai. Part yang paling best yang aq suka ialah SNAP GAMBAR of course!!

Eh jap...ni hashtag throwback tau. Tak kan lepas den nak poie CH time PKP ni.

Tapi kan ada lagi tempat yang tak sempat singgah. Tak pe darling nanti kite repeat hokay!

Ni hotel yg kitorang pilih Heliconia Apartments Guest House. Best dan selesa. Strategik jugak sebab dekat dengan ATM, restoran, kedai runcit, watson dan dobi. Boleh booking bilik ataupun seluruh satu rumah. Kitorang aritu book satu bilik je sebab tak ramai. Kalau korang datang dengan more than one family, boleh la book satu rumah.


NI HAA BETUL-BETUL ATAS WATSON

RECEPTIONIST FRIENDLY AND SPORTING

NI BILIK KITORANG BOOK. RM100 PER NIGHT. KITORANG 4 ORANG JE TERMASUK SI KECIK YANG PEMALU HEHE

NI RUANG TAMU. YG PINTU TERBUKAK TU BILIK KITORANG.

PANTRY


TOILET ADA 2

RUANG SOLAT DAN IRON BOARD

BILIK KITORANG BOOK TU KALAU PEAK SEASON RM120. KALAU BOOK SATU RUMAH RM450 (PEAK SEASON), RM350 (LOW SEASON). Dari hotel ni ke Abang Strawberry yg famous tu 5 minit je. Nak ke Kea Farm pon dekat. 




BREAKFAST KAT ABANG STRAWBERRY



MAMA NAK CIKIT.....

KEA FARM 

RAMBANG MATA HAHAHA

MAI MAI BELI VEGETABLES 5 BARANG RM10

WATAK UTAMA CAMERON HIGHLANDS..KALAU TAK BELI TAK SAH

TRY ICE CREAM DI PUKU CAFE

LAVENDER GARDEN...TAPI AMEK GAMBAR BUNGA DAISY













CAMERON VALLEY

Aq suka toilet tepi skali kat Cameron Valley. Membuang sambil menikmati pemandangan ladang teh. Enak sekali!!